Adakah penggunaan "mencntoh" dan "mencontohi" dalam ayat-ayat di bawah betul/ Jika salah, apakah alasannya. Terima kasih a) Adik mencontohi gerak-geri kakak saya semasa menari. b) Adik mencontoh gerak geri kakak saya semasa menanri. c) Anak-anak akan mencontohi sikap baik ibu bapa mereka. d) Anak-anak akan mencontoh sikap baik ibu bapa mereka. e) Kanak-kanak harus mencontohi tabiat orang dewasa. Adakah penggunaan "mencntoh" dan "mencontohi" dalam ayat-ayat di atas betul. Jika salah, apakah alasannya. Terima kasih. | Semua ayat yang menggunakan perkataan "mencontohi" betul, manakala ayat yang menggunakan perkataan "mencontoh" salah. Hal ini kerana perkataan "contoh" tidak menerima awalan Men- sahaja, tetapi harus diapit dengan men- dan ...-i | Lain-lain | 02.10.2014 |
Saya ingin tahu status hubungan antara keluarga contoh anak kakak dengan saya dipanggil anak saudara. jika boleh diharap dapat tuan menyenaraikan status tersebut . terima kasih | Hubungannya dengan saudara ialah anak saudara. | Lain-lain | 09.05.2008 |
assalamualaikum. saya mempunyai 12 orang adik beradik. kakak saya bercadang untuk memberi gelaran kepada kami semua bagi memudahkan anak-anak saudara kami untuk memanggil kami semua. jadi, apakan urutan gelaran yang sesuai? (contoh: along, angah,....) kerana kami kehabisan idea untuk mencari 12 gelaran. terima kasih | Dalam budaya Melayu, anak pertama sehingga anak kelapan ada gelaran yang khusus. Tidak ada pula gelaran untuk anak yang kesembilan dan kesepuluh. Namun, anak kedua bongsu dan yang bongsu ada gelarannya. Gelaran mengikut tertib ialah: 1. Sulung/Along @ Pak/Mak Long; 2. Angah @ Pak/Mak Ngah; 3. Alang @ Pak/Mak Lang; 4. Pandak/Andak @ Pak/Mak Andak; 5. Ateh @ Pak/Mak Teh; 6. Anjang @ Pak/Mak Anjang; 7. Hitam/Itam/Atam @ Pak/Mak Tam; 8. Muda/Uda @ Pak/Mak Uda. Anak kesembilan boleh dinamakan sendiri dengan gelaran yang sesuai. Saya cadangkan no.9. Ilan @ Pak/Mak Ilan. Adi bermaksud adik (dalam bahasa Brunei). Oleh itu saya cadangkan, no. 10. Adi @ Pak/Mak Adi. Yang kedua bongsu, dalam keluarga ini no.11. digelar Acik @ Pak/Mak Acik; 12. Bongsu/Busu @ Pak/Mak Busu/Usu. Ada juga sesetengah tempat menggunakan gelaran Enduk/ Mak Enduk yg bererti perempuan dan Wok/Mak Wok yang bererti manis manja. | Makna | 23.09.2011 |
Salam. Saya ada kemusykilan tentang anak buah dan anak saudara. Apakah berbezaannya? Apakah panggilan kepada anak sepupu kita? Adakah dipanggil anak saudara? Dan betulkah gelaran anak buah itu merujuk kepada anak kepada adik beradik kita sahaja? Mohon pencerahan. Terima kasih. | Anak buah bermaksud orang-orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga atau orang yang temasuk dalam sesuatu pasukan atau terletak di bawah tanggungjawab seseorang. Anak saudara bermaksud anak kepada abang (kakak) atau adik. Tiada panggilan khusus kepada anak sepupu. Walau bagaimanapun dalam budaya Melayu masih menggunakan istilah anak saudara, iaitu anak saudara sepupu. | Tatabahasa | 10.10.2017 |
Kemusykilan: Ada berapa ayat yang betul. Kenapa dipilih betul dan kenapa tidak betul? a. Semua guru-guru dikehendaki berkumpul di bilik guru. b. Wan Mat Saman berasal dari negeri Kedah. c. Kakak membersihkan lantai yang kotor. d. Anak-anak lembu Pak Rastam gemuk belaka. Terima kasih. | a. Semua guru dikehendaki berkumpul di bilik guru. (perkataan 'guru' tidak perlu diulang kerana perkataan 'semua' telah membawa maksud jamak) b. Wan Mat Saman berasal dari negeri Kedah. (betul) c. Kakak membersihkan lantai yang kotor. (betul) d. Anak-anak lembu Pak Rastam gemuk belaka atau Anak lembu Pak Rastam gemuk-gemuk belaka. | Tatabahasa | 19.10.2011 |
