Ayat ini betul? Kambing-kambing itu mengembek kerana kebasahan ditimpa hujan. | Ayat " Kambing-kambing itu mengembek kerana ditimpa hujan." merupakan ayat yang betul. | Tatabahasa | 16.07.2013 |
Salam sejahtera Tuan/Puan, Saya ingin bertanyakan tentang istilah Bahasa Inggeris yang sesuai untuk "daging kambing". Adakah "mutton" istilah yang sesuai? Mutton boleh membawa maksud "daging biri-biri (sheep=biri-biri/ lamb=biri-biri muda)", bukan hanya bermaksud "daging kambing" sahaja." Ada istilah bahasa Inggeris yang hanya mewakili maksud "daging kambing" sahaja? Mohon pencerahan dan terima kasih. | Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "mutton" bermaksud daging kambing atau daging kambing biri-biri. | Makna | 05.04.2013 |
Selamat petang. Soalan saya berkenaan menukar ayat aktif kepada ayat pasif yang berikut : 1) Sekawan kambing sedang meragut rumput di padang. A.Pasif --> mana betul, (A) atau (B) ? (A) Rumput di padang sedang diragut oleh sekawan kambing. (B) Rumput sedang diragut oleh sekawan kambing di padang. 2) Murid-murid kelas Tiga Bestari menyusun meja dan kerusi di bilik darjah. A.Pasif --> (A) atau (B) ? (A) Meja dan kerusi di bilik darjah disusun oleh murid-murid kelas Tiga Bestari. (B) Meja dan kerusi disusun oleh murid-murid kelas Tiga Bestari di bilik darjah. Jawapan dan penjelasan pihak tuan dihargai. Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah: B. Rumput sedang diragut oleh sekawan kambing di padang. A. Meja dan kerusi di bilik darjah disusun oleh murid-murid kelas Tiga Bestari. | Tatabahasa | 29.07.2011 |
Salam sejahtera, Kamus Inggeris-Melayu Dewan (KIMD) mendefinisikan 'black sheep' hanya sebagai noun, figurative, 'kambing hitam'. Istilah 'black sheep' dalam Kamus Istilah Malaysia mempunyai istilah sasar sebagai 'kambing hitam' dan huraian 'Seseorang yang tidak disenangi dan sering disalahkan apabila berlaku sesuatu perkara, di dalam satu kumpulan.'. Kamus Istilah Malaysia memberikan istilah sasar 'mangsa lempar salah'/'mangsa lempar-tuduh'/'kambing hitam'. Adakah ini bermaksud KIMD dan Kamus Istilah menganggap istilah BI 'black sheep' dan 'scapegoat' mempunyai maksud yang sama? Ini kerana kedua-dua istilah ini (yang mempunyai definisi berbeza dalam BI) diberikan erti 'kambing hitam' dalam KIMD dan Kamus Istilah. Mohon penjelasan dari pihak DBP. Terima kasih. | Terima kasih atas maklumat yang diberikan berkenaan padanan dan huraian istilah 'Black sheep' dan 'Scape goat'. Pihak kami akan menyemak semula perkara ini untuk dibetulkan. | Makna | 09.03.2010 |
pengunaan tanda koma A) ayam,itik, dan kambing. B) ayam,itik dan kambing. yang mana betul? | Cik Shuit, Merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, antara fungsi penggunaan tanda koma (,) ialah sebagai unsur pemisah bagi kata atau frasa yang berurutan. Penggunaan koma sebelum dan biasanya untuk kategori yang berbeza, cthnya: Saya membeli ikan, daging ayam, sayur, dan buah-buahan ... Sehubungan itu, yang betul ialah (a) ayam, itik dan kambing. Nota: Tanda koma (,) berfungsi sebagai unsur pemisah kata dan frasa yg berturutan, unsur nombor yg berturutan, pembilangan dan pengulangan, ungkapan yg diulang, beberapa ayat setara, kata hubung tak setara atau bertentangan fakta daripada ayat ayat induk, memisahkan baris pantun khususnya akhir baris pertama dan baris ketiga, baris-baris syair, bahagian awal ayat dengan petikan langsung, klausa komplemen yg mendahului ayat induk (dalam ayat songsang), klausa ketrangan musabab, syarat, waktu, pertentangan, harapan, cara, alat, atau gaya yg mendahului ayat induk dan byk lagi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 02.06.2009 |
APE MAKSUD KAMBING HITAM DALAM PERIBAHASA | Maksud kambing hitam ialah orang yang dipersalahkan dalam sesuatu kejadian. | Makna | 26.08.2009 |
Apakah kesalahan pada ayat ini? 1. Hazri menyimpan sepertiga daripada gaji bulanannya. 2. Kambing jantan itu ditambat kepada pokok rambutan. | 1. Hazri menyimpan sepertiga daripada gaji bulanannya. Ayat contoh ini betul. 2. Kambing jantan itu ditambat kepada pokok rambutan. Ayat yang betul ialah - Kambing jantan itu ditambat pada pokok rambutan. | Tatabahasa | 19.06.2008 |
Mengapa sesetengah ayat yang menggunakan kata sendi dan diletakkan tanda sebelumnya dan sesetengah pula tidak diletakkan tanda koma.Contoh Ali memelihara ayam, itik, dan kambing. atau Ali memelihara ayam, itik dan kambing. | Sekiranya perkara itu tergolong dalam kelompok yang sama, tanda koma tidak perlu diletakkan. Contohnya ayam, itik, kambing (kategori binatang) | Tatabahasa | 20.07.2006 |
Apakah perkataan "ulam" dalam ayat berikut sudah sesuai atau ada perkataan lain yang lebih tepat? "Kambing makan ulam" | Lazimnya kambing makan daun bukannya ulam. | Lain-lain | 17.06.2010 |
Selamat sejahtera, Apakah kata kerja yang betul untuk 'mencukur' bulu kambing?adakah menggunting @ mencabut @ mencukur? Terima kasih | Kata kerja yang sesuai ialah mencukur, mencukur bulu kambing. | Tatabahasa | 12.03.2013 |