| Salam, Appreciate advice on the correct usage: "Buat julung kalinya" or "Buat julung-julung kalinya"? When to use 'julung' & 'julung-julung'? Thank you. | Frasa yang betul ialah "buat julung-julung kalinya", julung-julung bermaksud pertama-tama atau mula-mula, manakala julung bermaksud pertama atau utama. | Tatabahasa | 30.07.2012 |
| Asal usul perkataan kenangan sbb ni baru pertama kalinya saya tahu terjemahan untuk seniority ialah kekananan, hehe terima kasih | Kekananan bermaksud kedudukan atau taraf yang lebih tinggi berbanding dengan kedudukan atau taraf orang atau jawatan lain dalam struktur pentadbiran dan sebagainya. | Makna | 27.05.2022 |
| Asal usul perkataan kekananan sbb ni baru pertama kalinya saya tahu terjemahan untuk seniority ialah kekananan, hehe terima kasih | Kekananan bermaksud kedudukan atau taraf yang lebih tinggi berbanding dengan kedudukan atau taraf orang atau jawatan lain dalam struktur pentadbiran dan sebagainya. | Makna | 27.05.2022 |
| Ceraikan ayat majmuk kepada ayat tunggal. Azmi menjerit kesakitan apabila kulupnya dipotong. | Untuk kesekian kalinya jika betul-betul berminat untuk mengetahui tentang berkhatan, rujuk artikel tentang berkhatan, seperti capaian, http://www.hmetro.com.my/node/15981. Untuk pertanyaan bahasa, kemukakan pertanyaan dengan sopan dan jelas. | Lain-lain | 06.11.2015 |
| Saya Khaled daripada Bahagian Dakwah JAKIM Putrajaya. Saya akan anjurkan pertandingan Pidato Belia untuk julung kalinya diadakan, soalan saya: 1) Adakah sesuai dimasukkan perkataan "KALI PERTAMA" di dalam tajuk pertandingan tersebut? 2) Sekiranya boleh, adakah perkataan tersebut ditulis dengan penuh seperti "KALI PERTAMA" atau "Ke-1" ? | Tajuk yang dicadangkan oleh kami ialah Pertandingan Pidato Belia Tahun 2015. Penggunaan "KALI PERTAMA" tidak diwajibkan dalam tajuk. Penggunaan tajuk yang dicadangkan sudah memadai dan mantap.
| Lain-lain | 08.10.2015 |
| Bolekah ditulis ke-1 bagi maksud pertama, contohnya Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-1? | Bentuk penulisan yang betul ialah "Mesyuarat Agung Tahunan". Lazimnya, majlis atau mesyuarat yang julung-julung kalinya diadakan tidak diberikan nombor, melainkan majlis yang berikutnya, seperti "Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-2”, "Mesyuarat Agung Tahunan Kali Kedua dan sebagainya. Cara menulis boleh menggunakan dua kaedah, sama ada menggunakan nombor atau dieja. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my melalui pilihan Khidmat Nasihat Bahasa. | Tatabahasa | 30.04.2025 |
| Apakah maksud 'kesekian kali'? | Kesekian kali merujuk kepada perihal melakukan sesuatu atau perkara yang sama sekali lagi atau berulang kali. Contoh dalam ayat, Aina menegaskan buat kesekian kalinya bahawa dia tidak pernah iri hati dengan kecantikan adiknya. | Makna | 02.06.2021 |
| apakah perbezaan di antara mengharungi sungai dan menyeberangi sungai? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. perkataan "menyeberangi" bermaksud 1. pergi ke seberang sana sungai, jalan, dll, melintasi, mengharungi: dgn apa hendak diseberangi lautan? 2. ki me-nempuh (melalui, merasai) kesusahan dll: tiga kali kita ~ hidup, apabila ketiga kalinya telah diseberangi dgn selamat, bahagialah kita; Manakala perkataan "mengharungi" pula bermaksud 1. berjalan menyeberangi air (semak, sungai, dll), meranduk: takut ~ air yg deras; budak itu sedang ~ sungai; ~ belukar berjalan melalui belukar; 2. menempuh, melayari (lautan dll): sedang kami ~ lautan India, angin turun dgn hebatnya; kegagahan wau ~ angkasa; 3. ki menghadapi (mengalami) kesusahan (kesukaran dsb): kejayaan dicapai setelah ~ berbagai-bagai kesulitan; | Istilah | 08.04.2013 |
| Sukan Tahunan Kali Ke-1 . Ayat ini betul atau salah . Ke -1 boleh guna atau tidak untuk ayat ini ? | Bentuk penulisan yang betul ialah “Sukan Tahunan”. Lazimnya, program atau aktiviti yang julung-julung kalinya diadakan tidak diberikan nombor, melainkan program yang berikutnya, seperti "Sukan Tahunan Kali Ke-2”, "Sukan Tahunan Kali Kedua” dan sebagainya. Cara menulis boleh menggunakan dua kaedah, sama ada menggunakan nombor atau dieja. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my melalui pilihan Khidmat Nasihat Bahasa. | Tatabahasa | 07.05.2025 |
| 1.Pertandingan E-sukan 2.Pertandingan e-Sukan 3.Pertandingan E-Sukan yang manakah yang betul terima kasih | Ejaan perkataan e-sukan (menggunakan huruf kecil atau besar) mengikut konteks seperti berikut: (1) Penggunaaan perkataan e-sukan digunakan sebagai tajuk/ kata nama khas: Pertandingan E-sukan Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 DBP menganjurkan E-sukan DBP buat julung-julung kalinya.... (2) Penggunaan umum dalam ayat: Majlis Olimpik Asia (OCA) telah mengumumkan e-sukan akan menjadi sukan rasmi pada Sukan Asia 2022. | Ejaan | 19.09.2023 |