Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : benda hiasan (drpd emas, batu permata, dll) yg dipakai di leher, rantai leher; berkalung memakai kalung; mengalungkan mengenakan (menyang­kutkan) sesuatu sbg kalung pd leher: beliau dikalungkan dgn bunga malai; kalungan sesuatu yg bergelung spt kalung: ~ bunga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kalung (kata nama)
Bersinonim dengan rantai leher, gelonggang.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tuan, emak membilang butir-butir dari kalung mutiara yang dibelinya. butir-butir percakapannya tidak difahamni kerana sebutannya terlalu cepat. (tuan, adakah butir-butir boleh diguinakan dalam ayat di atas? TQ)

Penggunaan butir-butir dalam ayat tersebut adalah betul. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan makna setiap perkataan. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16.

Tatabahasa15.08.2011
Apakah penjodoh bilangan bagi gelang? utas? untai? atau yang lain. TQ

Penjodoh bilangan bagi gelang ialah utas. Seutas gelang.

Walaupun untai dan utas hampir memiliki makna yang sama, namun untai lebih sesuai digunakan pada 'rantai' atau 'kalung'. Misalnya seuntai rantai berlian.

Makna04.09.2012

Kembali ke atas