Saya mohon untuk mendapatkan kepastian tentang perkataan KALBU. Sekiranya sebutan ini menggunakan huruf 'Qof' (Qalbu; tiada dalam rujukan?) sepatutnya ianya akan membawa maksud hati jika di terjemahkan dari bahasa arab. Sebaliknya jika sebutannya menggunakan huruf 'Kaf' ianya akan membawa maksud anjing..mohon pencerahan, terima kasih. | Untuk makluman tuan, kata umum bahasa Arab yang sudah terserap dalam bahasa Melayu dieja mengikut cara mengeja kata jati dalam bahasa Melayu. Oleh itu, apabila kata قلب diserapkan ke dalam bahasa Melayu maka dieja sebagai kalbu. Pada pandangan kami tidak timbul kekeliruan dalam hal ini kerana bahasa Melayu hanya menyerap kata Arab قلب , iaitu hati dan tidak menerima كلب . Tidak ada sinonim bagi kata anjing dengan kata serapan yang lain dalam pangkalan data kami. Dan dalam konteks bahasa Arab kedua-dua kata jelas berbeza sebutan dan maknanya. | Istilah | 06.02.2013 |
Elwani Majidah Ali Nov 25th, 6:44pm Salam, tumpang tanya, masih adakah lagi naskhah terjemahan Kalbu? Penulis asalnya Soseki Natsume. | Buku yang dicari, ada dalam simpanan Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Jika tuan berhajat untuk memiliki sendiri naskhah tersebut, sila hubungi Kedai Buku DBP (jika masih ada dalam simpanan) melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp.yahoo.com. | Lain-lain | 25.11.2015 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya Asma dari Pelajar Ijazah Sarjana Muda Akidah dan Perbandingan Agama di USIM. Di sini saya ingin menyemak makna dari sudut bahasa dan istilah bagi perkataan kalbu, jantung dan hati. Perkara ini adalah untuk kajian bagi thesis saya. Segala bantuan dari pihak tuan/puan amat saya hargai. Terima kasih. | Untuk makluman, ketiga-tiga perkataan tersebut merupakan perkataan biasa dan bukannya istilah. Pihak kami hanya dapat membantu memberikan makna berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-4. Tuan/Puan mungkin boleh membuat semakan melalui kajian-kajian yang ada sebelum ini jika mahu melihat huraian yang lebih terperinci. Sehubungan dengan itu, kami berikan maksud mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4. - Kalbu bermaksud hati (pusat segala perasaan batin). - Jantung bermaksud 1. organ berotot yang mengepam darah ke seluruh badan, 2. benda yg berbentuk seperti jantung - Hati bermaksud organ dalam badan yang berwarna perang kemerah-merahan terletak di dalam perut di bahagian sebelah kanan. | Makna | 17.05.2017 |
1. Pokok yang berbunga di batangnya. Nama lain bagi pokok lidah katak. 2. Sejenis buah yang rasanya manis tetapi berkulit seperti kalbu dan berwarna perang terang bila masak. | Kami tidak dapat memberikan jawapan kepada soalan yang berbentuk teka silang kata atau teka teki. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau hubungi Jabatan Pertanian, UPM atau FRIM untuk rujukan lanjut. | Lain-lain | 03.07.2008 |
Terima kasih atas bantuan daripada pihak DBP sebelum ini. Cuma saya ingin bertanya jika ada makna dari sudut frasa bahasa sastera bagi perkataan kalbu ? | Untuk makluman, pihak kami hanya dapat membantu memberikan makna berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-4 seperti yang telah diberikan sebelum ini. Tuan/Puan mungkin boleh membuat semakan melalui kajian-kajian yang ada sebelum ini atau melayari laman web yang berkaitan jika mahu melihat huraian yang lebih terperinci. | Lain-lain | 23.05.2017 |
Hello. Apakah perbezaan antara "jantung" dan "hati"? Adakah jantung utk konteks biologi sains tubuh badan manakala hati utk konteks cinta dan kasih? Di samping itu, sanubari dan kalbu? | Jantung dan hati ialah dua organ yang berbeza. Dari aspek bahasa, kedua-dua perkataan merujuk kedua-dua organ tersebut kecuali apabila dirangkaikan dengan perkataan lain maka akan wujudlah makna lain seperti jantung hati yang bermaksud orang yang dikasihi. | Tatabahasa | 19.06.2013 |