Apakah kata ganda bagi perkataan "jurulatih"? Adakah ia disebut sebagai "jurulatih-jurulatih" atau "juru-juru latih"? Mohon penjelasan. Terima kasih. | Jurulatih-jurulatih. | Ejaan | 30.05.2014 |
sila semak...1. jurutulis atau juru tulis 2. jurutera atau juru tera 3. jururawat atau juru rawat ....begitu juga perkataan lain, bagaimanakah hendak kita tahu yang mana perlu dijarakkan dan yang mana perlu dirapatkan? | Jawapan yang betul ialah jurutulis, jurutera, jururawat. Perkataan yang perlu dijarakkan ialah perkataan yang ada makna dan boleh berdiri sendiri. Selain daripada perkataan perlulah dirapatkan. Harap maklum | Tatabahasa | 05.08.2007 |
Selamat sejahtera. Adakah perkataan 'jurutera' merupakan gabungan imbuhan dan akronim iaitu 'juru' + 'jentera'? Sebahagian pelajar subjek bahasa Melayu berpendapat bahawa 'tera' ialah morfem terikat dan digabungkan dengan imbuhan 'juru'. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama. | Jurutera ialah kata terbitan daripada awalan juru + jentera, namun mengalami pengguguran suku kata "jen" dan terhasillah jurutera. Bagaimanpun jika ada pandangan lain dan disertakan dengan dapatan ilmiah maka bolehlah dikemukakan kepada pihak yang lebih pakar untuk diperhalusi atau dikemukakan dalam seminar untuk perbincangan yang lebih tuntas. | Tatabahasa | 14.03.2017 |
Yang mana betul, JURU RUNDING atau JURURUNDING atau JURU-RUNDING. Yang mana lebih baik, JURURUNDING atau JURUPERUNDING | Sdr. Ngadirah terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Ejaan yang betul ialah jururunding. Ejaan ini sama juga bagi jururawat, juruukur dan jurukimpal. terima kasih. | Ejaan | 28.12.2009 |
Bolehkah pihak dbp membuat senarai pekerjaan yang bermula dengan juru? Terima kasih. | Senarai pekerjaan yang bermula dengan juru adalah seperti yang berikut: JURUTERA, JURUSELAM, JURUHIAS, JURURAWAT, JURUKAMERA, JURULATIH, JURUUKUR, JURUKIMPAL, JURUWANG, JURUTAFSIR, JURUULAS, JURUUKUR, JURUTEKNIK, JURUFOTO, JURUNILAI, JURUHEBAH, JURUTERBANG dan lain-lain yang bersesuai. | Lain-lain | 14.04.2019 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya ingin bertanya, apakah perkataan lain yang sesuai digunakan menggantikan perkataan pembantai; Juru Sembelih atau Tukang Sembelih, atau ada lagi perkataan lain yang sesuai digunakan | Waalaikumsalam. 1. Pembantai = orang yang menyembelih atau tukang sembelih. 2. Juru = orang yang mempunyai kepakaran khas dalam sesuatu bidang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
| Tatabahasa | 30.09.2014 |
Apakah ejaan yang betul? sama ada Juru Arah atau Juruarah - merujuk kepada bahasa inggeris 'directing staff'. | Ejaan yang betul ialah Juruarah. | Lain-lain | 17.06.2010 |
Dalam ingin dapatkan kepastian tentang penggunaan perkataan juru dan pe seperti perunding dan jururunding. Yang mana sesuai digunakan untuk merujuk kepada suatu organisasi yang memberi khidmat nasihat kepakaran teknikal. | Perkataan yang digunakan ialah perunding atau pakar runding. | Istilah | 10.04.2008 |
Ejaan juruxray yang sebenarnya. | Ejaan yang betul ialah "juru-X-ray". | Ejaan | 18.01.2014 |
apakah makna dengan jurutari? orang yang pandai menari? | Juru bermaksud orang yang mempunyai keahlian dalam sesuatu perkara; ahli. Jadi jurutari bermakna orang yang pandai dalam bidang tarian. | Makna | 08.07.2008 |