| Salam tuan/puan, Saya pernah mengajukan beberapa siri soalan tentang penggunaan kata sendi nama dalam ayat. Menurut tuan/puan baru-baru ini, Ayat yang betul ialah "Suresh mengulang kaji pelajaran di rumah atau di perpustakaan?". Sebenarnya, saya pernah bertanya kepada PRPM juga tentang soalan yang hampir sama. Namun, jawapan yang diberikan berbeza pula. Menurut munsyi dalam soalan terdahulu, kata sendi nama 'di' dalam ayat seumpama itu tidak perlu diulang kerana penggunaannya yang pertama sudah menjelaskan maksud ayat. Jadi, ideologi munsyi yang manakah patut saya ikut? Atau sebenarnya ada formula khas lain? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah ‘Suresh mengulang kaji pelajaran di rumah atau di perpustakaan?. Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk tempat, dan tidak boleh digugurkan dalam satu ayat yang sama. Hal ini kerana, ayat tersebut dipecahkan, akan menjadi dua ayat, iaitu: (i) Suresh mengulang kaji di rumah? dan (ii) Suresh mengulang kaji di sekolah? | Tatabahasa | 28.04.2014 |
| 1. Guan Hong di rumah sedang memotong botol plastik. 2. Ai Ling di rumah sedang mengulang kaji pelajaran. 3. Fendi di pusat sumber membaca buku. Adakah 3 ayat ini betul? terima kasih encik/puan. | Ketiga-tiga binaan ayat tersebut betul dari segi tatabahasa, iaitu merupakan ayat majmuk yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal atau sekumpulan ayat tunggal yang telah disusun mengikut cara tertentu. Walau bagaimanapun, binaan ayat yang lebih sesuai adalah seperti yang berikut: i. Guan Hong sedang memotong botol plastik di rumah. ii. Ai Ling sedang mengulang kaji pelajaran di rumah. iii. Fendi membaca buku di pusat sumber. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015) halaman 497 hingga 523.
| Tatabahasa | 28.10.2025 |