| Saya ingin bertanya, kata panggilan hormat untuk presiden sekiranya presiden itu adalah perempuan. Perlu kekalkan menggunakan nama Tuan atau Puan? Contohnya : Beliau adalah Presiden Amerika Syarikat wanita yang pertama, yang dipanggil ‘Tuan Presiden’ oleh kakitangannya, akan memastikan keamanan dunia tercapai di bawah pentadbirannya. “Tuan Presiden, tuan adalah orang yang paling berkuasa di dunia. Apa sahaja tindak-tanduk tuan mampu mengubah dunia,” kata Julius, selaku penasihat kanan kepada presiden itu. Sekian, terima kasih. | Kata tuan walaupun sinonim dengan lelaki, tuan juga merupakan sapaan kepada orang yang dihormati. Jika dirangkaikan dengan jawatan sapaan yang tepat dalam konteks bahasa Melayu ialah Tuan Presiden walaupun beliau seorang perempuan. | Lain-lain | 02.01.2014 |