Maklumat Kata
Kamus Bahasa Melayu
jurai-jurai
[ju.rai.ju.rai] |
جوراي٢
Definisi :
sj tumbuhan (pokok), pokok gajah beranak, putat nasi, Barringtonia spicata.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata
jurai-jurai
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Melayu
(29)
Kamus Bahasa Inggeris
(1)
Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
(1)
Khidmat Nasihat
(1)
Artikel Akhbar
(4)
Artikel Majalah
(4)
Ensiklopedia
(6)
Buku
(2)
Pantun
(1)
Glosari Dielek Melaka
(2)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Khidmat Nasihat
Soalan
Jawapan
Jenis Soalan
Tarikh Soalan
definisi sejarah sastera
Sastera sejarah adalah suatu cabang daripada kesusasteraan Melayu tradisional yang membicarakan sejarah sesebuah kerajaan. Secara umum sastera sejarah sering kali
memakai judul permulaan sebagai hikayat, silsilah, salasilah, misa dan tawarikh seperti
Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Acheh, Silsilah Melayu dan Bugis, Misa Melayu
dan
Tawarikh Salasilah Negeri Kedah.
Bentuk sastera sejarah boleh dibahagikan kepada dua, iaitu dalam bentuk prosa dan bentuk puisi. Karya yang berbentuk prosa merupakan sejarah sesebuah kerajaan atau negeri tentang bangun dan jatuhnya sebuah kerajaan itu dengan menyenaraikan susur galur pemerintahnya. Manakala bentuk puisi pula, lazimnya ditulis dalam bentuk syair yang menceritakan sesuatu peristiwa bersejarah yang berlaku dalam sesuatu tempoh waktu tertentu seperti
Syair Perang Johor, Syair Kampung Gelam Terbakar, Syair Perang Siak
dan sebagainya.
Karya sastera sejarah, umumnya terbahagi kepada tiga jenis. Pertama karya sejarah yang meriwayatkan jurai keluarga diraja. Misalnya
Sulalatus Salatin
yang cukup terkenal dalam kalangan kita. Di dalam
Sulalatus Salatin
, pengarangnya, Tun Seri Lanang menjurai asal usul keturunan raja Melayu dari awal hingga kejatuhan kerajaan Melayu Melaka.
Jenis sastera sejarah yang kedua pula hanya memfokuskan kisah seseorang tokoh seperti dalam
Hikayat Acheh
yang menceritakan tentang ketokohan Raja Iskandar Muda. Sastera sejarah yang menekankan pada sesuatu peristiwa seperti
Syiar Kampung Gelam Terbakar
dan
Perang Makasar
adalah jenis karya sastera yang ketiga.
Salah satu ciri yang menyebabkan
sastera sejarah tidak dianggap sepenuhnya sejarah kerana ada unsur-unsur
mitos
dan
legenda
serta unsur-unsur
fiksyen-fantasi
yang turut dimuatkan oleh para pengarang sastera sejarah. Unsur-unsur ini dimuat adalah dengan tujuan-tujuan tertentu seperti untuk menambahkan faktor kekaguman rakyat kepada kebesaran sesebuah kerajaan atau jurai keturunannya.
Lain-lain
06.08.2008
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...