adakah perkataan dalam bahasa melayu tak boleh menlebihi 14 patah perkataan? kalau begitu bagaimana boleh mengeja menanggalkannya? | Tidak terdapat peraturan atau pedoman di mana-mana yang menyatakan sedemikian. | Lain-lain | 03.07.2008 |
Mengikut saranan Buku Tatabahasa Dewan, perkataan terbitan dipenggalkan mengikut kata dasar dan imbuhannya. Kalau begitu, adakah pemenggalan ma-kan-an betul? | Yang betulnya ialah ma-ka-nan. Sila rujuk buku Daftar Kata Ejaan Rumi-Sebutan-Jawi. | Tatabahasa | 06.08.2010 |
1.“Pusat sumber, buku cerita, cerita rakyat, telur ayam, papan kenyataan, kacang tanah, ayam telur, kalau begitu, sudah tentu, sahabat karib,alat bantu, corong minyak, salur gas, sangkar telur, kotak tin, tin susu, kitar semula, batang paip, bongkah polistirena, ping pong, kit telefonik, guru inovatif, sekolah rendah, reka bentuk.” Sila berikan petunjuk kata manakah yang merupakan ayat majmuk rangkai kata bebas? Terima kasih. 2.Ali meminjam buku di/dari/daripada perpustakaan. Kata sendi nama apa yang sesuai dalam konteks ayat ini? | 1. Sila perincikan pertanyaan tuan. Senarai yang diberikan bukan ayat majmuk. 2. Ali meminjam buku daripada perpustakaan. | Tatabahasa | 07.12.2014 |
apakah perbizaan diantara kalimah "dewan kukuliah" dengan "bilik darjah" kami seorang pelajar yang tidak maher dalam kalimah melayu lagi kami adalah rakyat thai sedang digkuna bahasa thai kalau begitu kami harapkan anda di jawabkan soalan kami terimakasih dengan di hormati Abdullah bin Ahmad | Dewan kuliah bermakna suatu ruang yang besar untuk mengadakan sesuatu acara seperti persidangan, perjumpaan, forum dan syarahan yang memuatkan peserta yang ramai. Manakala bilik darjah ialah ruang yang terhad atau kecil untuk mengadakan kelas pengajaran dan pembelajaran yang memuatkan tidak ramai pelajar. Dewan kuliah sering digunakan di pusat pengajian tinggi, sementara bilik darjah digunakan di sekolah rendah dan menengah. | Makna | 27.12.2007 |
Assalamualaikum , Saya ingin membuat banner kursus asas memanah di semenyih dan telah mendapatkan info kebenaran pengiklanan dari Majlis Perbandaran Kajang, Mereka meminta saya mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan bahasa dari dewan bahasa dan pustaka. kalau begitu, bagaimana saya ingin dapatkan perkhidmatan tersebut | Sila hantar visual iklan tuan melalui laman sesawang melalui www.dbpsahbahasa.my atau datang ke Kaunter DBP Sah Bahasa di aras bawah menara DBP Kuala Lumpur. Jika menghadapi masalah berkaitan dengan sistem sila hubungi talian 03-21479100/9200/9300/9400. Terima kasih. | Lain-lain | 22.01.2020 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ada kemusykilan tentang cara menulis tanda elipsis dengan betul. Perlukah tanda elipsis itu dijarakkan daripada ayat sebelumnya atau tidak perlu. Contoh ayat (saya ambil dari laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu sendiri): "Kalau begitu ... ya, marilah kita bergerak." Setahu saya, tanda elipsis pada ayat tidak perlu dijarakkan daripada perkataan sebelumnya. Minta jasa baik pihak tuan untuk mengesahkan yang mana satu betul. Terima kasih. | Perlu dijarakkan elipsis dari ayat sebelum atau selepasnya seperti ayat contoh yang diberi. | Tatabahasa | 17.07.2012 |
