Jawapan mana yang paling tepat ? 1. Kakak mengambil ____________ kain untuk menampal baju adik yang koyak. ( secarik/ secebis ) 2. "_______________ kaki dan tangan sangat penting bagi memastikan sesuatu permainan badminton itu baik," kata Razif Sidek. ( Gerakan / Pergerakan / Penggerakan / Menggerakkan ) | 1. Yang paling sesuai dengan pilihan yang diberikan ialah 'secebis' kain. Namun yang paling sesuai dengan ayat ini ialah sepotong kain. 2. Pergerakan kaki dan tangan..... | Tatabahasa | 25.09.2008 |
Adakah perkataan kaus ada dalam penggunaan bahasa melayu? Kaus itu merujuk kepada penggunaan bahasa sehari- hari atau rasmi? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, kaus merupakan perkataan sastera lama bagi perkataan kasut, sepatu: ini surat dari bawah ~ Raja Langit datang kepada Raja Melaka; 2. = ~ kaki stoking; ~ tangan sarung tangan; 3. kain tipis (yang jarang-jarang tenunannya); baju ~ baju daripada kain yang jarang-jarang tenunannya; ~ lampu sejenis kain kasa yang dipasang di atas nyala lampu gasolin; ~ pendek baju kaus yang pendek lengannya. | Tatabahasa | 05.10.2014 |
Adakah betul nama alat yang digunakan oleh orang yang terseliuh, iaitu 'kain pembalut elastik'? | ​Mohon berikan terjemahan dalam bahasa Inggeris agar kami dapat memberikan terjemahan dalam bahasa Melayu bagi alat yang dimaksudkan. Hasil carian melalui Google menyatakan bahawa pembalut elastik perubatan digunakan bagi rawatan vena varikos untuk pemulihan selepas terkehel pergelangan kaki, dan kecederaan lain. | Istilah | 02.06.2021 |