Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg terlatih dlm mereka, mem­buat, dan menggunakan (menjaga) jentera atau terlatih dlm mana-mana cabang ke­juruteraan; ~ awam orang yg terlatih dlm mereka, membuat (membina) dan menjaga kemudahan awam spt jalan raya, jambatan, empangan, terusan, pelabuhan, bangunan-bangunan besar, dll; ~ elektrik orang yg terlatih dlm mereka, membuat (membina), dan men­jaga peralatan elektrik, peralatan peman­caran tenaga elek­trik, dan sistem per­hubungan; ~ jentera orang yg terlatih dlm mereka, mem­bina, dan menjaga jentera, kereta, mesin, dsb; ~ kapal terbang orang yg terlatih dlm mereka, mem­bina, dan menjaga kapal terbang; ~ kimia orang yg terlatih dlm mereka, membuat (mem­­bina), dan menjalan­kan loji atau jentera yg digunakan dlm proses kimia industri; menjuruterai merancang, mengatur, dan me­laksanakan sesuatu (tugas, kerja, dsb) dgn bijaksana: editorlah yg merancang dan ~ penerbitannya; kejuruteraan kepandaian atau perbuatan mereka atau membuat jentera (jambatan dll): ~ awam; ~ elektrik; ~ jentera; ~ kapal ter­bang; ~ kimia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang yg terlatih dlm hal mereka, membuat dan menggunakan jentera atau mesin. kejuruteraan hal-hal yg berkaitan dgn jentera atau mesin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jurutera


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
senior highway engineer senior geotechnical engineer service engineer senior quality surveyor assistant quality surveyor/estiomatorjurutera lebuh raya kanan jurutera geoteknik kanan jurutera perkhidmatanLain-lain27.03.2007
Jurutera mekanikJurutera mekanikalEjaan20.05.2011
"Kumpulan perkataan ' tempurung, gelanggang, maharaja, jurutera, juruterbang' ini tergolong daripada gabungan morfem bebas atau morfem terikat?"Perkataan tempurung, gelanggang, jurutera, juruterbang ialah morfem bebas, iaitu morfem yang dapat wujud bersendirian.Tatabahasa18.10.2013
Bagaimanakah penulisan 'Short Form' untuk Jurutera 'Engineer' dalam Bahasa Melayu? Contoh: Ir. Mohd Salaim bin Ali Adakah betul penggunaan (Ir.) tersebut?

'Ir.' ialah kependekan 'Insinyur' (Jurutera). Penggunaan Ir. dalam contoh yang diberikan adalah betul.

Lain-lain08.10.2008
sila semak...1. jurutulis atau juru tulis 2. jurutera atau juru tera 3. jururawat atau juru rawat ....begitu juga perkataan lain, bagaimanakah hendak kita tahu yang mana perlu dijarakkan dan yang mana perlu dirapatkan?Jawapan yang betul ialah jurutulis, jurutera, jururawat. Perkataan yang perlu dijarakkan ialah perkataan yang ada makna dan boleh berdiri sendiri. Selain daripada perkataan perlulah dirapatkan. Harap maklumTatabahasa05.08.2007
Susah senangnya membesarkan anak-anaknya selama ini mula memperlihatkan hasil apabila anak sulungnya berjaya menjadi jurutera. yang manakah kesalahan tatabahasanya? "susah senangnya" atau "memperlihatkan"? jika salah, apakah perkataan yang sepatutnya digunakan. terima kasih.susah senang dan memperlihatkan, kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat ini cuma dibuang "nya" pada susahsenangnya. Susah senang membesarkan anak-anaknya selama ini mula memperlihatkan hasil apabila anak sulungnya berjaya menjadi juruteraTatabahasa18.07.2008
Perkataan ketua, sebaya, pemuda & jurutera merupakan kata-kata yang mengalami proses pemajmukan atau pengimbuhan..??Semua contoh yang diberikan ialah perkataan yang menerima awalan ke, se, pe dan juru untuk membentuk kata terbitan yang baru. Lihat buku Tatabahasa Dewan, di bawah tajuk Awalan Kata Adjektif dan Awalan Kata Kerja untuk maklumat lanjut.Tatabahasa31.05.2011
Boleh saya terjemahkan 'backlash' kepada 'backlash' dalam Bahasa Melayu? Saya telah mendapat khidmat nasihat seorang jurutera yang juga seorang pensyarah di IPT kerana ini adalah satu istilah bidang kejuruteraan. Beberapa terjemahan lain telah diberi oleh pihak lain iaitu 'sebat balik', 'enjatan tak menentu' dan 'bidas ke belakang'. Ini adalah selain terjemahan DBP 'reaksi atau tindak balas yang hebat. Sila nasihatkan saya sama ada terjemahan lain selain dari yang diberi oleh DBP boleh digunakan? Tk.Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah tindak balas atau libas balik mengikut penggunaan dalam konteks masing-masing. Istilah atau padanan bahasa Melayu daripada Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan istilah atau padanan yang baku.  Istilah06.03.2009
Tuan 'Ir.' bagi Engineers kalau 'Engr' untuk apa atau dimana boleh kita pakaiIr. ialah kependekan kepada insinyur, iaitu jurutera. Tidak ada penggunaan Engr.  Lain-lain07.05.2008
Kumpulan perkataan manakah yang terbina daripada gabungan morfem bebas dan morfem terikat? A tempurung, kayu, kampung B cantik, gelanggang, maharaja C jurutera, berdampingan, contohi D juruterbang, kelupas, dijaringkan Pohon beri alasan untuk setiap pilihan jawapan. Terima kasih.

Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Sebagai contoh, perkataan sekolah dan laut ialah morfem bebas, tetapi imbuhan ber- dalam bersekolah dan -an dalam lautan ialah morfem terikat, oleh sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar.

Berdasarkan takrifan tersebut, A dan B merupakan morfem bebas manakala C dan D gabungan morfem bebas dan morfem terikat.
Tatabahasa17.10.2013
12

Kembali ke atas