Mengapa ayat-ayat yang berikut salah? 1. Ali yang benar bersalah dalam pergaduhan itu. 2. Tanah itu milik Pak Ali yang benar. 3. Fius berfungsi memutuskan elektrik apabila voltan yang mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosam. 4. Adik sering berlawan cakap kakak apabila kakak memarahinya. 5. Sudah menjadi lumrah kehidupan yang kaya sentiasa dikenang. 6. Menjadi gila anak-anak muda dengan nyanyian lagu artis popular itu. 7. Penyair terkenal itu mendendangkan syair hasil nukilan sasterawan negara. | Berikut ayat yang telah dipinda. 1. Ali yang bersalah dalam pergaduhan itu. 2. Tanah itu sebenarnya milik Pak Ali. 3. Fius berfungsi mematikan aliran elektrik apabila voltan mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosak. 4. Adik sering melawan cakap kakak apabila dimarahi. 5. Sudah menjadi lumrah kehidupan, yang kaya sentiasa dipuji. 6. Nyanyian lagu artis popular itu menjadi kegilaan anak-anak muda. 7. Penyair terkenal itu mendeklamasikan syair hasil nukilan sasterawan negara. | Tatabahasa | 19.07.2013 |
ASALAMUALAIKUM. PERMASALAHAN DALAM AYAT YANG DIBUAT. CONTOH (AMIR TIDAK MEMPUNYAI ABANG DAN KAKAK. DIA MERUPAKAN ANAK TUNGGAL) JAWAPANNYA ANTARA BETUL DAN SALAH. SAYA MEMILIH (BETUL). NAMUN BEGITU, TERDAPAT KERAGUAN YANG MEMBOLEHKAN JAWAPAN SALAH JUGA BOLEH DITERIMA. JADI SAYA INGINKAN PENDAPAT YANG BOLEH SAYA JELASKAN KEPADA ORANG YANG BERKENAAN. SEGALA KERJASAMA AMAT DIHARGAI. | Anak tunggal ialah anak yang seorang sahaja, iaitu tidak mempunyai adik-beradik. Contoh yang diberikan belum tentu anak tunggal kerana Amir tidak mempunyai abang dan kakak tetapi mungkin mempunyai adik. | Lain-lain | 23.03.2009 |
1) Kakak sedang membalut hadiah maka diberikan kepada pengantin. 2)Ketua kampung itu sentiasa mengambil berat kepada kebajikan anak buahnya. 3)Ranjit jatuh tersimpuh apabila terpijak kulit pisang itu selamat sejahtera, saya ingin bertanya tentang kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam soalan di atas. | Salam sejahtera, Ayat yang betul: 1. Kakak sedang membalut hadiah yang akan diberikan kepada pengantin. 2. Ketua kampung itu sentiasa mengambil berat kebajikan anak buahnya. 3. Ayat ketiga betul susunannya. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 30.01.2018 |
saya ingin tahu nama panggilan bagi keturunan ke atas dan ke bawah, seperti bermula dari saya, anak, cucu, cicit, piut selepas piut? selepas itu? begitu juga keatas saya, ayah&ibu, datuk&nenek,moyang,oneng-oneng (rujukan dari datuk), selepas oneng-oneng siapa, selepas itu siapa pula. saya sedang membuat salasilah keluarga saya dan saya perlu tau nama panggilan tersebut | Untuk makluman sdr, nama panggilan panggilan seperti nenek, datuk, moyang, piut, oneng-oneng dan sebagainya ada dimasukkan dalam entri Kamus Dewan Edisi ketiga. Contohnya, kata nama piut, iaitu keturunan yg kelima (cucu kpd cucu); ~-miut keturunan yg sudah jauh; piat-~ anak cucu yg sudah jauh. Untuk makluman sdr, panggilan kata nama bagi keturunan antara negeri di negara kita berbeza-beza. Contohnya "Yong" nama timang-timangan utk kakak yg sulung; 2. Jh panggilan utk ibu saudara yg tertua. Begitu juga dengan panggilan "long" iaitu, singkatan bagi sulung; 2. nama timangan utk anak sulung; bang ~ panggilan kpd abang yg tua; kak ~ panggilan kpd kakak yg tua; mak ~ panggilan kpd ibu saudara yg sulung; pak ~ panggilan kpd bapa saudara yg sulung. Justeru, sdr dinasihatkan agar membuat penyelidikan di Perpustakaan Negara atau universiti-universiti. | Istilah | 28.06.2009 |
Selamat pagi dan salam sejehtera, Saya ingin mengemukakan tiga soalan: 1)Hati Johan cerah setelah mendengar cerita itu. 2)Kandungan kakak gugur ketika berusia dua bulan. Adakah betul penggunaan perkataan cerah dan gugur dalam ayat tersebut? Mengapa? 3)Kata dasar bagi perkataan diketuai ialah tua atau ketua Terima kasih. | 1. Perkataan cerah tidak sesuai digunakan dalam ayat yang diberikan. Perkataan yang lebih tepat ialah lega. 2. Penggunaan perkataan 'gugur' adalah betul. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, salah satu maksud 'gugur' ialah lahir sebelum cukup bulan (anak kecil). 3. Kata dasar bagi perkataan diketuai ialah ketua. | Makna | 19.10.2011 |