Kalau-kalau bermaksud barangkali dan merupakan kata bantu ragam. Adakah fungsi kalau-kalau menjadi kata hubung pancangan keterangan dalam ayat di bawah: Cuba bertanya pada orang tua itu kalau-kalau dia mengetahuinya. | Perkataan kalau-kalau juga bermaksud sekiranya. Oleh itu, perkataan kalau-kalau tergolong dalam kata hubung pancangan keterangan. | Tatabahasa | 28.09.2019 |
adakah terdapat perkataan menyempat-nyempat kalau-kalau ala-ala okey-okey sorang-sorang benda alah sah-sah diaorang kita orang kau orang korang | Sebahagian perkataan yang tuan berikan terakam dalam data kami, contohnya kalau-kalau yang bermaksud barangkali. Sebahagian yang lain tidak ada kerana hanya digunakan dalam wacana tidak rasmi seperti perbualan antara rakan. Untuk melihat perkataan yang lain sama ada atau sebaliknya, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan berkenaan dan ruangan 'Cari", contohnya kalau-kalau">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kalau-kalau. | Tatabahasa | 26.05.2014 |
1.apakah perbezaan antara kalau atau sekiranya?adakah kalau digunakan di depan ayat manakala sekiranya tidak dapat? | Kalau boleh berfungsi sebagai kata hubung (kata sendi) untuk menyatakan syarat (sebagaimana yg dihuraikan berikutannya), seperti contoh ayat: pekerja-pekerja akan berhenti mogok kalau pihak majikan menerima tuntutan mereka; dan kalau juga boleh bermaksud seandainya, sekiranya, contoh: kalau/sekiranya/seandainya begitu tentu Ahmad tak akan lama tinggal di rumah bukan? ... | Tatabahasa | 25.08.2009 |
Assalamualaikum. Adakah betul ayat ini: "Ini cuma pendapat; boleh dimarahkan kalau nak memarahi, boleh ditolak kalau nak menolak, boleh didebatkan kalau nak berdebat, boleh dikritik kalau nak mengkritik. Boleh diterima kalau nak menerima, tapi tak boleh diambil bulat-bulat." Terima kasih. | Ayat ini tidak gramatis. Apabila hendak membina ayat yang mempunyai rima pastikan juga hukum tatabahasanya betul. Contohnya frasa "boleh dimarahkan kalau nak memarahi", dimarahkan ialah bentuk pasif bagi memarahi tetapi subjek dan predikatnya tidak lengkap dan lazimnya perbuatan marah kesannya kepada manusia itu sendiri, bukan percakapannya.
| Tatabahasa | 07.05.2013 |
Salam DBP, Saya ingin mengetahui penggunaan 'kalau' dan "kalaulah" Menurut sumber yang saya peoleh "kalau" digunakan bagi sesuatu kejadian yang mustahil dapat dilakukan. Contoh Kalaulah saya menjadi kaya dalam sekelip mata tanpa usaha, saya akan,,,,, manakala "kalau" digunakan bagi sesuatu yang mampu kita capai. Contoh Kalau kita menang perlawanan itu, kita akan ....... Terima kasih Contoh | Perkataan "kalau" ialah kata penghubung (kata sendi) untuk menyatakan syarat (sebagaimana yang dihuraikan berikutannya) atau jika dan jikalau. Dalam konteks "kalau" dan "kalaulah" tiada perbezaan makna, cuma penggunaan "lah" pada perkataan "kalau" bermaksud kata yang menguatkan (mengeraskan) maksud atau pengertian kata itu. | Tatabahasa | 15.11.2011 |
Kemalangan | Pertanyaan saudara tidak jelas. Jika yang dimaksukan ialah definisi kemalangan, berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kemalangan ditakrifkan sebagai 1. kecelakaan, kesialan, kerugian, kesusahan: abang engkau telah terlibat dlm satu ~ kereta di utara Semenanjung; 2. tertimpa malang (celaka), mendapat kecelakaan: kalau-kalau ada antara kawan-kawan yg ~ dlm masa ribut besar semalam itu; mendapat ~ mendapat celaka (spt luka-luka atau mati dilanggar kereta, jatuh dr pohon, dll). | Istilah | 18.02.2009 |
Assalam tuan Adakah sama peribahasa kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai dengan peribahasa kalau kail panjang sejengkal jamgan lautan hendak diduga untuk maksud peribahasa kalau takut menanggung kesusahan, janganlah melakukan kerja yang susah. Terima kasih Azura | 1. Peribahasa "Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai" bermaksud: Jangan melakukan sesuatu kerja yang berisiko yang kita tidak sanggup/mampu tangani atau hadapi /Kalau takut berhadapan dengan penderitaan, lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah 2. Peribahasa "Kalau kail panjang sejengkal jamgan lautan hendak diduga untuk bermaksud: Sekiranya ilmu kita sedikit, jangan cuba hendak bertanding dengan orang yang lebih banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan./ Jangan lakukan sesuatu kerja yang di luar kemampuan atau kebolehan (kepakaran) kita. | Lain-lain | 30.05.2019 |
KALAU SAYA NAK BUAT AYAT SURAT UNTUK UCAPKAN TAHNIAH. MACAM MANA? | Soalan yang dikemukakan ini tidak berkaitan dengan perkhidmatan kami iaitu, memberi perkhidmatan khidmat nasihat bahasa, sastera, penerbitan, pengurusan, korporat berkenaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila berikan contoh ayat, dan pihak kami akan menyemak sama ada ayat dalam bahasa Melayu tersebut terdapat kesalahan atau tidak.
| Lain-lain | 28.01.2019 |
kalau saya ingin menyemak maksud peribahasa, perumpamaan, bidalan dan simpulan bahasa, bahagian mana yang perlu saya klik. tq | Tuan/Puan boleh menyemak maksud peribahasa, perumpamaan, bidalan dan simpulan bahasa melalui carian di PRPM.DBP.GOV.MY - taip peribahasa, simpulan, bidalan, perumpamaan tersebut pada bar carian. | Lain-lain | 17.08.2018 |
Kalau saya nak buat iklan di hoarding banner, perlu ke bahasa yang digunakan mesti dalam BM? Sebab target customer saya kebanyakan MNC dan warga asing, kebanyakan mereka fasih dalam english saja. | Untuk makluman tuan, paparan di tempat awam termasuklah iklan hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan. Jika bahasa Inggeris hendak dikekalkan, mesti ada padanan dalam bahasa kebangsaan, iaitu sediakan dalam dwibahasa (Melayu dan Inggeris). | Lain-lain | 28.09.2017 |