Kad Kredit-i dan Kad Debit-i kini boleh digabungkan dengan rangkaian produk-produk inovatif daripada Bank Rakyat untuk terus mencapai kemakmuran seisi keluarga. Kad Kredit-i / Kad Debit-i dengan Kelab Nuri dan Pilih salah satu produk berikut: | Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my) | Lain-lain | 15.11.2017 |
Saya memerlukan pengesahan ejaan perkataan yang mengandungi singkatan elektronik ‘e-‘ bagi: 1. Permulaan ayat sama ada e-Pembayaran / e-pembayaran / E-Pembayaran / E-pembayaran. Contoh, E-pembayaran merupakan pembayaran eletronik menggunakan kad debit, kad kredit dan e-dompet. 2. Pertengahan ayat perlu menggunakan huruf besar atau tidak. Contoh, Pelaksanaan e-pembayaran memudahkan orang awam. 3. Tajuk. Contoh, Modul E-pembayaran Sistem Trafik. | Ejaan yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Ejaan untuk permulaan ayat ialah E-pembayaran. Contoh ayat yang betul ialah E-pembayaran merupakan pembayaran eletronik yang menggunakan kad debit, kad kredit dan e-dompet. 2. Ejaan untuk pertengahan ayat ialah e-pembayaran. Contoh ayat yang betul ialah Pelaksanaan e-pembayaran memudahkan orang awam. 3. Ejaan untuk tajuk ialah Modul E-pembayaran Sistem Trafik. | Ejaan | 08.12.2020 |
Miliki Kad Debit-i Bank Islam Visa Konfederasi Hoki Malaysia hari ini | Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui laman web kami www.dbpsahbahasa.my. | Lain-lain | 26.07.2017 |