SALAM 1 MALAYSIA apakah perkataan (Pengacara atau Juruacara) yang paling sesuai untuk menulis tugas dalam suatu ahli jawatankuasa dalam satu majlis? Pengacara majlis atau Juruacara majlis? terima kasih | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud pengacara ialah orang yang mengacarai sesuatu acara, majlis dan sebagainya. Pengacara juga dikenali sebagai juruacara. | Makna | 05.05.2016 |
Bagaimanakah ejaan sebenar bagi perkataan ATURCARA dan JURUACARA? Adakah satu perkataan atau dua perkataan | Ejaan yang betul ialah atur cara dan juruacara. | Ejaan | 13.10.2008 |
Siapakah yang dikenali sebagai Tuan Pengerusi Majlis dalam sesuatu majlis? Adakah pengelola atau juruacara majlis tersebut? TQ | Selamat petang saudara, Mengikut kamus Dewan, pengerusi majlis ialah ketua atau pengendali persidangan (mesyuarat dsb) Contoh ayat : Perdana Menteri menjadi pengerusi majlis mesyuarat Jemaah Menteri. Pengerusi majlis juga bermaksud pemimpin atau ketua jawatankuasa (pertubuhan dll): Pengerusi majlis Lembaga Pengarah. Manakala pengacara majlis pula ialah, Id peguam bela 2. orang yg mengendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juruacara. | Makna | 15.10.2012 |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Dia senyum sahaja apabila disapa. 2. Juruacara itu selit ke dalam penonton di bawah pentas. 3. Selitkan surat ini di bawah pintu. 4. Rakyat jelata datang mengangkat sembah kepada raja. 5. Baju ini sepadan dengan saiz badannya. 6. Mereka sepakat dengan saya. 7. Pertandingan semalam berakhir dengan / diakhiri dengan keputusan seri. 8. Simpul tali itu telah longgar. 9. Tembakan itu sipi. 10. Kami sukacita dapat melancong ke luar negara secara percuma. Terima kasih. | Berikut ayat-ayat yang telah dipinda. 1. Dia tersenyum apabila disapa. 2. Juruacara itu menyelit bersama-sama penonton di bawah pentas. 3. Selitkan surat ini di bawah pintu. 4. Rakyat jelata datang mengangkat sembah kepada raja. 5. Baju ini sepadan dengan saiz badannya. 6. Mereka sepakat dengan saya. 7. Pertandingan semalam berakhir dengan keputusan seri. 8. Simpulan tali itu telah longgar. 9. Tembakan itu sipi. 10. Kami gembira kerana dapat melancong ke luar negara secara percuma. | Tatabahasa | 13.03.2013 |
"Aku mohon maaf jika terdapat kesilapan semasa mangacarakan majlis ini," kata juruacara itu. 1) Perlukah imbuhan 'me-' dibubuh pada perkataan 'mohon'? 2) Adakah penggunaan perkataan 'mengacarakan' betul dalam ayat ini? Jika tidak, apakah perkataan yang sesuai dalam situasi sebegitu? Terima kasih. | 1) "Memohon" boleh juga digunakan kerana penggunaan perkataan itu lebih santun. 2) Penggunaan perkataan "mengacarakan" betul kerana ia bermaksud menjadikannya sebagai salah satu acara atau memasukkannya ke dalam susunan rancangan. Dalam contoh ayat yang diberi, sebaik-baiknya kata ganti nama diri pertama "aku" ditukar kepada "saya" bagi menjadikan ayat lebih santun. | Tatabahasa | 03.04.2009 |
Aslkkum.Saya keliru dengan penggunaan kata alu-aluan atau aluan untuk buku aturcara dan teks juruacara.Yang mana satu tepat- kata/ucapan alu-aluan atau kata/ucapan aluan.Terima kasih | Frasa yang betul ialah Kata Alu-Aluan atau Ucapan Alu-Aluan. | Tatabahasa | 10.03.2008 |
mana yang lebih tepat penggunaannya cenderamata atau cenderhati bila dicetak dalam atur cara majlis atau semasa juruacara menjemput penerima | Cenderamata dan cenderahati, kedua-duanya betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 17.11.2011 |
Tuan, dalam Kamus Dewan ada termuat perkataan merarau (makan tengah hari) dan kudapan (kuih-muih). Bagaimana pula dengan perkataan 'cicipan' yang kian leluasa diguna pakai oleh sesetengah juruacara untuk merujuk kepada makan kuih pada waktu petang sedangkan dalam Kamus Dewan tidak memuatkan kata 'cicipan' yang merujuk kepada makan kuih pada waktu petang? Mohon penjelasan tuan. Terima kasih. | Encik Nik, Perkataan yang betul ialah cecap yang bermaksud menjilat dan mengecap makanan untuk mengetahui rasanya. Perkataan ini sudah pun dimasukkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, lihat halaman 253 dan 278. Perkataan cicip/mencicip bermaksud berbunyi seperti bunyi burung. | Makna | 05.07.2010 |
1. Bolehkah tolong saya menyemak ayat ini betul atau tidak? Setiausaha Datuk Salleh bukan sombong sebaliknya paling berwaspada selalu menerima tetamu. Tolong berikan alasan. 2. Saya masih keliru dengan letaknya kata penegas -kah dalam ayat berikut. Berapakah kilo durian itu ? atau Berapa kilokah durian itu ? dan Berapakah lama kamu tinggal di sini ? atau Berapa lamahkah kamu tinggal di sini? 3. Yang manakah betul ? Minta/Tolong berikan perhatian dan "Minta / Tolong bersabar tuan-tuan. Acara akan dimulakan sebentar sahaja lagi," kata juruacara itu. 4. Sultan dan permaisuri telah melawat ke kampung kami. Ketibaan baginda/ mereka berdua disambut oleh penduduk kampung dengan meriah sekali. 3. | Sdr. Ming, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Saya benar-benar berharap supaya Sdr. dapat memberikan maklumat yang lengkap pada borang pertanyaan yang disediakan. Ayat ini, Setiausaha Datuk Salleh bukan sombong sebaliknya paling berwaspada selalu menerima tetamu, boleh dibaiki seperti ini- Setiausaha Datuk Salleh bukan sombong sebaliknya sentiasa berwaspada apabila menerima tetamu- penulis atau pengucap tidak dapat memilih perkataan yang sesuai untuk digunakan. bagi soalan kedua dan seterusnya jawapannya ialah, Berapa kilokah durian itu ?, Berapa lamahkah kamu tinggal di sini?, Tolong berikan perhatian dan "Tolong bersabar tuan-tuan. Acara akan dimulakan sebentar sahaja lagi," kata juruacara itu. Sultan dan permaisuri telah melawat ke kampung kami. Ketibaan baginda berdua disambut oleh penduduk kampung dengan meriah sekali. Terima kasih. | Makna | 23.04.2009 |
Apakah perbezaan antara pengerusi majlis dan pengacara majlis dan bilakah penggunaannya? | Puan Siti , terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Mengikut kamus Dewan, pengerusi majlis ialah ketua atau pengendali persidangan (mesyuarat dsb): Perdana Menteri menjadi ~ mesyuarat Jemaah Menteri; 2. pemimpin atau ketua jawatankuasa (pertubuhan dll): ~ Lembaga Pengarah Manakala pengacara majlis pula ialah , Id peguam bela; 2. orang yg mengendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juruacara. | Makna | 05.03.2009 |