Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Mn kais (cakar); ~ ayam cakar ayam; mengakas mengais, mencakar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kakas I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah Maksud mengakas

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih atas pertanyaan yang dikemukakan. Berikut ialah penjelasan ringkas berkenaan maksud perkataan tersebut.

Menurut Kamus Dewan Perdana (2020), mengakas merupakan kata terbitan daripada akar kata kakas. Berdasarkan semakan yang telah kami jalankan, perkataan ini mempunyai homonim. Perincian takrifnya adalah seperti berikut:

kakas1 كاكس [kɑ•kɑs] ark kt lihat mengakas
mengakas مڠاكس [mə•ŋɑ•kɑs] [psf: dikakas, kakas] ark kt memaksa (seseorang) melakukan sesuatu


kakas2 كاكس [kɑ•kɑs] Mn n garis-garis bekas kena kuku atau cakar binatang spt ayam, biasanya di atas tanah
mengakas مڠاكس [mə•ŋɑ•kɑs] 1 ki Mn ktt bekerja keras tetapi hanya memperoleh hasil yg sedikit 2 Id kt (berkenaan ayam dsb) mencakar-cakar (tanah, pasir dll) utk mencari makanan


  Panduan:

homonim: dua kata atau lebih yg mempunyai ejaan dan sebutan yg sama tetapi berlainan makna, mis daki kotoran) dgn daki (panjat).

n: kata nama

kt: kata kerja transitif

ktt: kata kerja tak transitif

ark: arkaik

Mn: minang

ki: kiasan

Id: Indonesia

Makna03.06.2025

Kembali ke atas