Yang mana satu betul. lain kali/kali lain, Izini saya/ Izinkan saya, harga barang kawalan/ harga barang terkawal, hal ini kerana/ hal ini demikian kerana,berpuca pada/berpunca daripada, | Ungkapan yang biasa digunakan dan sudah mantap ialah lain kali; izinkan saya; harga barang kawalan dan harga barang terkawal kedua-duanya betul.Harga barang kawalan merujuk harga jenis barang dalam kawalan.Harga barang terkawal bermaksud harga barang tersebut dapat dikawal atau di bawah jagaan. | Tatabahasa | 13.05.2008 |
Yang berikut ialah kekerapan perkataan berkenaan dirakamkan dalam Kamus DBP tertentu: kadangkala Kamus Dewan - 33 kali Kamus Pelajar - 5 kali Kamus Pelajar II - 12 kali Kamus Komputer – 1 kali Jumlah 51 kali kadang kala Tiada dalam mana-mana kamus DBP ada kala Kamus Dewan - 1 kali Kamus Pelajar - 1 kali Kamus Pelajar II - 5 kali Jumlah 7 kali ada kalanya Kamus Dewan - 47 kali Kamus Pelajar - 4 kali Kamus Pelajar II - 5 kali Kamus Komputer - 1 kali Jumlah 57 kali adakalanya Kamus Dewan - 1 kali Jumlah 1 kali adakala Kamus Dewan - 3 kali Jumlah 3 kali 1. Ejaan untuk kata kadangkala adalah jelas satu perkataan. 2. Perhatikan bahawa adakala dimasukkan sebagai satu perkataan di tiga (3) tempat dalam Kamus Dewan termasuklah sebagai lema/entri utama/kata masukan, tetapi di tempat lain dimasukkan sebagai ada kala sebanyak tujuh (7) kali, malah ada kala dengan partikel -nya (ada kalanya) dirakamkan sebanyak 57 kali dalam Kamus DBP. Dengan kekerapan yang tinggi sebagai dua perkataan (ada kala/ada kalanya), mustahil berlaku kesilapan semasa penyuntingan, juga mustahil semasa atur huruf. Jadi, muktamadnya, kata ini harus dieja bagaimana? Qiu Syah Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) | Kami ambil maklum atas kekeliruan yang berlaku. Pihak kami akan berbincang dengan bahagian lain yang terlibat di DBP seperti Bahagian Perkamusan serta Bahagian Peristilahan dan Leksikologi bagi mencari satu ketetapan untuk dijadikan panduan. Pihak kami akan menghubungi saudara melalui alamat e-mel yang diberikan dengan kadar segera. | Lain-lain | 15.08.2012 |
Yang manakah ejaan betul: a. barang kali/ barangkali b. kerap kali/kerapkali c. sering kali/ seringkali d. acap kali/acapkali | Ejaan yang betul ialah barangkali, kerap kali, sering kali dan acap kali. | Ejaan | 06.05.2012 |
bagaimana hendak membezakan ejaan 'acap kali' dengan 'adakala'? mengapa adakala dieja rapat sedangkan ada dan kala ada maksud yang tersendiri. mengapa pula acap dan kali dieja terpisah? ( ejaan ini saya rujuk dari Lembar Bahasa ) | Acap kali bermaksud beberapa kali, berulang kali, kerap kali, sering kali. Adakala bermaksud kadangkala, sekali-sekali. Kedua-dua perkataan ini sudah mantap dari segi ejaannya. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 4 dan 7. | Ejaan | 06.04.2008 |
Tuan, Frasa yang manakah tepat mengikut hukum DM pertama kali atau kali pertama? | Perkataan kali pertama merupakan padanan bagi perkataan bahasa Inggeris iaitu first time. Frasa 'kali pertama' dan 'pertama kali', kedua-duanya betul bergantung pada aspek yang ingin ditekankan atau didahulukan. | Tatabahasa | 09.07.2013 |
Diharap DBP dapat membantu saya. Antara berikut, yang manakah betul dari segi tatabahasa? pertama kali atau kali pertama julung kali atau julung-julung kali kata-kata aluan atau kata alu-aluan penghawa dingin atau pendingin hawa Saya mendahului dengan ucapan terima kasih. | Frasa yang betul ialah: 1. kali pertama 2. julung-julung kali 3. kata alu-aluan 4. pendingin hawa/penyaman udara | Istilah | 04.07.2009 |
Salam. a. Barangkali b. sering kali acap kali kerap kali Mengapa bentuk pengejaan antara a dengan b berbeza? Mengapa a tidak dieja mengikut rumus kata majmuk. Bukankah pelbagai rumus yang berbeza akan menambahkan lagi kekeliruan pengguna bahasa Melayu | Dalam hal ini tiada rumus yang boleh dijadikan panduan untuk mengeja perkataan, kecuali merujuk kamus. Sebahagian kecil perkataan dianggap kekecualian dalam bahasa Melayu dan tidak dieja mengikut rumus tertentu. Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. | Ejaan | 10.05.2012 |
Apakah perbezaan antara Thailand Selatan dan Selatan Thailand? 2.Pertama kali atau kali pertama. Apakah perbezaannya? | 1. Frasa yang betul ialah Selatan Thailand. 2. Perkataan kali pertama merupakan padanan bagi perkataan bahasa Inggeris iaitu first time. Frasa 'kali pertama' dan 'pertama kali', kedua-duanya betul bergantung pada aspek yang ingin ditekankan atau didahulukan. | Tatabahasa | 25.10.2013 |
apakah yang dimaksudkan dengan kali? | Kali boleh membawa beberapa maksud antaranya termasuklah darab, waktu dan sungai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kali. | Makna | 06.03.2013 |
Pertama kali atau kali pertama. Mana yang betul? | Jawapan yang betul ialah kali pertama. | Lain-lain | 29.09.2010 |