penggunaan mana yang betul? 1. Pewujudan jawatan juruteknik atau 2. Pengujudan jawatan juruteknik | Pewujudan jawatan juruteknik yang betul dan bukannya pengujudan jawatan juruteknik. Ini kerana kata dasar yang bermula dengan huruf 'w' apabila menerima imbuhan pe- akan mengekalkan huruf pertamanya. | Tatabahasa | 18.10.2006 |
adakah tempohari harus menjadi tempoh hari manakala kaitangan dijarakkan, begitu juga dengan juruteknik dan juruaudio, harus dijarakkankah? | jawapannya, tempoh hari, kakitangan, juruteknik dan juruaudio | Tatabahasa | 19.11.2007 |
Adakah perkataan 'higien' boleh digunakan dalam bahasa Melayu bagi menggantikan perkataan 'hygiene' dalam bahasa Inggeris?. Contohnya adalah 'hygiene technician' dan 'hygiene engineer' diterjemahkan bahasa Melayu menjadi 'juruteknik higien' dan 'jurutera higien' dalam bidang kejuruteraan. Adakah boleh diterima? | Untuk makluman, tidak terdapat perkataan "higien" dalam bahasa Melayu. Padanan bahasa Melayu untuk "hygiene" ialah kesihatan atau kebersihan. Oleh itu, "hygiene engineer" dan "hygiene technician" boleh diterjemahkan kepada jurutera kesihatan dan juruteknik kesihatan atau jurutera kebersihan dan juruteknik kebersihan, bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. | Istilah | 05.01.2017 |
Muhamad Azmir Nazir Jun 1st, 8:51am Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ingin mendapatkan kepastian ke atas dua perkataan yang berbeza iaitu Juruteknik dan Juruteknologi. Adakah dua-duanya mempunyai maksud yang sama atau berlainan? Hal ini kerana, saya telah cuba mencari di laman web DBP, tetapi masih bingung kerana kedua-duanya bermaksud sama. Walau bagaimanapun, kata akar bagi kedua-duanya adalah berlainan iaitu: 1) Teknik - http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=teknik 2) Teknologi - http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=teknologi Dari segi fahaman saya, teknik adalah sesuatu pengetahuan dan teknologi itu adalah hasil daripada pengetahuan itu yang menjurus kepada pembuatan mesin atau aplikasi. Apabila kedua-dua perkataan ini digabungkan dengan tatanda awalan juru-: 1) Juruteknik: Seseorang yang mahir dalam sesuatu pengetahuan 2) Juruteknologi: Seseorang yang mahir dalam pengendalian sesuatu mesin atau aplikasi. Muhamad Azmir Nazir Jun 1st, 9:16am saya berharap pihak tuan/puan dapat menyelesaikan kesulitan saya. saya dahulukan dengan ucapan terima kasih | Kata akar teknik dan teknologi membawa maksud yang berbeza, namun mungkin ada persamaan dalam hal yang tertentu. Dalam hal perjawatan istilah juruteknik digunakan bagi merujuk pakar dalam hal teknikal, manakala kepakaran dalam bidang teknologi menjurus terus kepada bidang tertentu. Tidak lazim digunakan istilah juruteknologi, sebaliknya pakar dalam bidang perubatan disebut doctor, pakar dalam bidang seni bina disebut arkitek dan pakar dalam bidang sains disebut ahli sains/saintis. | Istilah | 01.06.2015 |
Assalammualaikum Tuan, saya Azmel bin Azid ingin bertanyakan soalan pada Pihak Tuan. Pada pertengahan bulan 7 yang lalu, saya telah pun pergi temuduga kerja untuk jawatan juruteknik mekanikal J17 (kontrak) di Menara DBP Kuala Lumpur. Jadi sy ingin bertanya kepada Pihak Tuan, bilakah tarikh keputusan temuduga itu akan dikeluarkan oleh Pihak Tuan. Sekian, terima kasih. | Mualaikumsalam wbt, TErima kasih di atas pertanyaan tersebut. Untuk makluman saudara, laporan keputusan temuduga tersebut akan diketahui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Lantikan dan Naik Pangkat yang dijadualkan akan bersidang pada akhir Oktober 2007. Saudara akan dimaklumkan melalui surat daripada pihak kami sebaik sahaja keputusan tersebut telah disah dan diperakukan. | Lain-lain | 06.08.2007 |
Bolehkah pihak dbp membuat senarai pekerjaan yang bermula dengan juru? Terima kasih. | Senarai pekerjaan yang bermula dengan juru adalah seperti yang berikut: JURUTERA, JURUSELAM, JURUHIAS, JURURAWAT, JURUKAMERA, JURULATIH, JURUUKUR, JURUKIMPAL, JURUWANG, JURUTAFSIR, JURUULAS, JURUUKUR, JURUTEKNIK, JURUFOTO, JURUNILAI, JURUHEBAH, JURUTERBANG dan lain-lain yang bersesuai. | Lain-lain | 14.04.2019 |
Tuan / Puan, Saya ingin mencari istilah Bahasa Melayu yang digunakan bagi perkataan-perkataan dibawah: 1. Rich Internet Applications (RIA) 2. Civil Engineer 3. Architect 4. Soil Analyst 5. Mechanical Engineer 6. Electrical Engineer 7. Pilot 8. Aeronautical Engineer 9. Television Technician 10. Lighting Equipment Operation 11. Glass Product Decorator Khidmat daripada pihak Tuan / Puan amat saya hargai. Terima Kasih. Salam hormat, Nur Shalihah binti Muhdi Kolej Olympia Johor Bahru | 1. Rich Internet Applications (RIA) - Aplikasi Internet Beraneka (cadangan) 2. Civil Engineer - Jurutera Awam 3. Architect - Arkitek 4. Soil Analyst - Juruanalisis Tanah 5. Mechanical Engineer - Jurutera Mekanikal 6. Electrical Engineer - Jurutera Elektrikal 7. Pilot - Juruterbang 8. Aeronautical Engineer - Jurutera Penerbangan 9. Television Technician - Juruteknik Television 10. Lighting Equipment Operation - Operasi peralatan lampu (cadangan) 11. Glass Product Decorator - Juruhias produk kaca (cadangan) | Istilah | 30.11.2011 |