Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.ta.wan] | جوتاون

Definisi : orang yg mempunyai wang (harta benda) yg jumlahnya (nilainya) berjuta-juta ringgit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.ta.wan] | جوتاون

Definisi : orang yg kaya dan mempunyai wang atau harta yg nilainya berjuta-juta ringgit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jutawan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana menulis nama blog. Contoh: Saya letakkan seruan itu dalam laman web saya, Minda Jutawan (mindajutawan.com). Adakah perlu diitalikkan 'Minda Jutawan' itu?Penulisan blog bergantung pada cara penulisan yang telah ditentukan oleh sistem, misalnya mindajutawan.com. Walau bagaimanapun, dari segi tatabahasa Minda Jutawan hendaklah ditulis terpisah dengan awalan huruf besar bagi menunjukkan nama atau tajuk blog.Lain-lain08.11.2011
Jika millionaire dipanggil jutawan dalam bahasa Melayu apa pula panggilan yang tepat bagi billionaire?Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, billionaire juga diberi padanan sebagai jutawan dalam bahasa Melayu.Istilah02.03.2009
Saya dalam proses menulis sebuah buku berjudul "JUTAWAN BUKU BESTSELLER". Adakah perkataan "bestseller" sesuai saya gunakan sebagai judul buku kerana perkataan "bestsller" lebih popular berbanding perkataan "terlaris".Padanan istilah bagi "best seller" ialah "buku laris". Oleh itu judul tersebut menjadi "Jutawan Buku Laris".Istilah16.07.2007
Penduduk Taman Taynton View tidak mempercayai kata-kata pegawai itu kerana bagi mereka, kata-katanya mempunyai maksud tertentu. Mereka sudah serik dengan janji manis yang ditaburkan oleh pegawai itu dahulu. Sebenarnya pegawai itu pandai berkata-kata dengan menabur janji palsu bahawa penduduk taman itu akan menjadi jutawan sekiranya menjual tanah mereka untuk projek yang bakal dijalankan. Walau bagaimanapun, penduduk di taman itu kecewa kerana pegawai itu tidak dapat menyelesaikan tugas yang diamanahkan dan melakukan kerja itu separuh jalan. Sebelum itu penduduk berharap agar tugas yang dilakukan oleh pegawai itu dapat disempurnakannya. Jawapan: -ada udang di sebalik batu -tanam tebu di tepi bibir -satu lagi jawapan apa?

Apakah soalan yang sebenarnya dalam ayat tersebut kerana hanya pilihan jawapan yang diberi tetapi tidak menyatakan soalannya dengan jelas. Sila hubungi kami semula.

Lain-lain06.07.2010

Kembali ke atas