Saya ingin mengetahui apa istilah 'house husband' dalam bahasa Melayu. Terima kasih. | Terjemahan frasa house husband tidak ada dalam pangkalan data kami. Kami akan merujuk hal ini kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP dan jawapan/cadangan jawapan akan kami e-mel kepada saudara. | Istilah | 27.06.2012 |
Selamat pagi. Apakah cadangan terjemahan bagi perkataan 'autopay' yang bermaksud mesin bayaran automatik tempat letak kereta? Terima kasih | Perkataan autopay belum ada padanan dalam pangkalan data kami. Kami cadangkan autopay diterjemahkan kepada autobayar atau mesin bayaran automatik. | Istilah | 25.06.2012 |
kami berbesarhati atau kami berbesar hati | kami berbesar hati... | Tatabahasa | 06.12.2012 |
Saya patma belajar bahasa melayu ingin bertanya isi puisi yang berhubagan dengan patani SelatanThai. terima kasih. | Untuk makluman tuan, tiada maklumat khusus berkenaan puisi yang berhubungan dengan selatan Thai dalam data kami. Kami mencadangkan puan boleh membuat rujukan di perpustakaan dan Pusat Dokumentasi DBP, di Menara DBP. | Lain-lain | 24.10.2013 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Adakah wujud istilah "asramawan" yang merujuk kepada penghuni asrama? Dan kalau tidak wujud, bolehkah digunakan istilah itu untuk tujuan ilmu? Terima kasih. | Perkataan asramawan tidak terdapat dalam data rujukan kami. Kami mencadangkan tuan menggunakan perkataan penghuni asrama. | Tatabahasa | 03.09.2013 |
"Sebagai pihak bank,kami pastikan bisnes kami adalah mengenali perniagaan anda" Bolehkan perkataan "bisnes" di dalam konteks ayat di atas digunakan atau perlu digantikan dengan perktaan "perniagaan". Terima kasih. | Perkataan bisnes tidak diterima dalam bahasa sebagai padanan bagi business. Kami mencadangkan ayat yang sesuai ialah "Sebagai pihak bank, kami memastikan perkhidmatan kami adalah untuk mengenali perniagaan anda." | Tatabahasa | 24.09.2013 |
En Sulaiman, Saya dari agensi pengiklanan ingin membuat pertanyaan mengenai perkataan yang patut kami letakkan dalam iklan klien kami :- 1) TIADA UNSUR-UNSUR LEMAK BINATANG DALAM PRODUK KAMI atau 2) TIADA UNSUR-UNSUR MINYAK BINATANG DALAM PRODUK KAMI atau 3) TIADA MANA-MANA BAHAGINA BINATANG DALAM PRODUK KAMI Harap kami akan mendapat jawapan dari pihak tuan pada esok hari (Jumaat - 28/12/12). Sekian. Terima kasih. Yang benar, Yati | Untuk makluman tuan ketiga-tiga ayat tersebut betul bergantung pada unsur yang hendak diketengahkan sama ada lemaknya atau lemaknya atau mana-mana bahagian yang lain. | Tatabahasa | 27.12.2012 |
Salam sejahtera, Apakah kesalahan pada perkataan (adik-beradik) dalam contoh ayat ini, Setelah kematian bapa kami, tinggallah kami tiga (adik-beradik) dengan ibu kami yang cacat pelihatan. | Berikut ayat yang telah dipinda sedikit kesalahan. Setelah kematian bapa, tinggallah kami tiga adik-beradik bersama-sama ibu yang cacat penglihatan. | Tatabahasa | 04.02.2013 |
Kami ingin menubuhkan sebuah perkumpulan yang terdiri daripada kalangan guru. Kami ingin menggelarkan kumpulan kami sebagai Pengkarya Guru kerana kami terlibat dalam menghasilkan karya penulisan dan penerbitan. Mengikut hukum D-M manakah yang betul Pengkarya Guru ataupun Guru Pengkarya, mohon pencerahan, terima kasih. | Mengikut Hukum D-M, frasa yang betul ialah Guru Pengkarya. Hukum D-M ialah diterangkan dan menerangkan. Diterangkan (D) merupakan unsur inti dan menerangkan (M)merupakan unsur penerang. Guru menghasilkan karya. Guru ialah yang diterang. Situasi ini sama seperti contoh guru muzik, guru besar. | Tatabahasa | 03.04.2013 |
1) PENGGUNAAN SLOGAN 'TERISI MINDA DENGAN KAMI' ATAU 'MINDA TERISI DENGAN KAMI' MOHON PENCERAHAN | Pada pandangan kami pihak yang mencipta slogan ini lebih arif mengenai makna/maksud yang hendak disampaikan. Apa yang dapat kami bantu ialah memberi maksud terisi ialah telah diisikan; minda bermaksud akal fikiran atau daya berfikir; dan dengan kami bermaksud bersama kami. | Tatabahasa | 30.05.2013 |