Jualan Jus Gudang Setiap Jumaat & Sabtu 9AM - 4PM | Pembetulan: 1. JUALAN GUDANG JUS 2. SETIAP JUMAAT DAN SABTU 3. 9 PG. - 4 PTG. 4. TEL.: Sila buat pembetulan pada visual yang dilampirkan, setelah itu kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat DBP. | Tatabahasa | 07.12.2015 |
Saya ingin mengetahui sama ada kedua-dua ayat (1) dan (2) ini gramatis atau tidak lantaran ada yang berpendapat struktur ayat (1) itu salah. (1) Jus limau ini rasanya sungguh manis. (2) Jus limau ini sungguh manis rasanya. Terima kasih. | Ayat kedua iaitu Jus limau ini sungguh manis rasanya lebih gramatis berbanding ayat pertama. | Tatabahasa | 16.08.2017 |
Salam sejahtera. Yang manakah betul? 1a) memerah kelapa b) memerah santan 2a) memerah oren b) memerah jus oren 3a) pemerah oren b) pemerah jus oren. Terima kasih. | Jika merujuk perbuatan frasa yang betul ialah memerah kelapa dan memerah oren dan jika merujuk alat frasa yang betul ialah pemerah kelapa dan pemerah oren. Santan dan jus oren ialah hasil daripada perbuatan memerah kelapa dan memerah oren. | Tatabahasa | 05.09.2011 |
Yang manakah betul? a. Rumah Ali berdekatan dengan kedai runcit Pak Ali ./ Rumah Ali berdekatan kedai runcit Pak Ali. b. Bekas yang dijinjingnya berisikan jus oren. / Bekas yang dijinjingnya berisikan jus oren. Terima kasih. | Salam sejahtera, Jawapan yang betul ialah 1. Rumah Ali berdekatan dengan kedai runcit Pak Ali 2. Bekas yang dijinjingnya berisikan jus oren | Tatabahasa | 08.07.2020 |
dalam English "Concentrated organic grape juice", diterjemahkan dalam bahasa seperti Pekatan jus anggur organik? | Salam sejahtera, Terjemahan yang sesuai untuk "Concentrated organic grape juice" ialah jus anggur organik pekat. Terima kasih. | Makna | 04.01.2018 |
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Ibu menapis jus buah-buahan itu sebelum minum. 2. Mentol itu sudah rosak terbakar. 3. Dia menuduh syarikat itu atas masalah kontrak. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1. Ibu menapis jus buah-buahan itu sebelum diminum. 2. Mentol itu sudah rosak. 3. Dia memfailkan saman terhadap syarikat itu atas masalah kontrak. | Tatabahasa | 29.08.2012 |
salam sejahtera. apakah padanan terjemahan bagi perkataan "sparkling juice?" terima kasih | Untuk makluman tidak ada istilah khusus untuk sparkling juice. Walau bagaimanapun, terjemahan untuk sparkling wine ialah wain yang membuih. Oleh itu, terjemahan yang dicadangkan untuk sparkling juice ialah jus yang membuih atau jus berbuih. | Istilah | 07.11.2012 |
Salam sejahtera Encik / Puan, Minta bantuan terangkan penggunaan tanda koma yang betul sebelum "atau" seperti dapat lihat dalam contoh berikut: Ayat yang setara (sama kelompok) 1(a). Ali bertanya Abu hendak minum air kopi, air teh, atau jus oren? atau 1(b). Ali bertanya Abu hendak minum air kopi, air teh atau jus oren? ayat tidak setara (tidak sama kelompok) 2(a). Ibu bertanya kepada adik hendak membeli kereta mainan, patung, atau buku cerita? atau 2(b). Ibu bertanya kepada adik hendak membeli kereta mainan, patung atau buku cerita? Terima kasih kerana memberi penjelasan. | Penggunaan kata hubung "atau" tidak didahului dengan tanda koma, seperti ayat Mereka mungkin pergi ke Johor atau ke Perak. Hal ini berbeza dengan penggunaan kata sendi nama "dan" apabila menyenaraikan perkara yang tidak setara boleh didahului tanda koma, seperti Ayah ke kedai membeli majalah, payung, dan kasut. | Tatabahasa | 04.08.2016 |
Makanan pedas didapati berupaya menjadi agen yang merangsang selera makan dengan menggalakkan peredaran air liur dan jus gastrik. apakah jenis ayat ini? pendedahan atau penghujahan | Jenis ayat ini ialah ayat penyata yang mendedahkan sesuatu fakta. | Lain-lain | 15.01.2015 |
Salam Satu Malaysia, Tuan, tolong semak jawapan ayat majmuk di bawah. 1.Saya berkunjung ke Ladang Teh Sabah.Keluarga saya berkunjung ke Ladang Teh Sabah.(dan) Jwp: Saya dan keluarga berkunjung ke Ladang Teh Sabah. 2. Pekerja ladang teh memetik daun teh.Pekerja ladang teh memasukkan daun teh ke dalam bakul.(lalu) Jwp:Pekerja ladang teh memetik daun teh lalu memasukkan daun teh ke dalam bakul.(*perlu tambah objek di belakang memetik?) 3. Ibu mengambil beberapa kotak teh.Ibu membawa kotak-kotak teh itu ke kaunter pembayaran.(lalu) Jwp:Ibu mengambil lalu membawa kotak-kotak teh itu ke kaunter pembayaran. 4.Navin menggantung Jalur Gemilang.Navin menampal Jalur Gemilang.(dan) Jwp: Navin menggantung dan menampal Jalur Gemilang. 5.Pasukan polis berkawad .Pasukan askar berkawad.(dan) Jwp: Pasukan polis dan askar berkawad.( Perlu tambah pasukan di depan askar selepas digabungkan?) 6. Kavita gemar minum jus oren?.Kavita gemar minum jus epal?.(atau) Jwp:Kavita gemar minum jus oren atau epal? (perlu tambah jus di depan epal?) (Tolong beri penjelasan)Terima kasih. *Tolong beri penjelasan | 1. Saya dan keluarga berkunjung ke Ladang Teh Sabah. 2. Pekerja ladang teh memetik daun the lalu memasukkannya ke dalam bakul. 3. Ibu mengambil kotak-kotak teh lalu membawanya ke kaunter pembayaran. 4. Navin menggantung dan menampal Jalur Gemilang. 5. Pasukan polis dan pasukan askar berkawad. 6. Kavita gemar minum jus oren atau jus epal? | Tatabahasa | 09.10.2016 |