| Saya ada satu kemusykilan. Adakah perkataan 'kaleidoskop' juga membawa maksud 'pelbagai peristiwa yang telah berlaku pada sesuatu tahun'? Terima kasih. | Tuan, Mengikut Kamus Dewan, kaleidoskop bermaksud: 1. sejenis alat mainan (berbentuk tiub, dengan lubang kecil pada satu penghujung) yang membolehkan seseorang melihat corak tertentu yang berwarna-warni (melalui lubang tersebut) apabila tiub itu diputarkan; 2. pola warna, imej, dan sebagainya yang sering berubah dengan cepat. | Istilah | 08.06.2019 |
| makna efek,teoretisi,kaleidoskop? | Kata efek tak wujud dalam bahasa Melayu jika diterjemakan daripada kata effect (bahasa Inggeris) terjemahan dalam bahasa Melayunya ialah kesan (bukan efek) . Teoretisi tiada dalam bahasa Melayu yang ada hanyalah teoretis iaitu berdasarkan teori, berhubung dgn atau menurut teori. Kaleidoskop bermaksud; 1. sj alat mainan (berbentuk tiub, dgn lubang kecil pd satu peng hujung) yg membolehkan seseorang melihat corak tertentu yg berwarna-warni (melalui lubang tersebut) apabila tiub itu diputarkan; 2. pola warna, imej, dsb yg sering berubah dgn cepatnya. | Makna | 12.02.2008 |
| Salam sejahtera tuan/puan, Saya ingin mendapatkan pencerahan mengenai kaedah pengejaan diftong [ei] (taling) dalam tulisan Jawi yang digunakan oleh DBP. Berdasarkan penelitian saya, terdapat ketidakseragaman dalam pengejaan diftong [ei] dengan sekurang-kurangnya empat cara berbeza: # 1. Ya sahaja: - kaleidoskop: کاليدوسکوڤ - kempeitai: کيمڤيتاي - gay: ݢي (KDP 2020) # 2. Ya + Hamzah (Alif Maksurah) + Ya: - gay: ݢيئي (PRPM terkini) - aparteid: اڤرتيئيد - teisme: تيئيسمى # 3. Ya + Ya: - kafein: کافيين - esei: ايسيي # 4. Hamzah (Alif Maksurah) + Ya: - Kei: کئي Justeru, saya ingin mengetahui **apakah kaedah atau prinsip yang digunakan pihak DBP untuk menentukan cara pengejaan yang sesuai bagi setiap perkataan yang mengandungi diftong [ei]?** Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera tuan/puan. Secara asasnya, bunyi [ei] tidak tergolong sebagai diftong bahasa Melayu. Dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu, huruf diftong terbahagi kepada tiga bentuk, iaitu: [ai], [au], dan [oi] Bunyi [ei] merupakan gabungan vokal yang lazimnya muncul dalam kata pinjaman, khususnya daripada bahasa Inggeris dan bahasa asing lain. Oleh itu, kaedah pengejaannya dalam tulisan Jawi tidak tertakluk kepada pola diftong bahasa Melayu dalam tulisan Rumi. Bagi tujuan penyeragaman ejaan gabungan vokal [ei], huruf ي digunakan sebagaimana yang terdapat dalam beberapa contoh ejaan dalam KDP 2020 yang tuan/puan nyatakan. Pada masa yang sama, DBP sedang giat mengemas kini dan menyeragamkan ejaan Jawi, termasuk membetulkan bentuk ejaan yang dikenal pasti mempunyai kesilapan teknikal. | Ejaan | 11.08.2025 |