Mei Ling seorang juruukur dalam kelas jahitan itu. Adakah perkataan "juruukur" betul diguna? terima kasih. | Juruukur ialah orang yang kerjanya mengukur tanah. Penggunaan juruukur dalam ayat tersebut adalah tidak tepat. | Tatabahasa | 08.03.2011 |
DIANTARA DUA PERKATAAN TERSEBUT , YANG MANAKAH BETUL UNTUK DIGUNAPAKAI KERANA KEDUANYA MEMPUNYAI MAKSUD YANG SAMA: 1.HARTA TANAH ATAU HARTANAH 2. JURU UKUR ATAU JURUUKUR MOHON MAKLUM BALAS DAN KOMEN YA. TERIMA KASIH | Perkataan hartanah dan harta Tanah kedua-duanya boleh digunakan untuk maksud yang sama. JURUUKUR ialah ejaan yang betul. Terima kasih. | Istilah | 08.08.2017 |
Bolehkah pihak dbp membuat senarai pekerjaan yang bermula dengan juru? Terima kasih. | Senarai pekerjaan yang bermula dengan juru adalah seperti yang berikut: JURUTERA, JURUSELAM, JURUHIAS, JURURAWAT, JURUKAMERA, JURULATIH, JURUUKUR, JURUKIMPAL, JURUWANG, JURUTAFSIR, JURUULAS, JURUUKUR, JURUTEKNIK, JURUFOTO, JURUNILAI, JURUHEBAH, JURUTERBANG dan lain-lain yang bersesuai. | Lain-lain | 14.04.2019 |
1) menangani atau menanggani? 2) RMKe-9 atau RMK 9? 3) Jurukur Bahan atau Juruukur Bahan? | Yang betul ialah menangani dan bagi soalan kedua harus ditulis seperti berikut - RMK-9 | Ejaan | 10.12.2006 |
Yang mana betul, JURU RUNDING atau JURURUNDING atau JURU-RUNDING. Yang mana lebih baik, JURURUNDING atau JURUPERUNDING | Sdr. Ngadirah terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Ejaan yang betul ialah jururunding. Ejaan ini sama juga bagi jururawat, juruukur dan jurukimpal. terima kasih. | Ejaan | 28.12.2009 |
saya keliru dengan jawatan-jawatan yang ada dalam bidang kejuteraan. kadang-kadang saya jumpe mengunakan istilah Ir seperti Ir Abdul Halim. Kadang-kadang saya jumpa Sr seperti Sr Izam Bakar. Apakah makna disebalik istilah Ir dan Sr? Adakah istilah Ir dan Sr diterima dalam bahasa Melayu? | Dalam Kamus Dewan edisi keempat, Ir ialah singkatan untuk insinyur yang bermaksud jurutera. Sr. tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, setelah merujuk dalam Internet, Sr adalah daripada perkataan "surveyor" yang bermaksud juruukur. Untuk mendapat maklumat lebih lanjut tentang perkara ini, tuan boleh merujuk kepada Jabatan Kerja Raya. | Makna | 10.03.2013 |