selamat sejahtera, 1. Kakak memerah kain itu. Kakak menyidai kain itu di ampaian. ayat majmuk: 1.Kakak memerah kain itu lalu menyidai kain itu di ampaian atau 2.Kakak memerah kain itu lalu menyidai di ampaian. 2. Adam merendam bajunya. Bajunya sangat kotor. ayat majmuk 1. Adam merendam bajunya kerana bajunya sangat kotor. atau 2. Adam merendam bajunya kerana sangat kotor. soalan saya, adakah kedua-dua ayat majmuk itu boleh diterima? 3. perkataan 'dua' , 'daun' -adakah dikategorikan dalam golongan dua suku kata atau satu suku kata? 'buaya' - dua atau tiga suku kata? 4. bersoal jawab dijarakkan atau bergabung? sekian, terima kasih. | 1. Ayat majmuk yang gramatis ialah Kakak memerah kain itu lalu menyidainya di ampaian. 2. Ayat majmuk yang gramatis ialah Adam merendam bajunya kerana sangat kotor. 3. Perkataan 'dua' dan 'daun' - satu suku kata, perkataan 'buaya' - dua suku kata. 4. Ejaan yang betul ialah bersoal jawab. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
salam sejahtera, ayat tunggal: Kakak memerah kain itu. Kakak menyidai kain itu di ampaian. ayat majmuk yang gramatis seperti yang dinyatakan oleh tuan ialah: Kakak memerah kain itu lalu menyidainya di ampaian. Adakah ayat berikut sememangnya salah dari segi struktur ayatnya atau apa-apa yang berkaitan dengan sistem bahasa. (maksud saya, jika diajar kepada pelajar, kita akan katakan ayat di bawah ini salah.) Kakak memerah kain itu lalu menyidai kain itu di ampaian. | Kakak memerah kain itu lalu menyidainya di ampaian. Kakak memerah kain itu lalu menyidai kain itu di ampaian. Kedua-dua ayat majmuk tersebut betul dan boleh dijadikan contoh dalam pengajaran. | Tatabahasa | 19.02.2012 |
Yang mana betul? 1 Kakak membantu ibu menyusukan adik. 2 Kakak membantu ibu untuk menyusukan adik. 3 Kakak membantu ibu menyusui adik. 4 Kakak membantu ibu untuk menyusui adik. | Ayat yang betul ialah 1. Kakak membantu ibu menyusukan adik. | Tatabahasa | 08.04.2013 |
Kakak menghiris bawang di atas lantai. ataupun Kakak menghiris bawang di bawah lantai? Yang mana satu betul. | Ayat yang betul ialah: Kakak menghiris bawang di lantai. Ayat ini bererti; tempat kakak membuat kerja ialah di lantai. Ayat ... di atas lantai, bererti kakak menggunakan lantai untuk menjadi papan landas. | Tatabahasa | 24.04.2011 |
1. Bukankah telah kakak ingatkan... 2. Bukankah kakak telah ingatkan... Ayat yang manakah betul? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Bukankah telah kakak ingatkan...". | Tatabahasa | 14.08.2013 |
"Ibu menjahitkan kakak baju kurung."(betul) tapi mengapa "Ibu menghidangkan rakan-rakan saya pelbagai masakan yang lazat." (salah) bukankah menjahitkan kakak bermaksud menjahitkan untuk kakak manakala menghidangkan rakan-rakan bermaksud menghidangkan untuk rakan-rakan.Mohon penjelasan untuk mengelakkan kekeliruan.Terima kasih | Perkataan menjahitkan dan menghidangkan merupakan kata kerja transitif aktif. Walau bagaimanapun kata kerja menjahitkan diikuti oleh kata nama objek bernyawa, iaitu kakak, manakala kata kerja menghidangkan diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa, seperti makanan. | Tatabahasa | 14.01.2011 |
Berikut ada 3 ayat, sila menyemak dan memberi pembetulan sekiranya terdapat kesalahan. 1) Emak memberi hadiah kepada kakak. 2) Emak membeli hadiah kepada kakak. 3) Emak membeli hadiah untuk kakak. Sekian, terima kasih. | 1) Ayat yang betul ialah Emak memberikan hadiah kepada kakak atau Emak memberi kakak hadiah. 3) Emak membeli hadiah untuk kakak. - betul | Tatabahasa | 31.01.2012 |
Kakak mengepal surat yang baru diterimanya lalu membuangnya ke dalam tong sampah. Munsyi, mengepal adalah salah, adakah menggenggam sesuai digunakan ? TK | Mengepal sama maksudnya dengan menggenggam. Perkataan yang lebih sesuai dalam ayat tersebut ialah merenyukkan. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=merenyukkan untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 08.04.2012 |
(Kakak saya sedang memasak gulai nangka. Dia menyenduk seketul nangka gulai dan menyuruh saya merasanya.) adakah ayat di atas betul? | Saudara, Ayat ini betul. | Tatabahasa | 12.10.2010 |
Ibu menjahitkan kakak baju kurung. atau Ibu menjahitkan baju kurung kakak. Ayat yang mana betul? | Ayat yang betul ialah - Ibu menjahitkan kakak baju kurung. Menjahitkan bermaksud menjahit untuk orang lain. | Tatabahasa | 26.07.2010 |