saya Zakiyah Kalo sedang belajar di Universiti Patoni? kelas dasar.ingin bertanya DBP perkataan? adakah perkataan solat berasal dari bahasa apa? dan apakah maknanya? terimakasih | Kata ‘solat’ ialah kata pinjaman daripada kata Arab. Sila layari prpm.dbp.gov.my/" target="_blank">http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari" untuk mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya | Makna | 23.09.2014 |
asalamualaikum di DBP ni ada keje jd translater part time tak? kalo ada saya nak keje part time, tp untuk bahasa inggeris ke bahasa melayu kalo ada plz inform tq | Sdr. boleh menghubungi Puan Saaodah Abdullah Persatuan Perterjemahan Malaysia di talian 0122067076. | Lain-lain | 17.11.2007 |
Salam, sy ad soalan penting nk ajukan,,, tinggilah harapan kalo pihak prpm dpt respon dlm kadar segera. - "tour guide" dlm BM ialah? Kesahihan penterjemahan google translate agak diragui. Terima kasih | Padanan bahasa Melayu untuk "tour guide" ialah pemandu pelancong. | Istilah | 04.04.2016 |
Selamat Petang. Sila tolong membetulkan karangan penerbitan di bawah fail. Kami hendak mendaftarkan kepada LIU. Terima Kasih! Nama Fail: KALO - karangan penerbitan | Kami tidak dapat menyemak teks yang digunakan dalam iklan tersebut. Untuk pengesahan iklan, klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 17.07.2012 |
salam, saya pelajar PhD, Universit Teknologi Malaysia, ingin bertanya istilah seperti " (1) place making, (2) sense of Place, (3)governance (4) locality kalo hendak di tukar kepada bahasa melayu, .contoh article . | Untuk makluman, belum terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "place making" dan "sense of place". Istilah bahasa Melayu untuk "governance" ialah tadbir urus dan "locality" ialah ketempatan, kawasan atau tempat. | Istilah | 03.04.2014 |
Selamat siang Bapak/ Ibu, Saya berasal dari Singapura, dan penggunaan Bahasa Melayu di sini mungkin sedikit berbeza dengan di Malaysia. Saya mahu bertanya cara yang benar ejaan "makcik". Di mana Nasihat DBP menyatakan bahawa ejaan yang benar ialah "mak cik" degna menggunakan spasi. Di Singapure, perkataan ini umum di gunakan, dengan bermakna "emak kecil", di mana "kecil" di sebut dengan "kecik". Dan bukan "emak encik". Sila rujuk : 1955 R.J. Wilkinson A Malay–English Dictionary, vol. 1, 225 ( http://www.mysmu.edu/faculty/jacklee/singlish_M.htm ) Ini saya percaya berlatar-belakangkan istliah "bulek" untuk orang keturunan Jawa yang di singkatkan dr "ibu cilik". Oleh kerana DBP Malaysia adalah sumber rujukan perusahaan kami, maka saya mahu bertanya soalan seperti berikut: 1. Bagaimanakah ejaan perkataan "makcik/ mak cik" ini kalo di gandakan? Adakah mak cik-mak cik/ makcik-makcik/ mak cik makcik? 2. Kalau di gabung dengan "ku", bagaimana pula? mak cikku/ makcikku/ mak cik ku? 3. Begitu juga dengan perkataan "pakcik". Sekian saja, salam hormat dan terima kasih saya. Ahmad Shah | Ejaan yang betul ialah mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik. Sedikit penjelasan berhubung jawapan kami sebelum ini. Gelaran mak cik dan pak cik lazimnya merujuk ibu saudara dan bapa saudara. Walau bagaimanapun gelaran ini juga diberikan kepada orang yang lebih tua. | Ejaan | 11.03.2020 |