bolehkah saya dapatkan semakan terjemahan yang betul untuk senarai dibawah:- -Chicken Drumstick : Ayam drumstik -Chicken Thigh : Ayam Thigh -Chicken Wings : Kepak Ayam -Chicken Keel : Ayam Dada bawah -Chicken Rib : Tulang Rusuk Ayam -Chicken Fillet : Fillet Ayam -Chicken Boneless Thigh : Thigh Ayam Tanpa Tulang -Chicken Boneless Breast : Dada Ayam Tanpa Tulang -Chicken Boneless Leg : Kaki Ayam Tanpa Tulang -Skinless Boneless Thigh : Thigh Ayam Tanpa Kulit dan tulang -Skinless Boneless Breast : Dada Ayam Tanpa Kulit dan tulang -Skinless Boneless Leg : Kaki Ayam Tanpa Kulit dan tulang -Chicken Neck : Leher Ayam -Chicken Gizzard : Hempedal Ayam -Chicken Liver : Hati Ayam -Chicken Feet ; Kaki Ayam -Chicken Bishop Nose : Tongkeng Ayam -Chicken Broken Wings : Kepak Ayam patah? -Chicken Drummet ; Drummet Ayam -Chicken Mid Joint Wing : Kepak Tengah Ayam -Chicken Whole Leg : Seluruh Kaki Ayam -BBQ Wings : Kepak Ayam BBQ | 1. Chicken Drumstick - Drumstick Ayam 2. Chicken Thigh - Paha Ayam 3. Chicken Wings - Kepak Ayam 4. Chicken Keel - Dada bawah Ayam 5. Chicken Rib - Tulang Rusuk Ayam 6. Chicken Fillet - Filet Ayam 7. Chicken Boneless Thigh - Paha Ayam Tanpa Tulang 8. Chicken Boneless Breast - Dada Ayam Tanpa Tulang 9. Chicken Boneless Leg - Kaki Ayam Tanpa Tulang 10. Skinless Boneless Thigh - Paha Ayam Tanpa Kulit dan Tulang 11. Skinless Boneless Breast - Dada Ayam Tanpa Kulit dan Tulang 12. Skinless Boneless Leg - Kaki Ayam Tanpa Kulit dan Tulang 13. Chicken Neck - Leher Ayam 14. Chicken Gizzard - Hempedal Ayam 15. Chicken Liver - Hati Ayam 16. Chicken Feet - Kaki Ayam 17. Chicken Bishop Nose - Tongkeng Ayam 18. Chicken Broken Wings - Kepak Ayam Patah 19. Chicken Drummet - Drumet Ayam 20. Chicken Mid Joint Wing - Kepak Tengah Ayam 21. Chicken Whole Leg - Sepaha Penuh Ayam 22. BBQ Wings : Kepak Ayam BBQ | Penyemakan dan penterjemahan | 13.06.2015 |
apakah perkataan sesuai untuk keadaan berikut. jari-jari kaki anak ayam "curled" akibat satu penyakit. pada keadaan normal, jari-jari itu lurus. curled dalam bentuk, penuh atau setengah. Terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan, perkataan yang sesuai untuk persoalan yang dinyatakan di atas ialah mengerukut. "Mengerukut" atau kata dasarnya "kerukut" membawa maksud bengkok-bengkok (berkenaan jari), kerekot, kokot (jari), mengerut (berkenaan kaki atau tangan), tidak rata atau licin (spt daun kering), renyuk, berkedut-kedut; (Kamus Dewan Edisi Keempat). 1"> | Makna | 30.01.2019 |
1) Adakah simpulan bahasa merupakan kata-kata yang kita warisi dari nenek moyang ataupun kata-kata yang kita boleh cipta sendiri mengikut peredaran zaman. 2) Antara kata-kata yang saya perolehi fajar menyingsing, bulan bahasa, bahasa isyarat dan bintang filem. Ada pihak mengatakan kata-kata ini merupakan simpulan bahasa. Benarkah? | Ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya seperti kaki ayam, telinga kuali, tangkai jering dan sebagainya. Ungkapan seperti fajar menyinsing, bulan bahasa, bahasa isyarat dan bintang filem bukan tergolong dalam simpulan bahasa. | Tatabahasa | 21.07.2010 |
Salam.. Adakah semua perkataan berikut di bawah boleh dikategorikan sebagai simpulan bahasa? Mohon penjelasan pihak DBP. 1.abad komputer 2.abang ipar 3.abang kandung 4.abang kendong 5.abang sanak ayah 6.abang sanak ibu 7.abang saudara 8.abang sepupu 9.abang tiri 10.abilah peringgi 11.baju dalam 12.baju dingin 13.baju hujan 14.baju jas 15.baju Johor 16.baju kahwin 17.baju kebal 18.baju kebaya 19.baju kelepak 20.baju kemeja 21.baju kepuk 22.baju kotong 23.baju kuntum 24.baju kurung 25.baju lasak 26.baju monyet 27.baju panas 28.baju sejuk 29.baju seroja 30.baju teluk belanga 31.baju teratai Terima Kasih. | Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya seperti kaki ayam yang bemaksud orang yang tidak memakai kasut dan tangkai jering bermaksud orang yang kedekut. Contoh perkataan yang saudara berikan tidak termasuk dalam kumpulan simpulan bahasa. | Tatabahasa | 23.11.2012 |
