| Apakah kata ganda bagi perkataan "jurulatih"? Adakah ia disebut sebagai "jurulatih-jurulatih" atau "juru-juru latih"? Mohon penjelasan. Terima kasih. | Jurulatih-jurulatih. | Ejaan | 30.05.2014 |
| Ayat-ayat berikut yang manakah betul? Tolong membuat penerangan. Kata bilangan jamak & kata adjektif 1 Banyak ikan yang besar belaka ditemui di situ. 2 Ikan-ikan yang besar belaka ditemui di situ. 3 Ikan yang besar-besar belaka ditemui di situ. 1 Semua jurulatih di situ garang belaka. 2 Jurulatih-jurulatih di situ garang belaka. 3 Jurulatih di situ garang-garang belaka. 1 Saya dan keluarga di sini sihat belaka. 2 Saya dan keluarga di sini sihat-sihat belaka. | Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Kata adjektif pula ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama atau frasa nama. Kata adjektif dikenali juga sebagai kata sifat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.
| Tatabahasa | 21.01.2022 |
| Apakah perbezaan antara 'pelatih' dengan 'jurulatih'? | Pelatih bermaksud orang yang melatih, manakalah jurulatih bermaksud orang yang melatih orang lain supaya mahir. Berdasarkan makna yang tersebut, pelatih dan jurulatih membawa maksud yang hampir sama, namun jurulatih khusus untuk melatih orang lain supaya mahir. | Makna | 22.08.2015 |
| Apakah maksud dalam bahasa bagi 1. managerial coaching 2. coaching Bolehkah kita menyatakan peranan coaching itu sebagai membimbing atau perkataan membimbing sesuai utk mentoring. untuk area pengurusan sesuaikah kita menggunakan perkataan coaching sebagai jurulatih...kerana jurulatih lebih sesuai untuk area sukan. Ataupun kita boleh gunakan perkataan coaching atau coach dalam bahasa. Terima Kasih | Untuk makluman terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "coaching' dalam pangkalan data istilah DBP, iaitu latihan, latih, melatih, bimbingan, ajar dan tunjuk ajar. Oleh itu, puan boleh memilih istilah yang sesuai dengan konteks penggunaan. Istilah "membimbing" boleh juga digunakan bergantung pada ayat dan konteks penggunaan. Istilah "jurulatih" biasanya digunakan dalam bidang sukan. "Coaching" atau "coach" tidak boleh digunakan kerana telah ada padanan bahasa Melayu. | Istilah | 18.03.2016 |
| Yang Mana satu betul:- 1. Lantikan Sebagai Jurulatih Utama dan Urus Setia Program. atau 2. Lantikkan Sebagai Jurulatih Utama dan Urus Setia Program. - Mohon beri panduan berkaitan ejaan perkataan "Lantikan' atau "Lantikkan" Terima kasih. | Lantikan bermaksud tindakan melantik, iaitu mengangkat seseorang untuk memegang sesuatu jawatan dan tidak ada kata lantikkan kecuali apabila kita menggunakannya dalam ayat perintah. Satu lagi kata terbitan ialah pelantikan yang merujuk perihal melantik. Oleh itu, penggunaan yang paling tepat ialah "Pelantikan sebagai Jurulatih Utama dan Urus Setia Program". | Tatabahasa | 17.07.2011 |
| betulkah tajuk surat seperti ini - "Bayaran Elaun Pengurus dan Jurulatih Pasukan Ke Kejohanan Sukan 2012"? | Ejaan yang betul ialah "Bayaran Elaun Pengurus dan Jurulatih Pasukan ke Kejohanan Sukan 2012". | Ejaan | 27.06.2012 |
| Tolong buatkan semakan terhadap jawapan saya dengan telitinya. Adakah kedua-dua jawapan tersebut sesuai dan tepat? Tukarkan ayat aktif kepada Ayat pasif 1. Saya telah menerima surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu. Jwp: Surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu telah saya terima. ATAU Surat pelantikan telah saya terima sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu. 2. Setelah membuat segala persiapan, kami sekeluarga pun menyambut para tetamu di luar dewan. Jwp: Setelah membuat segala persiapan, para tetamu pun kami sambut di luar dewan. ATAU Para tetamu pun kami sekeluarga sambut di luar dewan setelah membuat segala persiapan. 3. Selain berbuat bising, pelajar-pelajar itu juga suka mengganggu guru yang sedang mengajar di dalam kelas. Jwp: Selain berbuat bising, guru yang sedang mengajar di dalam kelas juga suka diganggu oleh pelajar-pelajar itu. ATAU Guru yang sedang mengajar di dalam kelas juga suka diganggu oleh pelajar-pelajar itu selain berbuat bising. | Penggunaan ayat pasif yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu telah saya terima. 2. Setelah membuat segala persiapan, para tetamu pun kami sambut di luar dewan. 3. Selain berbuat bising, guru yang sedang mengajar di dalam kelas juga diganggu oleh pelajar-pelajar itu.
| Tatabahasa | 23.05.2026 |
| apakah maksud kejurulatihan?dalam bidang sukan. | Menurut Kamus Dewan, jurulatih bermaksud orang yang melatih orang lain seperti ahli sukan dll supaya mahir. Kejurulatihan berkaitan dengan jurulatih dalam segala aspeknya. Contoh ayat : Di manakah salahnya yang menyebabkan kekalahan ini ataupun sistem kejurulatihan yang menjadi puncanya. | Lain-lain | 25.07.2007 |
| Bekas pemain badminton negara itu telah menerima surat lantikan sebagai jurulatih badminton kebangsaan.(TOLONG BETULKAN) | Bekas pemain badminton negara itu telah menerima surat pelantikan sebagai jurulatih badminton kebangsaan. | Tatabahasa | 20.09.2012 |
| 1.Apakah yang di maksudkan sistem pemantauan dalam kejurulatihan? 2. Kesan negatif dan positif sistem pemantauan dalam kejurulatihan(MENTORING SYSTEM)? | Sistem pemantauan tersebut meliputi pengurusan, penyelarasan, pengawalan ,pelaporan keatas Jurulatih. Kesan positif ialah pelaksanaan nya dapat ditadbir dan diurus dengan baik dan prestasi mereka dapat di tingkatkan. Kesan negatif ketidakselesaan dipihak Jurulatih kerana setiap aktiviti nya sentiasa dipantau. | Lain-lain | 22.08.2007 |