Sama erti / makna - Oneng-oneng, berbarau, berbotok, cecawi, cecekak, dedalu, dedamak, dedaru, dedaup, memaya, tetuban. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut: 1. oneng-oneng - anak piut (keturunan yg kelima) 2. berbarau - nama sejenis burung, Pycnonotus zeylanicus 3. berbotok - perkataan "berbotok" tidak ada dalam pangkalan data kami. Perkataan yang ada ialah bebotok yang bermaksud sejenis lauk ikan yang dirempahi, dibungkus dengan daun, dan dikukus. 4. cecawi - beberapa jenis burung, Dicrurus spp. 5. cecekak - perkataan ini tidak ada dalam pangkalan data kami 6. dedalu - 1. sejenis tumbuhan (pokok), dalu; 2. sejenis tumbuhan (pokok), Salix tetrasperma; 7. dedamak - perkataan ini tidak ada dalam pangkalan data kami. Perkataan yang ada ialah dedamak bulu, dedamak asam, dedamak air yang merujuk kepada jenis tumbuhan 8. dedaru - sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Icacinaceae, kayunya sesuai dibuat perabot, papan lantai, dll, samala (di Sabah), Cantleya corniculata. 9. dedaup - 1. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar jambul merak, akar suluh, Bauhinia cornifolis; 2. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), kangkatuk, kempaga, Bauhinia flammifera; 3. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), kait-kait rimba, katup-katup, Bauhinia bidentata. 10. memaya - sejenis tumbuhan (pokok), Homa-lanthus populneus. 11. tetuban - selaput pembungkus janin (dalam kandungan) dan tembuni | Makna | 02.04.2014 |
hubung kait antara kata ganda dan semantik | Pertanyaan saudara ini berbentuk tugasan pelajar. Saudara perlu membuat kajian dan penelitian yang lebih terperinci. Bagi membantu saudara dalam perkara ini, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau buku Kata Ganda Bahasa Melayu: Tinjauan Bentuk Berdasarkan Data Korpus. Saudara juga boleh membuat kajian di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut. | Istilah | 04.09.2009 |
Apakah hubung kait peranan Bahasa Melayu dengan jati diri rakyat Malaysia dan wawasan negara | Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, ada tiga ciri utama bangsa Melayu; beragama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Gabungan tiga unsur ini membentuk identiti yang unggul dan ampuh. Aspek kedua yang mesti dipertahankan ialah bahasa Melayu. Bahasa tidak dapat dipisahkan daripada bangsa. Pepatah Melayu mengatakan bahasa jiwa bangsa. Kekuatan sesuatu bahasa terletak pada keupayaannya menjadi wahana ilmu yang dilambangkan menerusi penulisan dan komunikasi pelbagai bidang ilmu. Itulah jati diri Melayu asli, tulen dan murni. Jati diri yang mesti dipertahankan, dicontohi dan diteladani yang memperkembangkan sahsiah, keyakinan diri, keimanan, memperteguhkan semangat, jati diri dan kecintaan terhadap agama, bangsa dan tanah air. | Lain-lain | 19.07.2007 |
Salam sejahtera, Tuan; Perkataan "kait" tergolong dalam perkataan vokal berganding atau diftong? Terima kasih. | Kait (ka.it) ialah vokal rangkap yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua vokal itu terpisah dalam suku kata yang berlainan sama seperti ajaib (a.ja.ib) dan aur (a.ur). | Tatabahasa | 28.01.2013 |
hubungkait:sepatutnya hubung kait ke (2 patah perkataan)rekabentuk : reka bentuk tanggungjawab: tanggung-jawab? betul ke | Ejaan yang betul:1. hubung kait 2. reka bentuk 3. tanggungjawab | Ejaan | 22.11.2002 |
mohon penjelasan samada perkataan " garis panduan " dan "berhubung kait" di renggankan atau dirapatkan. | Perkataan "garis panduan" dan "berhubung kait" perlu dijarakkan. | Ejaan | 01.04.2013 |
Adakah Perkataan 'ia' boleh digunakan untuk menggantikan benda dan perkara? Adakah perkataan ini betul,....... hubung kait, antara bangsa, lalu lintas, mata pelajaran, seperti mana. | Ia boleh merujuk kepada manusia dan juga benda/perkara yang dibicarakan. Ejaan yang betul ialah hubung kait, antarabangsa, lalu lintas, mata pelajaran. | Tatabahasa | 08.08.2007 |
1. yang mana satu betul: a) kaya raya / kaya-raya b) disengat / di sengat c) hubungkait / hubung kait 2. apa beza perkataan di bawah dan yang mana penggunaan yang betul? a) peha:paha b) pernyataan : penyataan | 1. Kaya-raya 2. Disengat 3. Hubung kait 4. Ejaan yang betul ialah paha, manakala ejaan peha dianggap tidak baku dan tidak digunakan dalam konteks rasmi walaupun sebutan peha lebih kerap kita dengari. 5. Pernyataan bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara. Penyataan bermaksud perbuatan menyatakan sesuatu. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1089. | Ejaan | 06.08.2014 |
Assalamualaikom, Saya ingin tahu mana satu ejaan yang betul bagi perkataan berikut:- 1. berkait rapat ...atau berkaitrapat... 2. hubungkait... atau hubung kait.... 3. walaubagaimana pun... atau walau bagaimana pun... 4. Bolehkah sesuatu ayat itu dimulakan dengan perkataan Oleh yang demikian... atau pun Dan....... terima kasih. | Ejaan yang betul ialah berkait rapat, hubung kait, dan walau bagaimanapun. Ayat boleh dimulakan dengan "oleh yang demikian" dan tidak boleh dimulakan dengan "dan". | Ejaan | 14.07.2010 |
Penggunaan perkataan “adalah berhubungkait”didalam ayat. | Adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama contohnya adalah untuk ..., adalah seperti yang berikut: Penggunaan adalah berhubung kait tidak tepat kerana berhubung kait merupakan kata kerja. | Tatabahasa | 30.07.2018 |