1) Terangkan dengan lebih jelas penggunaan perkataan kepak dan sayap dalam ayat yang tepat. 2) Berdasarkan lampiran gambar, adakah penggunaan perkataan 'kepak' pada gambar tepat? | Kepak ialah sayap, manakala sayap pula ialah bahagian tubuh binatang seperti burung, serangga, dan lain-lain untuk terbang atau juga dikenali sebagai kepak. Merujuk kepada kedua-dua makna tersebut dan ayat contoh berikut, tidak ada perbezaannya dan boleh digunakan pada serangga seperti rama-rama tersebut. Contoh ayat sayap i. Sepasang sayap serangga yang terbit daripada mesotoraks. ii.Pada kumbang dan lipas, pasangan sayap ini dikenali sebagai elitron yang tebal dan kasar, manakala contoh ayat kepak i. Ayam jantan itu mengibar-ngibarkan kepaknya. ii. Burung ialah binatang yang mempunyai paruh, dua kaki, dua kepak dan umumnya dapat terbang. | Lain-lain | 06.05.2020 |
Saya maklum bahawa Tatabahasa Dewan menetapkan hanya 15 sahaja dikategorikan sebagai majmuk mantap. Namun, ada buku-buku ilmiah malah para pendidik menyatakan ia lebih daripada itu iaitu sebilangannya menyatakan ada 33; ada juga menyatakan ada 41. Selain yang 15 itu misalnya ialah bendahari, sukacita, kadangkala, apabila, peribadi dll. Soalan saya kenapa perkataan ini bukan tergolong dalam majmuk mantap dan apakah kategori perkataan ini? Soalan kedua, antara Kamus Dewan Bahasa & Tatabahasa Dewan, yang mana lebih betul apabila berlaku percanggahan. Misalnya dalam soal kata baru dan baharu. Kamus menyamakan maksud baharu sebagai baru tetapi Tatabahasa Dewan membezakannya. Untuk makluman, saya merupakan pencita bahasa dan kerap berkongsi ilmu bahasa kepada umum. Antaranya dalam aplikasi Twitter menggunakan tanda pagar #PerkasaBMKita. Sumbangan saya ini diharap membantu sedikit sebanyak dalam memartabatkan penggunaan bahasa melayu yang betul. Terima kasih. | 1. Berdasarkan rujukan daripada buku Tatabahasa Dewan, kata majmuk ialah gabungan dua patah perkataan atau lebih yang mempunyai makna yang berbeza dan menjadi satu makna lain atau makna baharu apabila perkataan tersebut digabungkan. Konsep kata majmuk juga harus mendukung maksud umum, contohnya: kerusi malas, maksud khusus, cthnya: pita suara dan maksud kiasan, cthnya: kaki ayam. Perkataan seperti bendahari, sukacita, kadangkala, apabila, peribadi dll. itu tidak dikategorikan sebagai perkataan majmuk mantap kerana perkataan-perkataan ini tidak mendukung konsep kata majmuk dan perkataan-perkataan ini bukan kata majmuk. Jika mengikut kategori, terdapat dua kategori dalam tatabahasa Melayu, iaitu golongan kata dan bentuk kata. Golongan kata terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas, manakala bentuk kata pula, terdiri daripada kata tunggal, kata terbitan, kata ganda, kata majmuk. Contohnya maksud perkataan “apabila” tidak mendukung maksud ketiga-tiga konsep kata majmuk tersebut kerana perkataan ”apa” , “bila”, dan “apabila” ialah kata tunggal jika kita melihatnya dari segi bentuk kata, dan kata tugas jika kita melihatnya dari segi golongan kata, Perkataan “sukacita” pula ialah kata adjektif, “kadangkala” ialah kata kata tugas, “peribadi” ialah kata nama. 1"> 2. Untuk maklumat yang lebih tepat dari segi tatabahasa, tuan/puan disarankan untuk merujuk Tatabahasa Dewan kerana kamus umum hanya merakamkan pelbagai bentuk kata yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. 1"> | Tatabahasa | 25.06.2018 |