Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya Aeshah ,ingin bertanya Apakah yang di maksudkan hiponim,jenis-jenis dan cohtohnya. Terima kasihMenurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, hiponim ialah istilah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata lain. Contohnya kam­bing, lembu dan rusa ialah hiponim daripada binatang.Tatabahasa16.08.2016
Adakah perkataan-perkataan hiponim dalam sesuatu hipernim juga boleh dikategorikan sebagai sinonim? Ini kerana setiap perkataan tersebut mempunyai medan makna yang hampir sama. Hanya dibezakan penggunaannya mengikut konteks ayat.Terima kasih.

Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata lain, misalnya kam­bing, lembu dan rusa ialah hiponim daripada binatang manakala sinonim ialah kata-kata yang sama atau hampir sama maknanya, misalnya cepat dengan pantas. Menurut huraian makna kedua-dua perkataan hiponim dan sinonim, tidak menunjukkan persamaan makna bagi kedua-duanya.  

Tatabahasa21.03.2010
Assalamualaikum, saya pelajar tingkatan 6 SMK Seri Serdang. Boleh tak terangkan perbezaan antara Kolokasi dengan Hiponim dan juga perbezaan Homonim dengan Polisemi. Terangkan secara terpeinci bersama contoh.Wa alaikumussalam.

Kolokasi bermaksud hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan dgn yg lain dlm satu susunan (misalnya dalam ayat).  Manakala hiponim bermaksud kata yang maknanya terangkum dalam makna kata lain, misalnya kam­bing, lembu dan rusa ialah hiponim daripada binatang.

Homonim bermaksud perkataan yang sama bunyi atau ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. (ketam, paku). Manakala polisemi bermaksud sesuatu bentuk kata, ungkapan, dan sebagainya yang mempunyai lebih daripada satu makna yang bertalian rapat antara satu sama lain.

Untuk mendapatkan contoh dan penerangan yang terperinci, puan dinasihatkan untuk membuat kajian lapangan dengan mencari buku linguistik di perpustakaan berhampiran.
Tatabahasa20.10.2014
APAKAH DEFINISI BAGI DIALOG DALAM TULISAN, DIALOG RASMI, DIALOG TIDAK RASMI, DIALOG BAKU DAN DIALOG KOLOKIAL

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dialog bermaksud: 1. kata-kata yg dituturkan oleh watak-watak dlm drama atau fiksyen: pengucapan ~ sesetengah pelakonnya masih lemah; 2. karya sastera dlm bentuk perbualan; 3. perbincangan atau perundingan antara dua pihak yg bertelingkah kepentingannya: satu majlis ~ diadakan antara penduduk kam­pung dgn wakil rakyat mereka; kami mengadakan ~ dgn pengusaha hotel, pe­mandu-pemandu teksi, malah tuan-tuan punya kedai emas juga; berdialog mengadakan dialog, bertukar-tukar pendapat mengenai sesuatu isu secara terbuka: mereka ~ dgn wakil-wakil dr Kementerian Perdagangan mengenai masalah harga minyak petrol. Dalam konteks soalan yang dikemukakan, dialog dalam tulisan bermaksud tulisan yang berkaitan dengan perbualan atau percakapan yang ditulis dalam skrip, novel dan cerpen. Dialog rasmi ialah perbincangan atau perundingan rasmi antara dua pihak  yang berkisar hal-hal rasmi. Dialog tidak rasmi: perbincangan atau perundingan  tidak rasmi yang berkisar pada perkara-perkara tidak rasmi   seperti perbualan di warung, kedai kopi dll. Dialog baku: perbualan atau percakapan yang menggunakan sebutan yang betul mengikut sistem tatabahasa yang betul. Dialog kolokial: perbualan/percakapan yang menggunakan laras bahasa basahan/bahasa pasar/slanga/bahasa daerah.  

Tatabahasa28.09.2010

Kembali ke atas