Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kais] | کاءيس

Definisi : ; mengais, mengais-ngais 1. mencakar-­cakar atau mengorek-ngorek tanah (spt ayam yg mencari makanan), menggaru tanah (pasir): hujung kakinya mengais-ngais tanah; 2. ki mencari rezeki dgn susah payah; ibarat ayam, tiada ~ tiada makan prb perihal orang miskin yg tiada makan kalau tidak bekerja; ~ pagi makan pagi, ~ petang makan petang prb pendapatan hanya cukup utk hidup sahaja (kalau tidak bekerja tidak akan makan); mengaiskan 1. mencakarkan, menggarukan (jari kaki dll); 2. ki mencarikan rezeki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kais] | کاءيس

Definisi : ; mengais 1 mencakar-cakar tanah, pasir dll (spt ayam mencari makanan). 2 ki mencari nafkah atau mencari rezeki dgn bersusah payah. mengaiskan menggunakan sesuatu (jari kaki dsb) utk mengais. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kais (kata kerja)
Bersinonim dengan mengekas, menguis, mengakas, mencakar, mengorek, mencari;,
Kata Terbitan : mengais-ngais,

Peribahasa

Seperti ayam: kais pagi makan pagi,
     kais petang makan petang.

Bermaksud :

Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon tanya ayat ini betul atau salah? Malah dilaporkan 30% peratus peduduk PPRT sekarang ini terpaksa hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang akibat sektor ekonomi tempat mereka bekerja ditutup atau dihadkan operasinya.
Ayat yang gramatis ialah Malah dilaporkan 30% peratus penduduk PPRT pada saat ini terpaksa hidup melarat kerana  tempat mereka bekerja ditutup atau dihadkan operasinya.

Tatabahasa09.07.2021
Mohon pencerahan beda perkataan KUIS, KAIS, KAIT dan KAIH. Mohon juga contoh ayat untuk membedakannya. Terima kasih.Kais atau mengais mempunyai tiga makna, iaitu:
1. mencakar dan menggaruk (tanah, pasir dan sebagainya) seperti ayam yang mencari makan
2. mencari (rezeki) dengan susah payah

Kaih ialah ialah versi dialek (tidak baku) untuk kata baku kais.

Kuis atau menguis mempunyai dua makna, iaitu:
1. menolak, menepis, atau menyepak sesuatu ke tepi atau ke tempat lain
2. mencakar atau menggaruk (sampah, tanah dan lain-lain) seperti ayam untuk mencari makanan 

Kait mempunyai empat makna, iaitu:
1. besi, kayu dan sebagainya yang bercangkuk di hujungnya dan dipasang pada buluh dan sebagainya untuk memetik buah-buahan dan sebagainya
2. sesuatu yang terselindung dan menyusahkan
3. berkaitan dengan kait
4. lihat makna mengait

Mengait mempunyai empat makna, iaitu:
1. memetik sesuatu dengan kait
2. menarik atau mencangkuk sesuatu dengan sesuatu yang seperti kait
3. menjalinkan benang dengan jarum kait untuk membuat (renda, baju panas dan sebagainya)
4. mengambil (keuntungan dan lain-lain) dengan cara tidak halal

Untuk maklumat lebih lanjut, silalah dapatkan Kamus Dewan Perdana (2020) di kedai-kedai buku DBP atau melalui portal DBPNiaga.my
Makna07.12.2025

Kembali ke atas