Kalau sesebuah keluarga mempunyai 2 orang anak, ayat mana yang betul ? (a) Saya mempunyai dua orang adik-beradik. (b) Saya mempunyai seorang adik-beradik. ataupun penggunaan 'adik-beradik' tidak sesuai dalam konteks ini. Kalau begitu, bolehkah pihak tuan sila berikan skop penggunaan perkataan 'adik-beradik' yang betul ? Terima kasih. | Perkataan adik beradik bermaksud 1. (beberapa orang) yang mempunyai hubungan kekeluargaan(kerana seayah dan seibu), bersaudara. Yang betul ialah saya mempunyai dua orang adik- beradik. Sila rujuj Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 9. | Tatabahasa | 26.03.2009 |
Salam, saya ingin tanya tentang format karangan dialog. Bolehkah jika kita meletakkan lebih dari satu nokhtah(.) untuk menunjukkan ayat itu disebut panjang? cth1:- Ali: saya rasa. . . betul kata cikgu itu. dan bagaimanapula dengan menggunakan "Mmmmm" untuk menunjukkan mereka sedang berfikir? cth2:- Abu: Mmmmmmm, saya mengulangkaji 1 jam sehari. terima kasih. | Tanda elipsis (...) digunakan dalam kalimat yang terputus-putus. Contohnya, "Kalau begitu ... ya, marilah kita bergerak." Tanda elipsis juga menunjukkan bahawa dalam suatu petikan ada bahagian yang dihilangkan. Contohnya, "Sebab-sebab kemerosotan ... akan diteliti lebih lanjut." Sekiranya bahagian yang dihilangkan mengakhiri sebuah kalimat, perlu digunakan empat titik, tiga titik untuk penghilangan teks dan satu titik untuk menandai akhir kalimat. Untuk makluman, kata singkatan seperti ni, tak, dah, nak dan kata seru seperti hmm dibenarkan penggunaannya dalam dialog. Kami cadangkan puan dapatkan buku Gaya Dewan, terbitan DBP sebagai panduan untuk menulis tanda baca yang betul dalam penulisan. | Tatabahasa | 25.07.2017 |
1) bilakah penggunaan (...) dalam dialog diperlukan? contoh ayat: 1) "Bapa... tolonglah...kasihanilah Tiah bapa". 2) hmm... kedua-dua ayat di atas betul atau tidak sekiranya digunakan dalam dialog. 2) adakah kata singkatan sesuai digunakan sama ada dalam dialog mahupun dalam teks novel. contohnya ni, tak, dah, nak. - adakah salah sekiranya penggunaan kata singkatan ini digunakan terlampau kerap? -terima kasih- | Tanda elipsis (...) digunakan dalam kalimat yang terputus-putus. Contohnya, "Kalau begitu ... ya, marilah kita bergerak." Tanda elipsis juga menunjukkan bahawa dalam suatu petikan ada bahagian yang dihilangkan. Contohnya, "Sebab-sebab kemerosotan ... akan diteliti lebih lanjut." Sekiranya bahagian yang dihilangkan mengakhiri sebuah kalimat, perlu digunakan empat titik, tiga titik untuk penghilangan teks dan satu titik untuk menandai akhir kalimat. Untuk makluman, kata singkatan seperti ni, tak, dah, nak dan kata seru seperti hmm dibenarkan penggunaannya dalm dialog. | Tatabahasa | 14.01.2011 |
soalan..untuk bantu anak saya.kata lawan bagi maksud...1)Maka 2) yang demikian 3) oleh itu 4) justeru 5)selain itu 6) jadi 7) di samping itu. itu saje. | 1) Perkataan maka mempunyai beberapa maksud, antaranya "bahawa", "dengan sebab itu" dan sebagainya. 2) "Yang demikian" bermaksud "yang begitu", "yang begini" atau "seperti itu". 3) "Oleh itu" bermaksud "dengan itu". 4) "Justeru" bermaksud "kebetulan", "tepat", "kena benar", "malahan" dan "bahkan". 5) "Selain itu" bermaksud "di samping itu". 6) 'Jadi" bermaksud "sebenarnya", "kalau begitu" dan sebagainya. 7)"Di samping" bermaksud "selain itu". Walau bagaimanapun, kesemua perkataan tersebut mempunyai makna yang tertentu bergantung pada teks, konteks secara keseluruhan. Untuk lebih memahami maksud perkataan tersebut, saudara hendaklah menyertakan ayat yang lengkap. | Makna | 02.02.2010 |