kadang kala atau kadangkala | kadangkala | Ejaan | 14.09.2011 |
Mengapa perkataan 'ada kala' dieja jauh sedangkan 'kadangkala' dieja dekat ? Begitu juga dengan ejaan 'sering kali' dieja jauh sedangkan 'barangkali' dieja dekat ? | Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan kadangkala dan barangkala merupakan sebahagian daripada kata majmuk yang tersebut (rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 74). | Tatabahasa | 09.04.2010 |
temuduga atau temu duga soalselidik atau soal selidik masakini atau masa kini kadang kala atau kadangkala ubahsuai atau ubah suai acapkali atau acap kali | Jawapan yang betul ialah: 1. temu duga 2. soal selidik 3. masa kini 4. kadangkala 5. ubah suai 6. acap kali | Ejaan | 05.04.2013 |
Yang berikut ialah kekerapan perkataan berkenaan dirakamkan dalam Kamus DBP tertentu: kadangkala Kamus Dewan - 33 kali Kamus Pelajar - 5 kali Kamus Pelajar II - 12 kali Kamus Komputer – 1 kali Jumlah 51 kali kadang kala Tiada dalam mana-mana kamus DBP ada kala Kamus Dewan - 1 kali Kamus Pelajar - 1 kali Kamus Pelajar II - 5 kali Jumlah 7 kali ada kalanya Kamus Dewan - 47 kali Kamus Pelajar - 4 kali Kamus Pelajar II - 5 kali Kamus Komputer - 1 kali Jumlah 57 kali adakalanya Kamus Dewan - 1 kali Jumlah 1 kali adakala Kamus Dewan - 3 kali Jumlah 3 kali 1. Ejaan untuk kata kadangkala adalah jelas satu perkataan. 2. Perhatikan bahawa adakala dimasukkan sebagai satu perkataan di tiga (3) tempat dalam Kamus Dewan termasuklah sebagai lema/entri utama/kata masukan, tetapi di tempat lain dimasukkan sebagai ada kala sebanyak tujuh (7) kali, malah ada kala dengan partikel -nya (ada kalanya) dirakamkan sebanyak 57 kali dalam Kamus DBP. Dengan kekerapan yang tinggi sebagai dua perkataan (ada kala/ada kalanya), mustahil berlaku kesilapan semasa penyuntingan, juga mustahil semasa atur huruf. Jadi, muktamadnya, kata ini harus dieja bagaimana? Qiu Syah Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) | Kami ambil maklum atas kekeliruan yang berlaku. Pihak kami akan berbincang dengan bahagian lain yang terlibat di DBP seperti Bahagian Perkamusan serta Bahagian Peristilahan dan Leksikologi bagi mencari satu ketetapan untuk dijadikan panduan. Pihak kami akan menghubungi saudara melalui alamat e-mel yang diberikan dengan kadar segera. | Lain-lain | 15.08.2012 |
untuk penggunaan kamus dewan, kadangkala keliru(tak jelas) sama ada sesuatu perkataan itu dijarakkan atau dekat. misalnya, mata pelajaran atau matapelajaran. simbol yg digunakan dalam kamus itu mengelirukan | Terdapat 15 kata majmuk yang telah dimantapkan dan dieja bercantum. Bentuk-bentuk kata tersebut ialah: antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, matahari, olahraga, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab, warganegara, dan pesuruhjaya. Selain daripada itu, perlu dieja jarak. Oleh itu, kata mata pelajaran perlu dieja jarak. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 48,54,72,73,75,108,133, 591. | Lain-lain | 07.10.2010 |
ejaan dahulukala betul atau dahulu kala betul? | Ejaan yang betul ialah dahulukala, sama seperti kadangkala dan sediakala. | Ejaan | 28.02.2012 |
saya makin keliru dengan kata majmuk mencolok mata dan menjolok mata ni kerana jawapan yang diberi dan disiarkan oleh DBP kadangkala menjolok mata betul dan kadang kala mencolok mata betul.jadi yang mana betul sebenarnya? | Menjolok mata antara maksudnya ialah memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya); dan mencolok mata bermaksud mencucuk mata dan juga kata kiasan yang bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Kedua-dua frasa tersebut betul tetapi kita menerima pakai kata kiasan mencolok mata untuk menggambarkan perbuatan yang boleh menimbulkan rasa meluat kepada yang melihatnya. | Tatabahasa | 28.12.2010 |
Tuan, Saya ingin bertanya tentang tips penulisan artikel yang betul dalam bidang undang-undang | Penggunaan bahasa dalam bidang undang-undang kadangkala tidak sama dalam penulisan umum. Bahasa dalam undang-undang mempunyai larasnya tersendiri dan penggunaannya terhad dalam bidang tersebut. Dalam penulisan terdapat beberapa etika penulisan yang perlu diikuti. Misalnya seseorang yang ingin menulis artikel dalam bidang sains, undang-undang, akhbar dan sebagainya perlu mengetahui laras bahasa yang digunakan. Format penulisan artikel tidak ada dalam pangkalan data kami. Kami mencadangkan saudari merujuk majalah terbitan DBP untuk melihat contoh penulisan artikel yang disiarkan. | Lain-lain | 28.05.2013 |
Saya cadangkan pihan tuan dapat mempunyai satu ruang untuk 'translet bahasa' samada translet daripada bahasa Inggeris ke BM/Bahasa Cina ke BM. Kadangkala, saya ingin cari perkataan yang sesuai untuk translet tetapi tak dapat | Terima kasih atas cadangan tuan/puan. Untuk pengetahuan tuan/puan, untuk tujuan penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia. Ahli-ahlinya terdiri daripada staf DBP. Selain itu juga, tuan/puan boleh berurusan dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM). | Lain-lain | 21.05.2009 |
Salam sejahtera, sedikit pertanyaan di sini. Dalam Kamus Dewan (hlm. 7), ‘adakala’ ditulis sebagai satu patah perkataan. Akan tetapi, dalam (hlm. 652) pula, bawah entri ‘kadangkala’ maksud yang diberikan ialah ‘ada kalanya, kadang-kadang, sekali-sekali.’ Perkataan ‘ada kalanya’ ditulis sebagai dua patah perkataan. Mengapakah 'adakala' ditulis sebagai satu patah perkataan, manakala 'ada kalanya' pula ditulis sebagai dua patah perkataan? Jika ‘adakala' ditulis sebagai patah perkataan, tidakkah 'adakalanya' juga ditulis sebagai satu patah perkataan? Mohob tunjuk ajar. Sekian, terima kasih. | Kami maklum atas kekeliruan yang berlaku. Pihak kami akan berbincang dengan bahagian lain yang terlibat di DBP seperti Bahagian Perkamusan serta Bahagian Peristilahan dan Leksikologi bagi mencari satu ketetapan untuk dijadikan panduan. Pihak kami akan menghubungi saudara melalui alamat e-mel yang diberikan dengan kadar segera. | Lain-lain | 22.08.2012 |