Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.bul] | قبول

Definisi : 1. = terkabul terlaksana, tercapai, tertunai: permintaannya ~; 2. = ~ akan mempersetujui, setuju dgn, meluluskan: ~lah ia akan kehendak hamba; 3. = ~ pd diper­setujui oleh, diluluskan oleh, diperkenankan oleh: Sultan Mansur Shah mohon kpd Batara Majapahit hendak kembali, maka ~lah pd Batara; mengabulkan memperkenankan (permo­honan doa, kehendak, dsb), mempersetujui, meluluskan: moga-moga Tuhan akan ~ permohonanku ini; pengabulan perihal mengabulkan (permin­taan dll); pengabul bersifat sedia mengabulkan sesuatu doa, permintaan dsb (bkn Allah): Allah yg maha pengasih dan maha ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bul] | قبول

Definisi : 1 = terkabul tercapai (cita-cita dll); diluluskan; dibenarkan (permintaan dll): Cita-citanya hendak menjadi doktor telah ~. 2 setuju dgn; menyetujui: ~lah ia akan kehendak anaknya itu. mengabulkan membenarkan permintaan dll; meluluskan; mengizinkan: Semua permintaan ulama itu telah dikabulkan oleh Sultan Aceh. pengabulan perbuatan atau hal mengabulkan permintaan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kabul (kata nama)
1. Dalam konteks pernikahan
bersinonim dengan persetujuan, perkenan, penerimaan, perjanjian, kontrak,

2. Dalam konteks doa
bersinonim dengan makbul, perkenan, persetujuan, kelulusan, keizinan, kerelaan,

Kata Terbitan : mengabulkan, terkabul, pengabulan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kabul ialah kata pinjaman. Mengapa bila diberi imbuhan peN penjadi pengabul? Bukankah sepatutnya yang betul pengkabul?Untuk makluman, peN- menjadi pe- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan beberapa huruf dan sebahagian daripadanya ialah huruf p, t, k dan s. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya (homorganik) dengan bunyi pertama dalam kata dasar, iaitu m bagi p; n bagi t; ng bagi k; dan ny bg s. Untuk makluman lanjut, mohon rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 108-109.Tatabahasa14.01.2017
Saya ingin memohon jasa baik tuan/puan untuk mendapatkan pengesahan sama ada ayat "hasrat dikabulkan" hanya sesuai digunakan untuk membawa maksud keagaaman, sebagaimana dalam konteks "doa dikabulkan". Menurut pemahaman saya, dan menurut Kamus Dewan, perkataan "kabul" bererti "tercapai", "terlaksana", "tertunai". Harap mendapat penjelasan dan pengesahan DBP. Terima kasih atas bantuan yang diberikan.

Kata kabul atau frasa hasrat dikabulkan bukan istilah khusus yang hanya digunakan dalam bidang agama. Oleh itu, kata dan frasa tersebut boleh digunakan dalam konteks umum.

Tatabahasa20.09.2011
Dalam kehangatan kisah perkahwinan Siti Nurhaliza, saya ingin bertanya... Apakah perbezaan (jika ada) dari segi maksud dan nahu: 1. Aku terimanya nikah... 2. Aku terima nikahnya... 3. Aku terima nikah...?Lafaz lazim dalam hal ijab kabul ialah "Aku terima nikahnya ....". 'Nya' di sini merujuk pihak perempuan. Ini laras bahasa bidang agama Islam.Makna22.08.2006

Kembali ke atas