Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.lah] | کاله

Definisi : 1. tidak menang (dlm peperangan, perkelahian, pertandingan, dll), alah, tewas: Negeri Jerman ~ teruk dlm peperangan itu; pasukan bola sepak kita ~ dgn 3 gol berbalas 2; pertandingan ~ mati pertandingan yg me­nurut peraturannya, pihak yg kalah tidak dapat bertanding lagi seterusnya; 2. kerugian atau kehilangan wang kerana tidak menang (dlm perjudian dll): ia berjudi dan ~ seratus ringgit; 3. tidak lulus (dlm peperiksaan): ia pandai tetapi ~ dlm peperiksaan; 4. tidak setanding, kurang (kebagusannya dll apabila dibandingkan dgn sesuatu yg lain), tidak sama (besarnya, kuatnya, pandainya, dll): wanita Asia tidak ~ tentang akal fikirannya; memang ~lah bangunan ini kalau hendak dibandingkan dgn yg terdapat di ibu kota; tidak mahu mengaku ~ tidak mahu menerima (mengakui) kelebihan orang; ~ jadi abu menang jadi arang prb kalah menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak yg berkelahi (iaitu sama-sama rugi); ~ membeli menang memakai prb sungguhpun mahal tetapi baik mutunya (tahan lama dll); mengalah tidak mahu melawan (berkelahi, bertengkar, dll), mengaku kalah (dgn tidak menentang dsb), menyerah: Saman ~ dan tidak suka perkara itu berpanjangan; ia tidak mahu ~ walau apa pun yg terjadi; mengalahkan 1. menyerang (menentang dsb) hingga pihak yg dilawan tidak dapat melawan lagi, menjadikan kalah (tertakluk dll), menewaskan: dlm Perang Dunia II, pihak sekutu telah ~ Jerman; 2. mengatasi (lawan atau peserta lain dlm pertandingan dan men­dapat mata yg terbanyak dsb), menewaskan: dia memenangi pingat emas setelah ~ tujuh orang perenang lain; 3. mengatasi atau mele­bihi kebolehan (kebagusan dsb) orang atau pihak lain: dia dapat ~ sesiapa sahaja dlm serba-serbi kecuali dlm perkara wang; 4. mengatakan (menganggap dsb) kalah; terkalahkan dapat dikalahkan; kekalahan perihal kalah, ketewasan (dlm peperangan, pertandingan, perdebatan, dll): pasukan itu mengalami ~ teruk dlm pertandingan olahraga baru-baru ini; ~ Jerman dan Jepun dlm Perang Dunia Kedua; ~nya dlm pilihan raya itu merupakan suatu pukulan yg hebat kpd parti tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lah] | کاله

Definisi : 1 tewas dlm perlawanan, pertandingan dll; tidak menang: Pasukan hoki sekolahnya ~ dlm perlawanan itu. ~ mati cara atau peraturan dlm pertandingan yg tidak membolehkan pihak yg kalah bertanding lagi (dlm perlawanan seterusnya). 2 menanggung rugi kerana tidak menang dlm perjudian dll: Dia berjudi dan ~ lima puluh ringgit. 3 kurang drpd kepandaian atau kebolehan orang lain; tidak setanding: Kebolehannya tidak ~ apabila dibandingkan dgn kebolehan abangnya. tidak mahu mengaku ~ tidak mahu menyerah atau tidak mahu menurut kemahuan orang. mengalah tidak mahu melawan atau tidak mahu menentang; tidak mahu mempertahankan pendapat dll; menyerah: Dia tidak mahu ~ walau apa pun yg terjadi. mengalahkan melawan atau menentang hingga lawannya kalah; menundukkan lawan atau musuh dll: Kerana keberanian dan kecekapan kanak-kanak lima sekawan itu, mereka berjaya ~ perompak-perompak itu. terkalahkan dpt dikalahkan. kekalahan keadaan atau hal kalah: Tidak berapa lama kemudian, askar-askar itu telah menyerang sekali lagi utk menebus ~ mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kalah (adjektif)
1. Bersinonim dengan tewas: tumpas, kecundang, alah, gagal, patah, gugur rugi, hilang,
Berantonim dengan menang

2. Bersinonim dengan tidak lulus: gagal, kecundang,

3. Bersinonim dengan tidak setanding: tidak setaraf, tidak sebaik, tidak sebagus,

Kata Terbitan : mengalah, mengalahkan, kekalahan,

Puisi
 

Berjudi kalah lari ke mana,
     Lari ke hutan ke celah rimba;
Abang nak bujang sampai ke mana,
     Kalau tak boleh macam adinda.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Adat juara kalah menang.

