Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.loi] | کالوي

Definisi : sj ikan darat, ikan gurami, Osphronemus goramy. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.loi] | کالوي

Definisi : nama sj ikan darat (sungai), Osphronemus goramy. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kaloi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
diftong: air, aiskrim, kaloi (diftong atau vokal berganding?) jika rujuk kepada Kamus Tatabahasa (ms301), "air" merupakan contoh diftong awalan. Namun penjelasan dalam webpage DBP, "air" bukan diftong. Begitu juga dengan "kaloi", adakah "kaloi" itu diftong. Buku teks BM SJK(C), kaloi merupakan diftong. Adakah terdapat senarai lengkap perkataan diftong? Sekian, segala kerjasama dan perhatian pihak tuan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Puan TangAir dan ais (ais krim) bukanlah diftong, sebaliknya vokal rangkap. Terdapat kesilapan dalam halaman 301, buku Tatabahasa Dewan dan maklumat ini akan diperbetulkan dalam terbitan buku tatabahasa yang akan datan. Perkataan  kaloi ialah diftong sama seperti amboi.Tatabahasa20.01.2014
Tuan,berapakah suku kata perkataan di bawah?Terima kasih. 1)ceria 2)kaloi
Perkataan "ceria" mempunyai tiga suku kata manakala "kaloi" mempunyai dua suku kata.
Tatabahasa19.10.2015
a.)Apakah perbezaan diftong dan vokal berganding? b) perkataan 'kuih' dan 'kaloi' mempunyai berapa suku kata? Terima kasih.
Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut.

Kuih dan kaloi mempunyai dua suku kata.
Tatabahasa02.02.2013
Assalamualaikum Admin DBP? Saya ingin tahu berkenaan penggunaan bahasa. Saya harap sangat pihak DBP dapat beri jawapan yang lebih tepat. 1) Kayu memikul barang A. GANDAR B. KANDAR 2) 'Saya' kata orang Jeniang A. CHEK B. CHEQ 3) Burger daripada kentang A. BERGEDIL B. PERGEDIL Terima kasih Saya ada satu soalan lagi. Jawapan bagi soalan ni nampak mudah, tapi rasa berasa ralat sebab kehendak jawapan berbeza-beza. Spesies Ikan Kaloi A. IKAN GERUME B. IKAN GERUMI * Apa yang saya tahu, ejaan lebih tepat adalah IKAN GURAME & IKAN GURAMI. Memandangkan soalan berkehendakan jawapan seperti yang dinyatakan, saya berasa keliru. Pilihan GERUME atau GERUMI? Harap dapat bantu (soalan terakhir)Salam 1Bahasa 1Bangsa 1Negara 1) Kayu memikul barang B. KANDAR 2) 'Saya' kata orang Jeniang A. CHEK 3) Burger daripada kentang A. BERGEDIL *** ejaan yang betul ialah BERGEDEL terima kasih -ghaniabu ABDUL GHANI BIN ABU Bhg. Penguatkuasaan Sama-sama kasih. Tuan juga boleh menjadikan http://prpm.dbp.gov.my/ sebagai teman setia di hujung jari. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan20.03.2014

Kembali ke atas