1. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat berkaitan kajian-kajian ilmiah atau tajuk-tajuk kajian, ulasan dan sebagainya yang berkaitan tentang syair bidasari ini? 2.Sejauh simpanan maklumat DBP, berapa banyakkah kajian yang telah dilakukan oleh para sarjana terhadap syair bidasari? | Untuk makluman saudara, berhubung dengan kajian-kajian ilmiah atau tajuk-tajuk kajian tentan Syair Bidasari , dicadangkan supaya saudara menghubungi Jabatan Kesusasteraan, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya atau Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, UKM,Bangi. Berdasarkan maklumat yang ada Syair Bidasari telah dikaji oleh Puan Jamilah Hj.Ahmad, seorang pegawai penyelidik DBP dan hasil kajian tersebut telah diterbitkan pada tahun 1089. Prof.Madya Hashim Ismail, seorang pensyarah dari Universiti Malaya juga membuat kajian tentang Syair Bidasari yang berjudul Keindahan Syair Bidasari: Dualisme Yang Indah. Kajian beliau ini dimuatkan dalam buku Pandangan Semesta Melayu: Syair. Buku ini diterbitkan oleh DBP pada tahun 2005. | Lain-lain | 28.07.2010 |
saya ingin mendapatkan kajian-kajian lampau tentang bahasa melayu oleh sarjana-sarjana seperti awang sariyan dn prof asmah hj omar, di mana saya boleh dapatkan sekian | Saudara boleh berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu (perlu mendaftar sebagai ahli), DBP untuk mendapatkan sumber rujukan yang diperlukan atau boleh juga berkunjung ke mana-mana perpustakaan berhampiran yang mendokumentasi kajian kebahasaan. | Lain-lain | 18.09.2011 |
apa beza etiologi dan punca penyakit | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, etiologi membawa maksud kajian tentang punca (sebab) timbulnya penyakit. Etiologi juga mempunyai makna, kajian atau falsafah tentang sebab-musabab. Oleh itu, etiologi lebih cenderung kepada kajian-kajian yang dilakukan untuk mengetahui sesuatu punca atau sebab musabab berlakunya sesuatu misalnya punca berlakunya penyakit. Manakala punca didefinasikan sebagai pangkal, perdu (asal mulanya, kerana, lantaran, sebab), pokok, tajuk. Ayat mudah punca lebih kepada sebab berlakunya sesuatu perkara misalnya dalam pertanyaan di atas punca kepada berlakunya penyakit. Berbeza dengan etiologi, etiologi merupakan kajian yang dilakukan untuk mengetahui punca kepada berlakunya penyakit. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut. | Istilah | 25.07.2012 |
APA MAKSUD " EMPIRIKAL" | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud berdasarkan (bergantung pada) pemerhatian atau eksperimen, bukan teori: kaedah yang digunakan adalah melalui kajian-kajian ~ dengan pengumpulan data. | Lain-lain | 18.02.2011 |
Salam sejahtera. Saya adalah pelajar PhD UPM. Kajian saya ialah mengenai Resiliens (daya tahan) guru-guru novis (baharu). Soalan saya : i. Adakah saya boleh guna perkataan Resiliens atau resilien sebagai ganti perkataan daya tahan kerana dalam kajian-kajian luar negara, istilah resilience /resilient lebih sinonim. ii. bolehkah juga saya guna perkataan novis bagi menggantikan baharu. mohon pencerahan dari pihak tuan. terima kasih | Untuk makluman, istilah resilien atau resiliens digunakan dalam bidang Perubatan. Sementara istilah novis terdapat dalam bidang Teknologi Maklumat. Oleh itu, kami mencadangkan puan menggunakan istilah daya tahan atau ketahanan untuk resilience dan baharu untuk novice kerana istilah tersebut lebih mudah difahami dan menepati konsep yang dikemukakan. | Istilah | 06.09.2011 |
1.Istilah "Empirikal" masih belum saya temui maknanya . harap tuan dapat menjelaskannya. | Empirikal atau empirik ialah perkataan dlm bahasa Indonesia Belanda yg bermaksud berdasarkan (bergantung pd) pemerhatian atau eksperimen, bukan teori: cth penggunaannnya, kaedah yg digunakan adalah melalui kajian-kajian empirik (al) dgn pengumpulan data. | Makna | 27.07.2007 |
Saya merupakan seorang pelajar Kolej Mara Banting (program persediaan luar negara) dan perlu membuat kajian sastera. Kajian tersebut perlu dibuat pada karya sastera, puisi atau prosa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Jadi, saya ingin mendapatkan cadangan dari pihak tuan tentang novel yang sesuai untuk saya lakukan kajian? | Mohammad Nizrull, pihak DBP telah menerbitkan banyak novel. Sebagai cadangan, saudara boleh mendapatkan dua buat novel yang diterbitkan pada penghujung tahun 2008. Saya berpendapat novel-novel ini baik jika dapat dikaji oleh saudara. Dua buah novel tersebut ialah 'Daun' karya Malim Ghozali Pk dan 'Panggil Aku Melaju' karya Rahmat Haroun. Saudara boleh mendapatkan novel ini di Kedai Buku DBP | Lain-lain | 16.02.2009 |
Salam sejahtera. Saya sedang membuat kajian bertajuk ' Penilaian Pelaksanaan Pengajaran Teori dan Praktis Subjek Perubatan Kecemasan Kurikulum Diploma Pembantu Perubatan Berdasarkan Model Penilaian IIuminative'. Kajian tersebut merupakan kajian tesis PhD saya. Saya memohon pandangan daripada tuan berkaitan perkataan 'illuminative' dalam tajuk kajian di atas. Adakah ia boleh diterjemahkan dalam Bahasa Melayu? Jika boleh apakah terjemahan yang sesuai? Maklum balas daripada pihak tuan sangat-sangat saya hargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Alias Bin Mahmud 18 Oktober 2012 | Istilah bahasa Melayu untuk illuminative ialah iluminatif. | Istilah | 18.10.2012 |
Kajian tentang penggunaan internet dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat telah dijalankan oleh Professor Ahmad. Adakah ejaan Tingkatan Empat mesti ditulis dalam huruf besar pada awal perkataan | Tingkatan empat dalam ayat tersebut bukan nama khas, oleh itu huruf pertamanya ditulis dengan huruf kecil sahaja. | Tatabahasa | 28.05.2010 |
kajian kurang tumpuan dalam kelas dan faktor kurang pengambilan makana berkhasiat | Kami tidak jelas apa yang tuan inginkan | Lain-lain | 18.02.2010 |