MAKNA PENDIDIKAN SECARA HOLISTIK | Sila buku-buku, artikel-artikel atau jurnal-jurnal yang berkaitan dengan pendidikan untuk mendapatkan maknanya secara holistik (menyeluruh). | Lain-lain | 06.08.2009 |
berikan maksud jurnal berserta jenis-jenis jurnal.terima kasih | Jurnal ialah terbitan atau majalah berkala yg khusus bagi sesuatu perkara, profesion, atau bidang tertentu (biasanya yg termuat karangan-karangan ilmiah). Terdapat pelbagai jenis jurnal mengikut bidang, misalnya jurnal berkaitan bahasa, sejarah, politik, sains dan lain-lain. | Makna | 14.03.2013 |
SAYA MAHU MENGELUARKAN JURNAL MUALLIM - JURNAL PENYELIDIKAN 2011 BAGI JBATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI UNTUK IPG KSM. BAGAIMANA SAYA BOLEH MENDAFTAR DAN MENDPATKAN NO ISSN? | Sila hubungi Perpustakaan Negara Malaysia untuk mendaftar dan mendapatkan nombor ISSN. | Lain-lain | 04.12.2011 |
jurnal berkaitan teknologi maklumat | 1. Jurnal teknologi/ Universiti Teknologi Malaysia. 2. Jurnal teknologi D : elektronik, kawalan, telekomunikasi dan teknologi maklumat = electronics, control, telecommunications and information technology Publisher: Skudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1999- 3. Jurnal teknologi maklumat dan sains kuantitatif Publisher: Shah Alam : Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif, Universti Teknologi MARA, [199-]- 4. Jurnal teknologi maklumat = Journal of information technology Publisher: Sekudai : UTM, 1990- | Lain-lain | 06.08.2007 |
berapakan bilangan jurnal (BM/BI) yang diterbitkan oleh DBP sejak daripada penubuhannya. Bolehkah saya mendapatkan data tentang jurnal yang diterbitkan oleh DBP? | Jurnal yang diterbitkan oleh DBP Jurnal Bahasa( Bahasa Melayu) Kanun( Bahasa Melayu) Malay Literature( Bahasa Inggeris) Perisa(Bahasa Melayu)* Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu( Bahasa Melayu)* * Jurnal ini tidak lagi diterbitkan | Lain-lain | 08.04.2010 |
bagaimana cara penulisan jurnal? | Sesebuah jurnal mengandungi abstrak, pendahuluan, isi, dan kesimpulan. Abstrak ialah inti pati makalah, pendahuluan mengajak pembaca mengikuti perbincangan tentang isu yang dibangkitkan dalam makalah, manakala kesimpulan menyimpulkan isi makalah. Dalam jurnal, setiap ayat mestilah fakta yang didukung oleh rujukan yang berwibawa. Ulasan terhadap fakta ini pula mestilah objektif, setiap ayat mestilah menjurus kepada inferens yang logik, dan apa yang disebut itu dapat membetulkan sebarang kekeliruan. | Lain-lain | 14.01.2009 |
JURNAL ADVERBA | Untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang kata adverba, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (hlm. 287-289), buku Liku-liku Bahasa (Nik Safiah Karim), Eksiklopedia Bahasa Melayu (Asmah Haji Omar). Saudari juga boleh membuat rujukan di perpustakaan awam. | Lain-lain | 16.03.2010 |
ingin mencari jurnal untuk kegunaan belajar | Assalamualaikum, Sebelum saudara mencari jurnal untuk belajar saudara harus pastikan hendak belajar apa? Apa bila telah tahu apa yang hendak dipelajari barulah susun strategi mencari bahan rujukan sama ada buku, jurnal dan-lain lain lagi. Jika saudara ingin belajar mencari jurnal saya nasihatkan saudara pergi ke Perpustakaan universiti seperti Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia atau Perpustakaan Universiti Malaya. Di Perpustakaan tersebut ada banyak jurnal yang boleh saudara baca. | Lain-lain | 31.01.2010 |
contoh-contoh jurnal tentang bahasa melayu | DBP ada menerbitkan jurnal Dewan Bahasa dan majalah Pelita Bahasa. Bagi jurnal bahasa yang diterbitkan oleh penerbit luar, sila rujuk Perpustakaan Negara Malaysia. | Lain-lain | 30.09.2007 |
Bagaimanakah panduan penulisan di jurnal, dasar dan peraturan penulisan yang melibatkan hak cipta dan royalti, boleh saya dapatkan semua maklumat ini? Adakah buku yang berkaitan dengan panduan penulisan, dasar dan peraturan menulis buku dan jurnal di DBP | Menulis buku berbeza daripada menulis jurnal. Menulis buku juga berbeza mengikut jenis buku sama ada buku ilmiah atau buku umum. Tentang jurnal pula, panduan atau standard penulisannya adalah mengikut peraturan penulisan jurnal di seluruh dunia. Penulis jurnal di DBP dibayar royalti, dan penulis mengekalkan hak ciptanya. | Lain-lain | 07.12.2007 |