Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jusoh


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ASSALAMUALAIKUM.SAYA INGIN BERTANYA TENTANG NOVEL ANTARA DENDAM DENGAN PERJUANGAN KARYA ALI JUSOH,2007.MEMANG BENAR CERITA TERSEBUT BENAR TETAPI ADAKAH ADIK MAT ,IAITU MAT KILAU ADIK KEPADA ADIK YAK,IAITU TOK GAJAH?BUKANKAH MAT KILAU ANAK TOK GAJAH ,DAN TOK GAJAH BERSAMA DATO BAHAMAN SERTA MAT KILAU TELAH BERJUANG UNTUK PAHANG.BENARKAH WATAK ZAKI HAMIDON,MARIA,ABON,SERI BANUM,PRABASNA,ABANG MUSA,DERAMAN,TAMBI SAN,AH WEE,AMAT DAN LAIN-LAIN.DAN BAGAIMANA SAYA BOLEH MENULIS BUKU ATAU SYARAT -SYARATNYA.SAYA HARAP PIHAK ANDA DAPAT MEMBALAS PERTANYAAN SAYA INI.TERIMA KASIH.

Waalaikumusalam wbk. Bagi menjawab soalan sdr tentang watak-watak dan perwatakan dalam novel Dendam dan Perjuangan karya Ali Jusoh, sdr bolehlah menghubungi penulisnya sendiri di talian 09-6663312 (rumah) atau 019-9490727 (t/bimbit). Alamat rumah beliau ialah No. 4, Taman Teratai, To Jembal, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Mudah-mudahan beliau dapat menjelaskan sendiri tentang segala kemusykilan sdr.

Berhubung dengan minat dan syarat-syarat menulis buku, sdr. boleh mendapatkan atau membeli buku-buku yang dijual di pasaran yang diterbitkan oleh pelbagai penerbit.  Antara buku terbitan DBP ialah Panduan Menulis Puisi karya Rahman Shaari, Panduan Menulis Cerpen karya Othman Puteh dan Panduan Menulis Novel karya Shahnon Ahmad. 

Sekian, selamat berjaya dan wassalam.  

      

 

Lain-lain02.12.2009
Assalamualaikum. Saya ingin memohon pengambilan Munsyi Dewan (Bahasa) 2018.Bidang pengajian pendidikan awal kanak-kanak (Sarjana muda) bidang pengurusan pendidikan(sarjana) bidang pengajian saya di maktab perguruan sandakan(pendidikan awal-kanak-kanak / Bahasa Melayu sekolah rendah.soalan saya adakah saya berkelayakan untuk memohon pengambilan Munsyi dewan ini.Bagaimana caranya.Sekian terima kasihWaalaikumsalam. Pertamanya kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih tentang hasrat dan minat puan untuk menjadi Munsyi Dewan. Sehubungan itu, bagi mendapatkan maklumat yang tepat berhubung tatacara untuk memohon menjadi Munsyi Dewan, puan diminta menghubungi Encik Mohd. Jusoh bin Majid menerusi talian telefon: 03-21470210/019-2744848 atau menerusi e-mel: jusoh@dbp.gov.my">jusoh@dbp.gov.my.

Sekian.
Lain-lain21.03.2018
Saya telah memohon untuk menjadi Munsyi Sastera bagi mewakili institusi saya (Institut Aminuddin Baki) yang kini bertambah luas cawangannya iaitu di Sabah, Sarawak, Kedah, Genting dan Enstek Nilai. Kami di IAB ada menerbitkan majalah bercorak sastera seperti cerpen dan puisi. Oleh itu Munsyi Sastera amat diperlukan di institusi saya bagi memberikan apa juga bentuk nasihat yang diperlukan. Namun begitu sehingga kini saya masih lagi belum menerima sebarang maklum balas.Saya telah memohon untuk menjadi Munsyi Sastera bagi mewakili institusi saya (Institut Aminuddin Baki) yang kini bertambah luas cawangannya iaitu di Sabah, Sarawak, Kedah, Genting dan Enstek Nilai. Kami di IAB ada menerbitkan majalah bercorak sastera seperti cerpen dan puisi. Oleh itu Munsyi Sastera amat diperlukan di institusi saya bagi memberikan apa juga bentuk nasihat yang diperlukan. Namun begitu sehingga kini saya masih lagi belum menerima sebarang maklum balas.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, mohon Puan Saadian menghubungi terus Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran iaitu Puan Siti Aisah Murad melalui talian 03-21479222, e-mel aisah@dbp.gov.my atau pegawainya Encik Mohd Jusoh Majid 03-2147 9216, e-mel jusoh@dbp.gov.my">jusoh@dbp.gov.my.
Lain-lain23.01.2014
Assalamualaikum WBT Tuan/Puan, Saya ingin mendapatkan maklumat sekiranya terdapat jawatan kosong secara tetap/kontrak di Jabatan DBP Wilayah Utara. Terima kasih atas maklum balas tuan/puan.Salam puan,

Jawatan kosong di Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sehubungan dengan itu, sebarang pertanyaan berkaitan jawatan kosong di Dewan Bahasa dan Pustaka, bolehlah menghubungi Encik Juhari bin Jusoh melalui talian 03-2147 9693 atau e-mel kepada pengambilan@dbp.gov.my

Sekian, untuk makluman.
Lain-lain04.02.2022
apakah beza melintas dengan melintasi?
 perbezaannya dapat dilihat melalui definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Empat seperti berikut;

melintas = 1. lalu (dgn cepat): seorang Pak Haji ~ di hadapan peminta sedekah itu; 2. merentas (mengikut jalan yg terdekat), memintas: kita harus berjalan melingkari padang ini kerana tidak dibenarkan ~; 3. memotong jalan, menyeberangi jalan: tidak dibenarkan ~ jalan di sini; 4. teringat (ternampak, terkenang, dll) sekejap: benda pertama yg ~ di kepala Jusoh ialah Semaun;

melintasi = 1. lalu di, melalui, mengharungi: pelayaran ~ Atlantik; 2. pergi ke seberang, menyeberangi: habis sahaja makan, Ismail ~ jalan ini menuju lori balak; 3. meng­hindarkan (kesulitan dll), mengatasi;

Tatabahasa20.10.2012
apakah konsep makna simbolik dalam semantik bahasa melayu?

Sila rujuk bahan seperti dibawah :

1. Semantik dan pragmantik: satu pengenalan / Norhashimah Jalaluddin, DBP : 1992 

2. Menerokai struktur semantic / Nida, Eugene Albert, DBP : 1996

  3. Semantik / Palmer, F. DBP : 1989

  4. Apa itu semantic / Ismail Jusoh, Pelita Bahasa : November 1998

  5. Perkembangan semasa teori semantic / Awatif Muhammad, Pelita Bahasa : Disember 1998

  6. Persoalan semantic dalam analisa transformasi / Nik Safiah Karim, Dewan Bahasa : Jun 1978

  7. Perwakilan pelbagai paras : satu analisis semantic / Jumiya Ahmad, Jurnal Dewan Bahasa : September 1997

 

Lain-lain08.07.2008

Kembali ke atas