Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kalanya

Peribahasa

Gigi dengan lidah ada kalanya bergigit juga.

Bermaksud :

Kerap kali juga timbul perselisihan antara suami isteri, sanak saudara dan sahabat handai.

 

Lihat selanjutnya...(13)

210

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan.Malangnya, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, sedikit pertanyaan di sini. Dalam Kamus Dewan (hlm. 7), ‘adakala’ ditulis sebagai satu patah perkataan. Akan tetapi, dalam (hlm. 652) pula, bawah entri ‘kadangkala’ maksud yang diberikan ialah ‘ada kalanya, kadang-kadang, sekali-sekali.’ Perkataan ‘ada kalanya’ ditulis sebagai dua patah perkataan. Mengapakah 'adakala' ditulis sebagai satu patah perkataan, manakala 'ada kalanya' pula ditulis sebagai dua patah perkataan? Jika ‘adakala' ditulis sebagai patah perkataan, tidakkah 'adakalanya' juga ditulis sebagai satu patah perkataan? Mohob tunjuk ajar. Sekian, terima kasih.Kami maklum atas kekeliruan yang berlaku. Pihak kami akan berbincang dengan bahagian lain yang terlibat di DBP seperti Bahagian Perkamusan serta Bahagian Peristilahan dan Leksikologi bagi mencari satu ketetapan untuk dijadikan panduan. Pihak kami akan menghubungi saudara melalui alamat e-mel yang diberikan dengan kadar segera.Lain-lain22.08.2012
Salam.. Saya ingin kepastian ejaan. Adakala dieja rapat. Tapi bagaimana pula dengan 'adakalanya' atau 'ada kalanya'. Kedua-duanya ditemui dalam kamus. Terima kasihEjaan yang betul ialah ada kalanya yang membawa maksud ada masanya (ketikanya), kadang-­kadang.Tatabahasa24.11.2017
Boleh saya mohon pengesahan untuk pengejaan berikut: 1. kadangkala atau kadang kala 2. adakala atau ada kala 3. adakalanya atau ada kalanya -liyanaEjaan yang betul ialah:
1. kadangkala
2. adakala
3. ada kalanya 
Ejaan01.01.2021
Keghairahan pelajar menulis ayat bombastik ada kalanya menimbulkan masalah untuk memahami maksud yang hendak disampaikan. Saya mohon untuk diteliti ayat di bawah gramatis atau tidak: Pada era globalisasi tanpa limitasi ini,dalam menongkah arus pemodenan, akhlak mulia remaja telah kita alpa dan lalaikan. Akhlak mulia remaja semakin lama semakin runtuh...

Selamat petang Puan Melati,

Memadai sekiranya pelajar puan menulis seperti ayat yang di bawah:

Pada era globalisasi ini, dalam menongkah arus pemodenan, akhlak mulia remaja telah kita abaikan. Akhlak mulia remaja semakin lama semakin runtuh...

Tatabahasa15.10.2012
apakah perkataan hikmat dan hikmah itu ada kalanya seerti dan boleh digunakan secara berselang-seli (interchangeably) seperti ibadah dan ibadat? jejari jejari@gmail.com

Berikut disertakan makna 'hikmat' dan 'hikmah' untuk saudara teliti perbezaannya. 

Hikmat:1. kepandaian, bijaksana 2. ilmu ghaib (sihir), kesaktian 3. erti, maksud (yg dalam), tujuan yg sebenar drpd sesuatu.

Hikmah: 1. kebijaksanaan drpd Allah, kecerdikan 2. rahsia, kelebihan atau tujuan sebenar di sebalik sesuatu perkara (kejadian, hal dsb).

Makna08.08.2009
Salam sejahtera, Dari sudut mentranskripsikan perbualan seharian, ada kalanya terdapat perbualan yang mungkin berbentuk bahasa tidak rasmi/bahasa pasar. Oleh yang demikian, jika dialognya begini "ku sedang makan epal" atau "ku sangat mencitaimu" atau "ku pandai menarik perhatianmu". Sepatutnya, ku digantikan dengan aku. Namun, dari sudut transkripsi, haruskan ku dicantumkan dengan perkataan di sebelahnya? Maaf jika soalan saya ini kurang memuaskan. Terima kasih!

Untuk makluman, kata ganti nama diri singkat kau, ku, dan mu tidak boleh berdiri sendiri. Kata-kata tersebut harus ditulis serangkai dengan kata lain.

Untuk kata ganti nama diri “ku”  (kependekan aku),  boleh digunakan dalam 3 keadaan:

1) digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif. Contoh kuingin, kubaca, kudengar, kulihat, kupegang.

2) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata kerja yang mengikutinya. Contoh menemaniku, memarahiku.

3) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata nama yang mengikutinya. Contoh rumahku, kekasihku, adikku.

Manakala, bagi kata ganti nama diri singkat “mu” pula (kependekan kamu) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata yang mendahuluinya, contohnya mencarimu, kepadamu, bukumu, menyayangimu dan lain-lain.

Tatabahasa30.11.2020
Ejaan 'adakala' dirapatkan. Adakah ejaan 'adakalanya'dirapatkan juga. Sekiranya ejaannya 'ada kalanya' dijarakkan, mengapakah begitu?Ejaan yang betul ialah adakala dan adakalanya.Tatabahasa07.09.2020
Assalamualaikum, bolehkah kamus DBP online ini diterokai tanpa memasukkan kata kunci ke kotak carian? ada kalanya saya ingin mencari kosakata bahasa melayu yang belum saya kenali. saya mohon agar kamus online ini boleh dibelek-belek seperti juga kamus fizikalnya. terima kasihSistem carian kata bahasa Melayu dalam Kamus DBP secara dalam talian hanya menyediakan khidmat mencari perkataan dan makna sesuatu kata yang dikehendaki. Sekiranya saudara memerlukan khidmat sebagaimana yang "dikehendaki", silalah membeli kamus di kedai buku.    Lain-lain15.06.2010
Adakah buku teks dalam bahasa inggeris perlu diterjemah ke dalam bahasa melayu atau tulis buku yang lain

Saudara,

Penterjemahan buku teks daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu bergantung pada keperluan dan perancangan pihak yang akan mengusahakannya. Ada kalanya sesebuah buku tidak perlu diterbitkan dalam dua versi bahasa. Oleh yang demikian buku tersebut tidak diterjemahkan. Ada kalanya sesebuah buku ditulis terus dalam bahasa yang disasarkan.  Dalam penerbitan sesuatu buku terdapat apa yang dikatakan karya asli dan karya terjemahan. Oleh yang demikian ini bergantung pada keperluan dan sasaran pembaca dan pasaran.

Lain-lain07.09.2009
apakah maksud peribahasa yang lama dikelek, yang baharu didukung ?Peribahasa tersebut bermaksud sesuatu yang lama itu tidak semestinya tidak elok dan yang baharu itu semesti elok dan ada kalanya tidak elok.T.kasih.Makna15.07.2008
12

Kembali ke atas