BAGAIMANAKAH REVOLUSI PENDIDIKAN DI MALAYSIA BERLAKU DAN KAITANNYA DENGAN PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN? | Untuk soalan kertas kerja atau latihan ini, sila datang ke perpustakaan untuk untuk membuat rujukan melalui pembacaan buku, majalah. keratan akhbar mengenai isu ini. | Lain-lain | 03.02.2009 |
Apakah yang dimaksudkan dengan waja diri dan apa kaitannya dengan personaliti waja diri? | Tidak ada makna frasa waja diri dalam pangkalan data kami, namun waja lazimnya dikaitkan dengan semangat atau keazaman yang kuat. | Makna | 10.12.2011 |
Salam Sejahtera, Saya tidak pasti sama ada soalan ini ada kaitannya dengan khidmat nasihat DBP. Saya ingin mendapatkan kepastian tentang syarahan. Bolehkah serangkap lagu dipetik untuk dijadikan isi kandungan bagi sesebuah syarahan? Bukan untuk ditulis tetapi untuk dipersembahkan dalam pertandingan syarahan. Sekian, terima kasih. | Pada pendapat saya boleh kerana bertujuan untuk persembahan. | Lain-lain | 08.07.2010 |
Mohon pihak DPB menjelaskan tentang maksud frasa "kecelaruan minda" dan apakah kaitannya kecelaruan minda dengan kehakisan nilai integriti. Terima kasih. | Makna keseluruhan frasa secara terperinci tidak ada dalam sumber rujukan kami. Walau bagaimanapun kecelaruan bermaksud tidak tentu arah atau kacau-bilau dan apabila dikaitkan dengan minda ini bermaksud akal fikiran yang tidak tentu arah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk makalah yang berkaitan. | Makna | 03.04.2011 |
Saya mahukan maklumat mengenai kepentingan perancangan bahasa? Saya juga ingin tahu apa yang dimaksudkan dengan korpus, strategi dan taraf bahasa dan kaitannya dengan perancangan bahasa? | Perancangan bahasa ialah segala usaha dan tindakan yang dilakukan oleh sesbuah negara untuk menentukan supaya sistem komunikasi verbalnya,yakni yang menggunakan bahasa berjalan dengan lancar dalam segala bidang kehidupan seluruh negara terutama sekali dalam bidang pendidikan, pentadbiran dan ekonomi dan tidak kurang pentingnya dalam bidang penyatuan negara. Dalam negara yang mempunyai lebih dari satu bahasa, maka perancangan bahasa bermakna penentuan bahasa yang hendak dijadikan bahasa nasionalnya dan/atau bahasa rasminya dan kemudian diikuti oleh pembinaan bahasa itu. Korpus bermaksud himpunan makalah (tulisadsb.) mengenai sesuatu perkara tertentu atau kumpulan bahan untuk kajian (spt. kumpulan contoh penggunaan kata). Strategi bermaksud antara lain rancangan yang teratur (yang memperhitungkan pelbagai faktor) untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Taraf bermaksud antara lain tinggirendahnya atau buruk baiknya (nilai sesuatu), darjah,mutu,tingkatan. Perkara ini merupakan aspek yang bicarakan dalam perancangan bahasa. | Lain-lain | 22.03.2008 |
Ada dua soalan 1. Panggilan hormat untuk pegawai daerah sama ada YBrs atau YBhg. Adakah jika ada haji itu mempengaruhi penggunaan panggilan hormat ? dan adakah beza sekiranya kedudukannya berbeza? cth: pegawai daerah sebagai penganjur majlis, dan pegawai daerah yang menjadu tetamu kehormat dalam majlis 2. Diskusi Maqasid Syariah dan kaitannya dengan tadbir urus & kepimpinan. Mohon cadangan untuk tambah baik tajuk ini sama ada perkataan "kaitannya" boleh digunakan atau ada perkataan lain yang lebih sesuai. Perkaitan ke? | 1. "Yang Berusaha" lazimnya digunakan untuk individu yang memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan. Terdapat juga pihak menggunakan sapaan kehormat "Yang Berusaha" untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat. Namun, sekiranya individu berkenaan ialah ketua organisasi, tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan sapaan Yang Berbahagia (YBhg.) 2. Cadangan tajuk yang sesuai ialah: "Diskusi Maqasid al-Syariah dan Kaitannya dalam Tadbir Urus dan Kepimpinan" | Lain-lain | 28.09.2021 |
apakah sumbangan Dewan Bahasa Dan Pustaka dalam bidang pendidikan? | Banyak perkara yang dilaksanakan oleh DBP yang memberi sumbangan dalam bidang pendidikan. Antaranya: Penerbitan buku teks, buku sokongan pendidikan untuk guru, pelajar dan ibu bapa, penerbitan buku umum yang ada kaitannya dengan kurikulum persekolahan, penerbitan majalah dan lain-lain. Program bahasa dan sastera seperti Forum Pelajar, Forum Remaja, bimbingan penulisan untuk kanak-kanak dan remaja, dan lain-lain. Penerbitan bahan multimedia.
