dalam KBSR digunakan perkataan 'penyerapan nilai' manakala dalam KSSR menggunakan 'penerapan nilai'. kedua-dua perkataan tersebut merujuk kaedah pengajaran. Adakah penerapan dan penyerapan membawa maksud yang sama dalam konteks pengajaran? | Kamus Dewan mentakrifkan penyerapan sebagai proses (perbuatan dan sebagainya) menyerap, penghisapan melalui liang-liang kecil; pengambilan dan pemasukan ke dalam (sesuatu sistem, fikiran), penerimaan (dan penyebatian). Penerapan pula ialah perihal (perbuatan dan sebagainya) menerap atau memasang (enjin dan lain-lain), pemasangan (enjin dan lain-lain); perihal (perbuatan dan sebagainya) menerapkan (mengenakan pada, menyerapkan, dan sebagainya), perbuatan mempraktikkan. Berdasarkan takrifan, penerapan dan penyerapan membawa maksud yang sama dalam pengajaran. | Tatabahasa | 10.04.2013 |
Apakah istilah Bahasa Melayu bagi perkataan "state of the art". Terima kasih | Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, terdapat dua padanan untuk state-of-the-art, iaitu 1. terkini 2. tahap pencapaian. Contohnya, padanan bahasa Melayu untuk state-of-the-art teaching method ialah kaedah pengajaran terkini. | Istilah | 07.04.2011 |
Saya ingin bertanya bagaimana saya nak mendapatkan buku " Kaedah dan teknik pengajaran menurut Ibn Khaldun dan Al-Qabisi". Buku ini terbitan DBP. | Salam tuan, Buku " Kaedah dan teknik pengajaran menurut Ibn Khaldun dan Al-Qabisi" merupakan buku terbitan DBP tahun 1994, dan tiada cetak ulang di kedai buku DBP. Namun tuan boleh mendapatkan buku tersebut di Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Dewan Bahasa dan Pustaka: buku tersebut boleh dicari melalui sistem http://pustaxa.dbp.gov.my/ bersama-sama ini dilampirkan hasil carian buku tersebut untuk makluman pihak tuan selanjutnya. Terima kasih. | Lain-lain | 18.05.2019 |
Assalamulakum, wr.wb., bisakah saya mendapatkan copy pdf dari buku Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn Khaldun dan Al-Qabisi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Karena saya sudah mencarinya di perpusatakaan nasional Indonesia di Jakarta tidak menemukannya. Atas kerjasama dan bantuannya, kami haturkan terima kasih. wassalam adipramono | Waalaikummussalam wr. wb., Dukacita dimaklumkan, atas sebab-sebab tertentu pihak kami tidak dapat mengeluarkan salinan PDF kepada orang perseorangan. | Lain-lain | 27.03.2011 |
bagaimana hendak belajar sastera,bahasa baku bahasa melayu...boleh cadangkan buku-buku yang boleh dipelajari...saya berminat | Cadangan buku untuk rujukan: | Judul | Penerbit | Keluaran | Tahun Terbit | ISBN | Sastera dan ilmu sastera : pengantar teori sastera | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | Tiada | 1995 | 983-62-4495-6 | Sastera kebangsaan, pendidikan sastera dan pembinaan negara | | Tiada | 2008 | 978-983-44252-0-3 | Diskusi sastera - jilid I: sastera tradisi | Dewan Bahasa dan Pustaka | Tiada | 1982 | | Akademi Sastera: " Pembinaan Kritikan Sastera dan Modal Insan Berketerampilan " ( Peringkat Saringan ) | Pusat Dokumentasi Melayu | Tiada | 2008 | | Teori Moden Sastera dan Permasalahan Sastera Melayu | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | Tiada | 1996 | 983-62- | Isu-isu dalam pemasyarakatan bahasa Melayu baku | Nurin Enterprise | Tiada | 1988 | | Ceramah pelaksanaan bahasa melayu baku | Dewan Bahasa dan Pustaka | Tiada | 1995 | | Penulisan dalam Bahasa Melayu Baku | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | Tiada | 1988 | 983.62.0600-0 | Penulisan dalam Bahasa Melayu Baku (edisi kedua) | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | Tiada | 1995 | 983-62-4924-9 | Laporan Kajian Sosiolinguistik Penggunaan,penguasaan dan pelaksanaan bahasa Melayu Baku | Dewan Bahasa dan Pustaka | Tiada | 1992 | 983-62-2546-3 |
Walau bagaimanapun sebaik-baik kaedah pengajaran adalah dengan berguru. Oleh itu, carilah kursus yang sesuai dengan minat saudara yang dianjurkan oleh DBP, persatuan-persatuan penulis dan universiti.Lain-lain | 28.11.2012 |
Saya sedang mengkaji tentang pendekatan pengajaran dari barat iaitu Dalcroze Eurhythmics. Bolehkah saya tukar nama pendekatan tersebut dalam Bahasa Melayu sebagai Euritmik Dalcroze? | Dalcroze Eurhythmics diberikan padanan Euritmik Dalcroze atau Dalcroze Method (Kaedah Dalcroze). Dalam bidang kesenian, euritmik ialah sistem latihan muzik untuk memahami ritma melalui gerak anggota yang dibangunkan oleh Émile Jaques-Dalcroze. | Istilah | 23.10.2018 |