Bermaksud :

Tiap-tiap usaha ada laba ruginya.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi. 1. Pusingan kedua ini merupakan pusingan kalah mati. Betulkah penggunaan istilah di atas? Kalau tidak, apakah istilah yang paling tepat untuk menggambarkan situasi atau maksud ayat di atas. Bolehkah istilah 'kalah singkir' atau 'kalah keluar' diguna pakai. Sekian, terima kasih.Istilah kalah mati boleh digunakan dalam ayat.Tatabahasa03.09.2013
kalah jadi abu,menang jadi arahUngkapan yang betul ialah kalah jadi abu,menang jadi arang.Lain-lain27.07.2010
Ingin tahu maksud peribahasa ini.. 1. Kalah jadi abumenang jadi arang. 2Biar putih tulang jangan putih mata. 3. Berakit - rakit ke hulu beranan renang tepian

Menurut Kamus Dewan, maksud peribahasa yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: 

1. Kalah jadi abu menang jadi arang - kalah menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak yg berkelahi (iaitu sama-sama rugi)

2. Biar putih tulang jangan putih mata - lebih baik mati daripada menanggung malu

3. Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian - bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang-senang

Makna15.05.2011
Selamat petang tuan. Saya ingin bertanya tentang penggunaan istilah yang tepat dalam ayat di bawah ini. 1. Seorang murid tingkatan satu cedera parah selepas kepalanya dilibas kipas kerana berdiri di atas meja. 2. Pusingan kedua bagi perlawanan badminton tertutup itu merupakan pusingan kalah mati. Soalan: a) Apakah istilah yang paling tepat untuk perkataan 'dilibas' bagi kata nama kipas siling? b) Apakah binaan ayat yang paling sesuai untuk situasi ayat 1 di atas? c) Mana satukah istilah yang betul untuk ayat 2 di atas. i) Perlawanan atau pertandingan ii) kalah mati atau kalah singkir atau kalah keluar. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.1. Seorang murid tingkatan satu cedera parah selepas kepalanya dilibas kipas kerana berdiri di atas meja. Ayat pertama betul. 
2. Pusingan kedua bagi perlawanan badminton tertutup itu merupakan pusingan kalah mati. Perlawanan dan pertandingan, kedua-duanya betul dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa16.07.2013
Pasukan bola sepak kita kalah teruk kepada pasukan China. ayat tersebut ialah ayat penyata atau ayat majmuk?Ayat ini ialah ayat penyata.Tatabahasa15.06.2011
sehingga beberapa lamanya tiada dapat kalah sebelah jemelah. ( munsyi, inilah petikan daripada Hikayat Seri Kelantan, apakah maksud jemelah mengikut sastera lama? TK)Tidak ada makna perkataan jemelah dalam sumber rujukan kami.Makna02.04.2012
Salam sejahtera tuan. Bagaimanakah hendak membetulkan ayat ini. Syabas, kamu telah kalah dalam pertandingan ini! Perkataan apakah yang sesuai digunakan untuk menggantikan perkataan'syabas'? Sekian, terima kasih.Perkataan yang boleh menggantikan perkataan syabas ialah takziah.Tatabahasa22.07.2013
apakah makna perkataan 'kiasu'Kiasu ialah dialek dalam bahasa Cina yang bermaksud takut kalah.Makna24.10.2009
apakah makna KIASU? apakah perbezaan penggunaan perkataan 'ke' dan 'kepada'? apakah perbezaan penggunaan perkataan 'dari' dan 'daripada'? sekian, terima kasih.

1. Kiasu ialah perkataan dalam dialek Hokien yang bermaksud takut kalah.

2. Kata sendi nama "ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa. Kata sendi nama "kepada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan atau unsur mujarad.

3. Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Kata sendi nama "daripada" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda an unsur mujarad. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, di bawah tajuk Kata Sendi Nama.

Tatabahasa19.08.2011
Saya ingin tahu. Perkataan dalam Bahasa Inggeris, kalau (NAMA KHAS) khas adakah ianya perlu di italic kan atau tidak? Selain daripada (NAMA KHAS) saya rasa ia perlu di italic kan. BETUL ATAU TIDAK. Lihat petikan ini yang saya dapat dalam laman web DBP Minda Tertutup Memori Terhakis Dunia Bahasa, Pilihan Utama Penyokong PPSMI yang hingga kini enggan mengakui kalah, cuba mengelirukan penggubal dasar dan orang ramai tentang penggunaan bahasa Inggeris dengan penguasaan sains dan matematik. SOALAN: 1) Saya ingin tahu. Perkataan bahasa Inggeris. Mana satu penulisannya yang betul. (a) Bahasa Inggeris ATAU (b) bahasa Inggeri. Perkataan bahasa itu ( huruf besar atau huruf kecil). 2) Rujuk kepada sains dan matematik. Perkataan sains dan matematik itu semestinya huruf besar (a) Sains dan (b) Matematik. TETAPI dalam petikan web DBP ditulis dengan huruf kecil? Mohon penjelasan. terima kasih. (Rusli Kamaruddin) PA YB. Dato' Speaker Merangkap Ketua Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG. 04-26119551. Berdasarkan gaya penerbitan DBP, nama khas dalam bahasa Inggeris seperti nama tempat, nama orang, nama jalan, nama bangunan dan sebagainya tidak diitalikkan. Walau bagaimanapun, nama buku dan petikan ayat dalam bahasa Inggeris perlu diitalikkan.

2. Sekiranya perkataan tersebut merujuk kepada nama mata pelajaran, perkataan itu mesti bermula dengan huruf besar, iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Sekiranya tidak merujuk kepada nama mata pelajaran, huruf 'b' tidak perlu menggunakan huruf besar (bahasa Inggeris). Begitu juga dengan perkataan sains dan matematik, contohnya ahli sains dan ahli matematik.
Ejaan11.02.2012
12

Kembali ke atas