Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kam.bus] | کمبوس

Definisi : ; mengambus menimbus, menimbuni (menutupi) dgn tanah dll: kalau tidak dikambus, bangkai itu tentu berbau busuk; terkambus 1. tertimbus (tertimbun) dgn tanah dll; 2. menjadi tohor atau cetek (mis sungai, kerana penuh pasir dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kam.bus] | کمبوس

Definisi : ; mengambus menimbun atau menutup lubang dsb dgn tanah, pasir dll; menimbus: Ibu penyu itu ~ lubang tsb dgn pasir. terkambus 1 tertimbus atau tertimbun dgn tanah: Telur itu ~ di dlm tanah. 2 menjadi tohor atau menjadi cetek (bkn sungai). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kambus
Kata Terbitan : mengambus, terkambus,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang paling sesuai bagi perkataan 'fingerprinting' dalam konteks teknikal? Contoh penggunaan: Bahasa Inggeris: Fingerprinting Of Surface Water And Groundwater Contamination From Landfill Leachate Using Stable Isotopes Of 2H, 13C and 18O. Terjemahan Bahasa Melayu: 'Fingerprinting' pencemaran air permukaan dan air tanah dari air larutresap tapak kambus tanah menggunakan isotop-isotop stabil 2H, 13C and 18O. Sekian, terima kasih.Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada padanan/terjemahan bagi kata fingerprinting dalam konyeks yang dinyatakan. Kami akan merujuk pakar bidang peristilahan dan memerlukan sedikit masa untuk menanganinya. Kami akan memaklumkan jawapan berkenaan melalui alamat e-mel yang didaftarkan.Istilah22.02.2011
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1.Excavator Quick Hitch 2.Excavator Reversible Backfill Blades 3.Excavator Ripper Attachment 4.Excavator Rock Bucket 5.Excavator Scarifier Attachment 6.Excavator Scraper Attachment 7.Excavator Seeder Attachment 8.Excavator Skeleton Buckets Sekian, terima kasih.

Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1.Excavator Quick Hitch – Pengorek Penyangkut Pantas

2.Excavator Reversible Backfill Blades – Pengorek Bilah Kambus Boleh Balik

3.Excavator Ripper Attachment – Pengorek Pengoyak

4.Excavator Rock Bucket – Pengorek Timba Batu

 5.Excavator Scarifier Attachment – Pengorek Penggembur

6.Excavator Scraper Attachment – Pengorek Pengikis

7.Excavator Seeder Attachment – Pengorek Penanam/Pengorek Pemuat Naik

8.Excavator Skeleton Buckets – Pengorek Timba Rangka

Istilah13.05.2016

Kembali ke atas