Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam DBP, Saya ingin mengetahui penggunaan 'kalau' dan "kalaulah" Menurut sumber yang saya peoleh "kalau" digunakan bagi sesuatu kejadian yang mustahil dapat dilakukan. Contoh Kalaulah saya menjadi kaya dalam sekelip mata tanpa usaha, saya akan,,,,, manakala "kalau" digunakan bagi sesuatu yang mampu kita capai. Contoh Kalau kita menang perlawanan itu, kita akan ....... Terima kasih Contoh

Perkataan "kalau" ialah kata penghubung (kata sendi) untuk menyatakan syarat (sebagaimana yang dihuraikan berikutannya) atau jika dan jikalau. Dalam konteks "kalau" dan "kalaulah" tiada perbezaan makna, cuma penggunaan "lah" pada perkataan "kalau" bermaksud  kata yang menguatkan (mengeraskan) maksud atau pengertian kata itu.

Tatabahasa15.11.2011
tak bolehkah bersifat tetap. mcm bhs inggeris x ada perubahan. kalau alasan nak memartabatkn bhs,kena lah tetapkn bhs, seolah2 mcm x tentu dgn bhs kebangsaan sendiri sehingga sentiasa berubah.Terlebih dahulu, terima kasih diucapkan kepada saudara atas pandangan menarik yang diberikan berkaitan bahasa kebangsaan negara. Sebenarnya untuk makluman saudara, setiap bahasa yang ada di dunia berubah mengikut peredaran masa dan turut berubah selagi manusia berbudaya. Bahasa Inggeris juga turut berubah mengikut perkembangan. Mohon jasa baik saudara untuk mengemukakan apakah perubahan yang dimaksudkan agar pihak kami dapat sama-sama berkongsi maklumat untuk bersama-sama kita mengangkat martabat bahasa kebangsaan negara kita. Terima kasih.Lain-lain27.10.2006
salam, saya ingin tahu samaada buku berjudul hang jebat , cucu dato merah dan dang anum masih dipunyai olih penulis Mohd ali aziz dan kalau ada apa2 royalty dari buku buku tersebut. saya ada lah anak kepada encik mohd ali aziz. terima kasih.Bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan, tuan boleh menghubungi Puan Hawa Hawa Zurina binti Raie, Bahagian Harta Intelek DBP melalui talian 03-2147 9524 atau e-mel hawa@dbp.gov.myLain-lain18.09.2014
Assalamualaikum. Saya cari perkataan bersiap-sedialah dalam PRPM tetapi tiada. Soalan saya ialah, kalau bersiap sedia tiada sempang (-), kenapa bersiap-sedialah ada sempang? Apakah ejaan yang tepat? bersiap-sedialah ATAU bersiapsedialah ATAU bersiap sedialah. Terima kasih atas perhatian pihak tuan.Ejaan yang betul ialah siap sedia, apabila menerima awalan (ber) menjadi bersiap sedia, manakala perkataan bersiap sedialah tetap dieja dua perkataan kerana 'lah' adalah kata penegas dan bukan apitan (seperti ber-...-kan).Ejaan04.05.2011
Siva Ramana 20 Disember 2015 SUN 10:28PM Siva Nama saya Siva Ramana. Walaupun saya bukan berbangsa melayu saya fasih berbahasa dan suka menonton drama melayu tak kira mana mana siaran. Sejak kebelakangan ini, banyak drama drama Sudah mula mencampuradukan penggunaan bahasa inggeris(BI) terlampau. Saya berusia 35 tahun saya menonton drama sejak kecil Lagi Dari cerita Opah zaman 80an hingga kini. Maka, saya tahu layar cerita dan cara penggunaan BM dulu dan kini. Saya memang tidak nafikan, untuk tujuan Pasaran dan gaya masa kini penggunaan BI dan BM Dalam tutur kata harian. Tetapi bila lihat drama kini penggunaan BI terlalu banyak Dalam satu seisi perbualan. Kalau Ada masa, Cuba tonton TV dan nilai sendiri. Tak salah kalau saya kata, tujuan saya menonton drama melayu untuk menghayati drama melayu, bukan untuk dengar BI.. Saya tidak Tahu sejauhmana balasan saya ini di ambilkira. Walaupun tak diambilkira saya masih tak Rugi yang sayangnya mingkin satu hari nanti kita lihat drama BM Dalam versi BI sepenuhnya kononnya itu lah trend pada masa itu." Sediakan payung sebelum hujan" " setitik nila rosak susu sebelangga". Buat lah sesuatu sebelum terlambat Terima kasih Daripada Insan bukan melayu yang Berjiwa melayu.Terima kasih atas keprihatinan tuan. Untuk makluman, unit pemantauan di DBP juga telah membuat pemantauan tentang penggunaan bahasa dalam media elektronik dan dapatan dari pemantauan ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Media Elektronik. Walau bagaimanapun kami juga sedar kecelaruan penggunaan bahasa dalam media elektronik ini masih belum diatasi dan kami amat mengharapkan sokongan semua pihak terutamanya pengamal media dan orang awam untuk kita bersama-sama memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam media elektronik dan bidang-bidang lain juga. Kami amat memuji sikap dan jati diri tuan dalam hal ini, semoga bahasa kebangsaan kita terus dimartabatkan di negara kita.Lain-lain20.12.2015
pemimpin negara yang sangat saya SANJUNG ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj PILIH perkataaan seerti bagi SANJUNG A puji B suka Cgemar D hormat terima kasihSanjung membawa maksud; menyanjung 1. sangat menghargai (sesuatu yg dianggap baik, berani, dll), meletak-kan pd tempat (kedudukan) yg mulia, memuji: mereka ~ tinggi kepala negara mereka; 2. = ~ hati mengambil hati, memujuk: pandai benar engkau ~ hati orang; penghulu disan-jung dgn adatnya, orang alim disanjung dgn kajinya, orang muda disanjung dgn mudanya prb a) kalau memuji orang hendak-lah dgn pujian yg kena pd tempatnya; b) mengambil hati orang hendaklah dgn perkara yg digemarinya; menyanjung-nyanjung memuji dgn berĀ­lebih-lebihan, menghormati sangat-sangat, mengangkat-angkat: hairan benar, mengapa pula majalah itu ~ namaku begitu sekali? sanjungan 1. penghormatan, pujian: dgn kemenangan itu agama Islam telah tersebar dgn pesatnya dan mendapat ~ yg tinggi; 2. suka dipuji-puji.

Dalam konteks ayat tersebut perkataan hormat boleh digunakan.
Tatabahasa27.05.2015
Yang mana satu betul? Berbuat sedemikian/demikian?Perkataan demikian dan sedemikian mempunyai makna yang hampir sama, namun untuk ayat tersebut lebih sesuai digunakan perkataan demikian.

Demikian
Definisi : 
begitu; begini; spt itu (ini): Dgn yg ~, habislah timbunan kayu itu dimakan api. ~lah halnya. sedemikian spt itu; sbg itu: Kalau sudah ~ susahnya, mengapa tidak mencari kerja lain? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Sedemikian
Definisi : 
spt itu; sbg itu: Kalau sudah ~ susahnya, mengapa tidak mencari kerja lain? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Makna28.08.2017

Kembali ke atas