Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan KAD SIM atau SIM KAD atau KAD SIM PRABAYAR yang betul dan tepat?

Ejaan yang betul ialah Kad SIM dan Kad SIM Prabayar. Sila rujuk buku Kamus Dewan Perdana untuk maklumat lanjut.

Ejaan09.11.2025
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin memohon pencerahan, apakah terjemahan yang betul untuk kata jamak "identity card numbers" dan "specimen signatures"? Adakah "nombor kad pengenalan - nombor kad pengenalan" atau "nombor-nombor kad pengenalan" atau "nombor kad pengenalan - kad pengenalan"; dan "contoh tandatangan -contoh tandatangan", "contoh-contoh tandatangan" atau "contoh tandatangan-tandatangan"? Selain daripada itu, carian keputusan Khidmat Nasihat menemukan saya dengan dua nasihat berbeza mengenai ejaan "jangka masa"; nasihat pada tahun 2009 mengeja secara rapat manakala nasihat pada tahun 2011 serta 2018 mengeja secara terpisah. Terima kasih.Jawapan yang betul ialah:
a. nombor-nombor kad pengenalan dan contoh-contoh tandatangan.
b. jangka masa
Tatabahasa31.03.2021
Kad Kredit-i dan Kad Debit-i kini boleh digabungkan dengan rangkaian produk-produk inovatif daripada Bank Rakyat untuk terus mencapai kemakmuran seisi keluarga. Kad Kredit-i / Kad Debit-i dengan Kelab Nuri dan Pilih salah satu produk berikut:

 

Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my)

Lain-lain15.11.2017
Asalamulaikum Kad Temu Janji Kes Kecemasan Surat Pencen Kad Majikan No Giliran Kad Rawatan Pesakit Borang Ujian Klinikal Ujian Klinikal perkataan diatas nama Am atau nama khas

Saudara Norliza,

Perkataan di atas merupakan kata nama am. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut tentang perkara ini.

Tatabahasa03.08.2009
penguat kuasa atau penguatkuasa? Kad perlantikan atau Kad pelantikan?

Perkataan yang betul ialah penguat kuasa, kad pelantikan. 

Ejaan04.03.2009
Saya memerlukan pengesahan ejaan perkataan yang mengandungi singkatan elektronik ‘e-‘ bagi: 1. Permulaan ayat sama ada e-Pembayaran / e-pembayaran / E-Pembayaran / E-pembayaran. Contoh, E-pembayaran merupakan pembayaran eletronik menggunakan kad debit, kad kredit dan e-dompet. 2. Pertengahan ayat perlu menggunakan huruf besar atau tidak. Contoh, Pelaksanaan e-pembayaran memudahkan orang awam. 3. Tajuk. Contoh, Modul E-pembayaran Sistem Trafik.Ejaan yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Ejaan untuk permulaan ayat ialah E-pembayaran. 
Contoh ayat yang betul ialah E-pembayaran merupakan pembayaran eletronik yang menggunakan kad debit, kad kredit dan e-dompet.


2. Ejaan untuk pertengahan ayat ialah e-pembayaran. 
Contoh ayat yang betul ialah Pelaksanaan e-pembayaran memudahkan orang awam.


3. Ejaan untuk tajuk ialah Modul E-pembayaran Sistem Trafik.
Ejaan08.12.2020
Boleh tolong terjemahkan istilah bahasa Ingeris "e-Medical Card" ke bahasa Melayu. Adakah e-Kad Perubatan atau Kad e-Perubatan".Cadangan padanan bagi istilah e-medical card dalam bahasa Melayu ialah kad e-perubatan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah06.07.2024
terjemahan sebenar KAD TOUCH N GO dalam Bahasa Melayu???Untuk makluman belum ada istilah khusus dalam pangkalan data kami untuk "KAD TOUCH N GO." Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang kami cadangkan ialah KAD SENTUH DAN JALAN atau KAD SENTUH DAN LALU.Istilah06.09.2012
Pengawas hendaklah menyemak dokumen berikut pada hari peperiksaan: a) Kad pengenalan calon b) Kad pelajar c) ....... Soalan saya: Perlukah diletak perkataan 'yang' selepas perkataan 'dokumen' dalam ayat di atas?Penggunaan yang betul ialah ... menyemak dokumen seperti yang berikut .... Yang perlu dimasukkan dan yang ialah kata hubungan pancangan relatif dan seperti ialah kata sendi nama, dan ...seperti yang berikut ... membentuk frasa nama yang lengkap. Tatabahasa11.02.2010
Yang manakah paling tepat, 'kad kipas Matematik' atau 'kipas kad Matematik'? Terima kasih.Bentuk yang  betul ialah kad kipas Matematik.Istilah14.02.2011
12345678910...

Kembali ke atas