| Lain-lain | 20.08.2010 |
Jika dahulu kaum Melayu lebih tertumpu kepada bidang pertanian dan perikanan,kaum Cina memonopoli bidang perniagaan dan perlombongan serta India Tuan,saya nak tanya perkataan kata sendi nama ‘kepada’adalah salah digunakan di sini ya.Jika adalah salah setakat perlu tukar kepada apa kata sendi nama? | Kepada ialah kata sendi nama yang terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan hal berikut: 1. Menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, dan institusi yang ada kaitannya dengan manusia. 2. Menyatakan pecahan. 3. Menyatakan perubahan keadaan. Cadangan jawapan yang diberikan salah. Jawapan yang betul ialah pada. | Tatabahasa | 06.01.2021 |
Salam 1Malaysia, 1. Apakah maksud 'kasus'? 2. Fungsi 'tesaurus' berbanding dengan kamus? 3. Tarikh kematian Pak Asraf Abdul Wahab dan Za'ba, bila? Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kasus (bahasa Indonesia) ialah keadaan (perkara, persoalan dan sebagainya) yang sebenarnya atau yang tertentu (khusus), keadaan (kejadian dan sebagainya)yang khusus yang ada kaitannya dengan seseorang atau sesuatu, kes. Tesaurus ialah buku yang mengandungi senarai kata seerti atau sinonim dan kata yang berkaitan maknanya yang disusun mengikut sistem atau olehan tertentu. Kamus ialah buku yang mengandungi kata-kata dan lain-lain (yang disusun menurut abjad) dengan keterangan mengenai makna perkataan dan lain-lain. Tarikh kematian Zainal abidin Ahmad (Za'ba) ialah 23 Oktober 1973. | Makna | 12.03.2012 |
Salam, Mohon keterangan lanjut tentang perbezaan penggunaan kepada dan pada. Terima kasih. | Perbezaan penggunaan kepada dan pada ialah kepada digunakan dengan maksud arah dan letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang atau objek. Contoh ayat, 1. Nathan mengalihkan pandangannya kepada padi yang sedang disukat. 2. Sekali lagi Pak Hasan bertanya kepada dirinya. Kepada juga boleh digunakan mendahului kata nama atau frasa nama bukan manusia dengan maksud arah, iaitu apabila kata nama itu merujuk kepada institusi ataupun tempat yang ada kaitannya dengan manusia. Misalnya, Sawah dan desa ini mengingatkan saya kepada tanah kelahiran saya di Melaka. Pada pula digunakan dalam beberapa situasi, 1. untuk menandakan keterangan waktu, apabila mendahului kata nama atau frasa nama yang menyatakan waktu atau masa. Contoh ayat, Ali telah berpindah rumah pada bulan Januari yang lalu. 2. untuk menandakan sesuatu tempat yang tetapdan letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang ataupun objek. Misalnya 1. Pada fikirannya, eloklah dia menyiapkan jala mulai sekarang. 2. Aku akan menggantungkan buaian kain pada sebatang dahan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Sendi Nama Pedoman Bahasa. | Lain-lain | 15.02.2010 |