Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jus.ti.fi.kasi] | جوستيفيکاسي

Definisi : sesuatu alasan (yg kuat) yg men­jadikan sesuatu wajar dilakukan (diusaha­kan dsb) atau diberikan, hujah (pendapat dsb) yg dikemukakan sbg alasan bagi sesuatu: RTM mungkin mempunyai ~ sendiri utk menyiar­kan majlis itu secara langsung; berbagai-bagai alasan atau sebab-musabab di­ke­mukakan sebagai ~ kpd kelemahan ter­sebut; menjustifikasikan memberikan justifikasi kpd: mereka perlu memberikan bukti yg nyata utk ~ permohonan pinjaman itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata justifikasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
justifikasi, profil, kebolehupayaanjustifikasi, profil, kebolehupayaanEjaan07.06.2011
Apakah justifikasi yang digunakan apabila partikel -kah perlu disertakan pada kata tanya yang hadir di hadapan sesuatu ayat untuk membentuk suatu ayat yang gramatis? Contoh : 1. Apakah nama kamu? (betul) 2. * Apa nama kamu? (salah)

Kah ialah partikel utk menyatakan pertanyaan: bolehkah kau menyanyi? Apakah biasanya digunakan untuk menanyakan sesuatu (bukan manusia), contoh: Apakah kereta itu rosak. Oleh itu jika untuk menanyakan sesuatu berkenaan manusia cukup sekadar Apa nama kamu?

Tatabahasa11.07.2008
Manakah penggunaan perkataan yang tepat dalam ayat berikut sama ada kritis atau kritikal? Dapat membuat justifikasi antara andaian dan amalan pedagogi terdahulu dengan amat kritis atau kritikal.Dapat membuat justifikasi antara andaian dan amalan pedagogi terdahulu dengan amat kritikal. Wacana bahasa Melayu menggunakan perkataan kritikal yang sama maksudnya dengan kritis dalam bahasa Indonesia.Tatabahasa16.11.2015
Assalamualaikum, saya ingin bertanya apakah justifikasi bagi penggunaan frasa 'dipukul ribut'? Adakah ayat akan lebih gramatis jika menggunakan 'dilanda ribut/badai' atau 'dipukul ribut' juga dibenarkan?Untuk makluman, sama ada frasa dipukul ribu atau dilanda ribut/badai, kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa makna yang sama. Tidak ada masalah dari sudut gramatis atau sebaliknya.  Lain-lain21.02.2017
Salam, Saya keliru mengenai peribahasa 'melepaskan batuk di tangga'. Apakah justifikasi peribahasa yang membawa maksud 'membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai' ini? Terdapat teori masuk akal yang mengatakan peribahasa tersebut menggunakan perkataan 'batok' dan bukan 'batuk'. Tetapi setelah merujuk DBP, saya dapati peribahasa itu guna perkataan 'batuk'. Bagaimana terbatuk di tangga boleh membawa maksud kerja tertangguh? Mohon pencerahan. Terima kasih!Data dalam Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu ialah "melepaskan batuk di tangga". Peribahasa "melepaskan batuk di tangga" ini telah diterima pakai sekian lama walaupun ada yang memberikan pandangan bahawa perkataan yang betul ialah batok bukan batuk. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah Melepaskan batok di tangga semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. Sehingga hari ini, penggunaan perkataan "batuk" masih kekal dan digunakan sebagai panduan dalam buku peribahasa. Wallahualam.Makna14.04.2014
Manakah satu yang betul? kata alu-aluan atau kata-kata aluan atau kata aluan? Sila nyatakan apakah justifikasi bagi jawapan tersebut. Terima kasih.Jawapan yang yang betul ialah kata alu-aluan.Tatabahasa08.09.2011
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat perkataan "keberkesanan". Soalan saya: 1. Apakah kata dasar perkataan tersebut ialah "berkesan"? 2. Jika kata akarnya ialah "berkesan", apakah justifikasi yang digunakan? Mengapa kata "kesan" tidak dianggap sebagai kata akarnya?Berkesan dan keberkesanan, kata dasar kedua-dua kata tersebut ialah "kesan".Tatabahasa18.07.2008
"Karangan itu perlu disiapkan oleh Amira sebelum menghadiri latihan sukan." saya perlukan pencerahan daripada pihak tuan berkenaan ayat di atas sama ada ayat tersebut betul atau salah. saya perlukan justifikasi dari pihak tuan kenapa ayat tersebut betul atau salah.Ayat yang dinyatakan adalah betul penggunaan tatabahasanya - "Karangan itu perlu disiapkan oleh Amira sebelum menghadiri latihan sukan".Tatabahasa31.07.2017
1) Saya nak tahu erti perkataan Akauntabiliti 2) Penerangan tentang Akauntabiliti kepada seseorang guru1. Akauntabiliti bermaksud sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan penjelasan, justifikasi dan sebagainya yang diperlukan. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 24.  2.  Berdasarkan makna di atas, maka akauntabiliti kepada sesorang guru bermaksud tanggungjawab kepada guru tersebut .Makna03.04.2009
apakah yang dimaksudkan dengan intergriti dan akauntabiliti?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, integriti ialah kejujuran. Akauntabiliti pula ialah sifat bertanggungjawab kpd seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan dsb serta bersedia memberikan penjelasan, justifikasi dsb yg diperlukan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan.Makna05.08.2008
123

Kembali ke atas