Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kaji
Kata Terbitan : mengkaji, kajian, pengajian, pengkajian, pengkaji,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang dimaksudkan dengan psikologi?Kamus Dewan Edisi Empat mendefinisikan psikologi sebagai; 1. kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan per­lakuan manusia dan haiwan; 2. pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kum­pulan tertentu; 3. kebijaksanaan mema­hami sifat manusia; berpsikologi menggunakan psikologi: bagaimana dia harus ~ melayani anak-anak yg masih kecil?. Saudara boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=psikologi&d=1 untuk lebih lanjut.Makna10.02.2013
Saya ingin bertanya berkenaan penggunaan istilah "institusi". Apakah imbuhan yang boleh digunaka dalam perkataan ini dan apakah maksudnya. Adakah kata "institusional" dan/atau "institusionalisme" boleh digunakan merujuk kepada kajian sains atau pemikiran berhubung perkara berkaitan keinstitusian. Untuk makluman kajian saya mengenai Teori Institusi mempunyai pelbagai pandangan atau isme dan istilah institusi saya lihat tidak dapat mencapai maksud menyeluruh atas penggunaan yang dimaksudkan. Terima kasih.

Mengikut Daftar Istilah Politik dan ekonomi, perkataan institutionalism membawa maksud fahaman institusi atau institusionalisme. Fahaman Institusi merupakan teori atau fahaman yang menyatakan bahawa bagi sesuatu ekonomi atau masyarakat menjadi maju dan berkembang, institusi mesti diadakan. Perkataan Instituitional dalam bahasa Inggeris pula membawa makna Institusi dan Keinstitusian yang berkaitan dengan sistem, ciri, atau sifat institusi.

Untuk keterangan lanjut, Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari laman http://prpm.dbp.gov.my/ dan masukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruangan yang disediakan dan klik "cari".

Istilah31.01.2019
1.apakah maksud onamasilogis, semasiologis, morfologis dan fonologis? 2. ada berapa jenis retorik dan bagaimana cara untuk membezakan jenis-jenis retorik tersebut?Onamasilogi bermaksud kajian tentang hubungan makna antara lambang bahasa dengan objek yang dilambangkan, mis kajian tentang sinonimi danpolisemi. Morfologi bermaksud kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan dan pemajmukan. Fonologi bermaksud kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa. Retorik bermaksud kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan atau seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar.Jenis retorik bergantung pada atau mengikut bahasa retorik yang digunakan dalam pelbagai bidang berkenaan seperti dalam politik, kominikasi dll.. Makna20.02.2008
maksud psikologiPsikologi bermaksud: kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dgn perlakuan manusia dan haiwan;Makna16.07.2009
Adakah komputer mengubah pemikiran kita?

Pertanyaan ini lebih berbentuk tugasan pelajar dan memerlukan kajian dan penyelidikan yang terperinci. Saudara digalakkan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk menyelesaikan tugasan kuliah saudara.  

Lain-lain15.08.2010
apakah definisi retorik

retorik membawa maksud,

1.kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan;

2. seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar/ seni berpidato;

3. pertuturan atau tulisan yang menggunakan bahasa atau kata-kata yang indah atau muluk-muluk untuk mempengaruhi pemikiran pendengar.

Istilah09.02.2011
SALAM. saya merupakan pelajar kolej mara banting. saya ingin melakukan kajian sastera. saya berminat untuk mengkaji cerpen-cerpen yang berkaitan dengan kesan kolonialisme terhadap pemikiran serta cara hidup masyarakat melayu pasca merdeka. oleh itu, apakah cerpen yang sesuai untuk dikaji dari segi aspek ini ( sekurang-kurangnya 6)? penulis apa yang sering menonjolkan persoalan ini dalam cerpen ?

Waalaikumusalam wbk.

Dalam hal tersebut, sdr. bolehlah merujuk kepada beberapa buku Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad Ke-20 terbitan DBP 2005, antaranya:

1.   Dosan Pejuang karya A. Samad Said. Mengandungi 20 buah cerpen, antaranya Perempuan dari      Kampung Kambing, Buruh Paksa dan Dosa Pejuang

2.   Antara Dua Deru karya Arena Wati. Mengandungi 20 buah cerpen, antaranya Dunia yang Kutinggalkan, Antara Dua Deru dan Duniaku yang Hilang.

3.   Pahlawan Tak Bernama karya Abdullah Hussain. Mengandungi 20 buah cerpen, antaranya Pahlawan Tak Bernama, Bumi Tercemar, Politik dan Sebuah Masjid di Sebuah Kota Pelabuhan. 

Sdr. juga bolehlah memilih enam buah cerpen yang dikemukakan di atas atau memilihnya sendiri dengan merujuk kepada tiga buah kumpulan cerpen tersebut.

Sekian dan wassalam.

 

Lain-lain23.07.2009
Apakah definisi retorik penceritaan?Retorik  bermaksud kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan. Retorik juga merupakan seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar atau seni berpidato. Terima kasih.Makna31.01.2011
bagamanakah penggunaan retorik dalam perbankan?Menurut Kamus Dewan, Retorik ialah kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan. Retorik juga dikaitkan dengan seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar atau seni berpidato. (Maklumat lanjut mengenai retorik boleh diperoleh melalui Kamus Dewan Edisi Keempat Terbitan DBP atau Buku Teknik Pengucapan Awam karya Abdul Muati@Zamri Haji Ahmad atau Seni Berpidato karya Rahmat Ismail) Retorik dalam bidang perbankan biasanya dikaitkan dengan cara memujuk khususnya untuk pekerja di sektor perbankan. Contohnya seperti cara memujuk supaya khalayak mendaftar untuk kad kredit. Terima kasih.Makna01.09.2006
Salam sejahtera pada pihak DBP, apakah isu yang sesuai dan boleh dikupas untuk saya kaji di dalam Hikayat Indera Nata? Dan apakah buku-buku rujukan yang boleh saya gunakan dalam kajian saya? Saya masih buntu dalam mencari tajuk kajian saya.

Hikayat Indera Nata digolongkan dibahagikan dalam zaman peralihan Hindu-Islam. Secara umum, pelbagai perkara boleh dikaji daripada teks tersebut. Di antara kajian tersebut ialah seperti berikut:

  1. Pemikiran dalam teks tersebut
  2. Teknik Naratif/penceritaan teks zaman peralihan
  3. Gaya Bahasa teks zaman peralihan
  4. Unsur-unsur Mitos, Dongeng, Fantasi dan sebagainya
  5. Konsep Wira dalam teks tersebut
  6. Konsep Kuasa dalam teks tersebut
  7. Unsur-unsur Islam dalam teks tersebut dll

Sekian, terima kasih

 

Lain-lain06.07.2009
123

Kembali ke atas