Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : singkatan bagi kakak; ~ cik (wan) Kl panggilan kpd saudara perempuan yg lebih tua. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kak I

Puisi
 

Kak Esah berumah ke hulu,
     Bawa menjahit rumai Brunei;
Hendak terkenang permainan dahulu,
     Air mata berlinang ke sungai.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
assalamualaikum..saya mempunyai 13 orang adik beradik..kakak saya bercadang untuk memberi gelaran kepada kami semua bagi memudahkan anak-anak saudara kami untuk memanggil kami semua..jadi, apakan urutan gelaran yang sesuai..? (contoh: along, angah,..) kerana kami kehabisan idea untuk mencari 13 gelaran..tdalam keluarga kami kakak saya mempunyai kembar,cth bg zam bg rie ( kak miza,kak watie )kembar kak bibah kak cik kak yang bg awie kak zura saya adik un adik nadia adik wan..terima kasihKebiasaannya dalam sebuah keluarga Melayu, nama-nama gelaran untuk keluarga adalah seperti yang berikut: Along (pertama), Angah (kedua), Alang (ketiga), Atih (keempat), Andak (kelima), Uda (keenam), Tam (ketujuh), Acik (kelapan), Anjang (kesembilan)dan Usu (akhir/bongsu).

Untuk gelaran adik-beradik yang seterusnya, pihak keluarga boleh menamakan sendiri dengan gelaran yang bersesuaian.
Lain-lain27.01.2024
anak pertama = anak sulung, boleh dipanggil kak long? anak kedua= boleh dipanggil kak ngah? anak ketiga nak panggil apa? anak keempat boleh dipanggil adik su ( adik bongsu)?Anak ketiga lazimnya dipanggil Alang. Panggilan yang biasa ialah Kak Lang dan  Mak Lang.Makna19.02.2008
Kak Lia, hari ini saya perasan yang pipi Kak Lia semakin hari semakin tembam,” ujar Hamidun sambil mencebik kepada kakaknya. Yang mana satu perkataan antonim bagi mencebik-menyeringai, menyengih, menjebik dan mengetapSalam sejahtera,

Perkataan antonim yang sesuai ialah menyengih. 
Tatabahasa24.12.2019
Salam, benarkah ayat ini " Kak Dila membawa beberapa batang pelepah kelapa untuk dibuat kayu api"? Sekian, terima kasih.Salam. Ayat "Kak Dila membawa beberapa batang pelepah kelapa untuk dibuat kayu api" adalah betul.Tatabahasa02.04.2013
Nama-nama panggilan dalam keluarga 1. Anak pertama - Abg Long /Kak Long 2. Anak Kedua - Abg Ngah/Kak Ngah 3. Anak Ketiga -- ? 4. Anak keeempat -- ? 5- Anak kelima -- ?? dan seterusnya.

Panggilan anak pertama (along) dan kedua (angah) adalah sama di banyak tempat, namun panggilan ketiga yang seterusnya tidak selaras dan dinyatakan panggilan yang ada dan turutan dalam keluarga teh (keenam/keempat), itam (ketujuh), andak (keempat/kelima), busu (bongsu), manakala panggilan anjang, uda hanya diberi makna panggilan dalam keluarga.

Lain-lain08.06.2008
Bagi perkataan "abang" atau "kakak", bilakah ianya boleh dijadikan kata nama khas? Ayat contoh : "Hi Abang Ali!" atau "Hi abang Ali!" Bagaimana pula dengan panggilan "Kak Long" atau "kak long". Sememangnya, saya keliru dengan penggunaan kata nama khas. Di mana boleh saya dapatkan panduan yang lebih lanjut mengenai perkara ini? Terima kasih.

Menurut data kami, kata nama khas cuma terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia. Contohnya, Ahmad (kata nama khas hidup manusia, Tompok (kata nama khas hidup bukan manusia) dan Kuala Lumpur (kata nama khas tak hidup). Oleh itu, "abang" dan "kak long" bukan merupakan nama khas dan tidak perlu dieja dengan huruf besar kecuali kata nama khas Ali kerana perkataan tersebut tergolong dalam panggilan. Untuk maklumat yang lebih lanjut, tuan boleh merujuk Tatabahasa Dewan.

Tatabahasa20.03.2020
Adakah kata panggilan seperti pak cik, mak cik, kak ngah, ayah, ibu dan adik tergolong dalam kata ganti nama diri?Kata panggilan seperti pak cik, mak cik, kak ngah, ayah, ibu dan adik tergolong dalam kata ganti nama diri yang digunakan dalam konteks tidak rasmi. Dalam suasana rasmi hendaklah digunakan kata ganti nama diri "saya".Tatabahasa23.05.2014
Apakan gelaran bagi seseorang didalam keluarga, seandainya bilangan adik beradik adalah seramai 14 orang? Contohnya untuk anak pertama digelar Kak Long, manakala bagi anak kedua digelar kak ngah.Kebiasaannya dalam sebuah keluarga Melayu, nama-nama gelaran untuk keluarga adalah seperti berikut: Along (pertama), Angah (kedua), Alang (ketiga), Atih (keempat), Andak (kelima), Uda (keenam), Tam (ketujuh), Acik (kelapan), Anjang (kesembilan)dan Usu (akhir/bongsu). Terima kasih.Lain-lain09.01.2007
Kak Za Kedah Jan 15th, 11:43am assalamualaikum tuan/puan...ni sy dpt dari fb...cuma ingin bertanya adakah perkataan GRATIS telah digazetkan sebagai percuma dalam bahasa malaysia?Gratis ialah bahasa Indonesia, bahasa Melayu menggunakan perkataan percuma.Istilah15.01.2015
"Kak Alia tentu dah penat. Biar saya tolong," ujar Molly lalu mengambil getah paip dari tangan Alia. Tuan, soalan saya ialah getah paip atau paip getah?Frasa yang betul ialah paip getah.Tatabahasa10.07.2012
123

Kembali ke atas