salam....saya nak bertaya pandangan pihak DBP mengenai tugasan asgment saya...apakah pandangan pihak tuan jika Kementerian Pendidikan mengarahkan guru b.melayu mengajar dalam bahasa inggeris.... | Terlebih dahuli saya ingin tahu sama ada kerjaya sdr guru (pendidik)? Jika kerjaya sdr guru sudah tentu sdr mendapat pendidikan yang sempurna dalam bidang tersebut. Contoh pedagogi pendidikan, kaedah mengajar, kaedah belajar, motivasi, pembelajaran aktif, pembelajaran pasif, pengajaran berpusatkan murid, pembelajaran berpusatkan guru. Bagaimana impak teknologi dalam pendidikan. Di mana pertemuan antara pedagogi dengan teknologi (ICT). Pedagogi pendidikan menggunakan ICT dan banyak lagi teori-teori pendidikan yang perlu dikuasai oleh guru sebelum menjadi guru yang berjaya. Jika guru menguasai pedagogi pendidikan sudah tentu ia boleh mengajar bidang apa sahaja yang diarahkan dengan syarat mereka menguasai bidang tersebut. Tidak semestinya guru Bahasa Melayu hanya meguasai bidang Bahasa Melayu sahaja. Sistem pembelajaran kita juga memerlukan murid mengambil beberapa subjek yang telah ditetapkan dan perlu lulus dalam subjek tersebut. Mustahil seorang guru hanya mempelajari Bahasa Melayu sahaja sepanjang pembelajarannya di alam persekolahan. Oleh itu sepatutnya tiada masalah guru Bahasa Melayu mengajar Bahasa Inggeris. Guru yang tidak menguasai Bahasa Inggeris sepatutnya belajar menguasai bahasa tersebut. Bermakna guru sekarang ini perlu sentiasa menambah ilmu pengetahuan. Guru juga perlu aktif saperti juga bagaimana kita harap murid aktif belajar. | Lain-lain | 18.03.2011 |
Saya keliru penggunaan ejaan jawi dbp semasa kerana ianya mempunyai perubahan dengan ejaan jawi lama, adakah ejaan jawi dbp ini diubah suai dari ejaanjawi lama atau ianyamempunyai kaedah tertentu bagi ejaan jawi untuk digunakan pada masa kini sebagai contoh dalam pengajaran . | Asas yang digunakan untuk Sistem Ejaan Jawi Terkini ialah Sistem Ejaan Jawi Za'ba yang bukunya diterbitkan pada tahun 1949 setelah usaha pengumpulan data yang dilakukan oleh Za'ba bermula pada tahun 1918. Beberapa penambahbaikan telah dilakukan bagi mengatasi kekurangan, kekeliruan dan ketidakselarasan. Semua proses tersebut melalui jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Dewan Bahasa dan Pustaka. Hasil dapatan/kajian JK tersebut telah dibentangkan dalam Konvensyen Jawi Kebangsaan pada tahun 1983. Sistem ejaan Jawi itu digelar Sistem Ejaan Jawi yang disempurnakan dan sistem inilah yang digunakan sehingga sekarang. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Pedoman Ejaan Jawi yang digunakan kini sila dapatkan Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) edisi terkini. | Lain-lain | 19.11.2008 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya, apakah sebutan / cara pengajaran imbuhan -nga, -nye dan -nyam kerana nampaknya ada beza dari 2 penerbit buku. Buku teks contoh 1 mengatakan patut disebut sebagai meng-a-da-kan manakala 1 buah buku lagi mengatakan ia patut disebut sebagai me-nga-da-kan. Maka saya ingin mendapatkan kepastian dalam ajaran dan sebutan yang tepat supaya dapat dimaklumkan kepada guru-guru lain. | Apabila membatangkata kata terbitan, kaedah yang lazimnya digunakan adalah seperti meng.ada.kan, dan apabila membatangkan sesuatu perkataan untuk sebutan cara yang lazim digunakan adalah seperti me.nga.da.kan, iaitu mengikut sebutan lazim penutur jati. Walau bagaimanapun jika terdapat kekeliruan dalam hal ini, sila rujuk penulis buku berkenaan. | Tatabahasa | 29.07.2016 |
1. Mengapakah murid-murid tahap 2 lemah dalam mengenalpasti nilai-nilai murni dengan tepat berdasarkan petikan diberi? 2. Bagaimanakah untuk mengajar murid mengaitkan nilai-nilai murni yang tepat dengan ayat yang dibaca? 3. Apakah kaedah yang terbaik dan paling sesuai yang boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu Penulisan Bahagian C kepada murid-murid tahap 2? 4. Adakah kaedah penghafalan penanda wacana untuk menulis penulisan bahagian C digalakkan? 5. Apakah cara atau cara untuk mengajar murid-murid penulisan Bahagian C menggunakan komputer? | Maklumat yang puan perlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila rujuk kepada guru panitia bahasa Melayu di sekolah puan kerana perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran ini pihak gurulah yang lebih arif mengenainya. | Tatabahasa | 12.04.2013 |