Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.li.ber] | کاليبر

Definisi : 1. besarnya lubang senapang (meriam, pistol) atau besarnya peluru; 2. kebolehan (kemampuan, kecekapan) berfikir dll: yg menentukan kalah menangnya parti itu dlm pilihan raya ini kelak ialah ~ calon-calonnya yg bertanding; berkaliber mempunyai kaliber (kecekapan berfikir dll): wartawan-wartawan yg ~ lagi bertanggungjawab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.li.ber] | کاليبر

Definisi : kebolehan (kemampuan, kecekapan) berfikir dll; kebaikan sesuatu ciri dsb: pemimpin yg mempunyai ~. berkaliber mempunyai kaliber. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kaliber


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa erti perkatan berkelibar?Perkataan kelibar tidak terdapat dalam Kamus Dewan. Walau bagaimanapun perkataaan berkaliber membawa maksud mempunyai kaliber(kecekapan berfikir dll)Makna07.03.2007

Kembali ke atas