Selamat Sejahtera, Memohon jasa baik pihak DBP menyemak penggunaan nama cawangan baru kami, Perodua KL. Cadangan kami: 1. Perodua Cawangan Kuala Lumpur 2. Perodua Kuala Lumpur 3. Perodua - Kuala Lumpur Terima Kasih | Cadangan nama yang sesuai untuk menyatakan maksud penubuhan bahagian (drpd pertubuhan, persatuan, syarikat, dsb) ialah "Perodua Cawangan Kuala Lumpur" | Lain-lain | 09.10.2017 |
Selamat Sejahtera, Memohon jasa baik pihak DBP menyemak penggunaan alamat seperti di bawah. Perodua KL Main, Lot 18, Seksyen 86, Jalan Pahang, 53200 Kuala Lumpur Cadangan kami: 1. Perodua Cawangan Kuala Lumpur 2. Perodua Kuala Lumpur 3. Perodua - Kuala Lumpur Terima Kasih | Padanan yang sesuai ialah Perodua Cawangan Utama Kuala Lumpur, Lot 18, Seksyen 86, Jalan Pahang, 53200 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 29.09.2017 |
Kami mendapat komen dari DBKL berkenaan permohonan kelulusan papan tanda. berikut nama syarikat yang dipaparkan pada dinding pintu masuk syarikat kami. 1. Glocon Builder Sdn Bhd, No syarikat & logo 2. SanHong Machinery Sdn Bhd, No syarikat & logo 3. GGU Venture Sdn Bhd, no syarikat & logo 4. Alamat syarikat : No.8-2 Jalan Kepong Usaha, Off Jalan kepong, 52100 Kuala Lumpur. | Sila rujuk maklumat yang dilampirkan bagi tujuan permohonan kelulusan papan tanda.
| Lain-lain | 29.05.2025 |
Assalamualaikum Apakah terjemahan yang sesuai bagi: 1) Non-binding resolution 2) Honored Colleague Terima kasih | Waalaikumsalam WBT. Cadangan terjemahan kami, (1) Non-binding resolution - Penyelesaian Tidak Terikat (2) Honored Collegue - Felo Kehormat. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.01.2016 |
Salam sejahtera, antara ayat berikut yang manakah penggunaan yang betul? Ia merupakan ayat yang terpapar di bunting untuk menyatakan penghargaan kepada pelanggan kami. 1. Terima kasih atas 2 tahun bersama 2. Terima kasih untuk 2 tahun bersama | Teks yang sesuai digunakan ialah “Terima kasih untuk 2 tahun bersama-sama kami”. | Tatabahasa | 15.08.2024 |
E White Graphic Sep 21st, 12:02pm Saya adalah syarikat grafik di Ipoh. Mahu tanya tentang beberapa perkatan inggeris translate Bahasa Malaysia. accounting system pos system f & b system solfware authorised dealer amat berharap pihak dewan bahasa dan pustaka menjawab pertanyaan saya. | Salam Sejahtera. Cadangan kami: 1. accounting system = sistem perakaunan 2. post system = sistem pos 3. f & b system = sistem f & b 4. software = perisian 5. authorises dealer = pengedar sah Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.09.2015 |
Khairiah Razali Dec 16th, 3:07pm Salam Sejahtera.... saya dan rakan saya berminat untuk menyertai Bengkel Sayembara Menulis Novel Sejarah Untuk Remaja DBP-PSM 2014/2015 pd 20 Disember 2014 di Zon Tengah DBP Kuala Lumpur. Berikut nama penuh kami: 1) Khairiah binti Razali no hp 0197552125 .... 2) Aini bt Mohd Zainol Azlin no hp 0189585472.... mohon maklumbalas dari pihak tuan sbb email yg dihntar ke sayembaranovel@dbp.gov.my didapati failure setelah mncuba berkali2... terima kasih... | Pertanyaan tuan telah kami salurkan ke pihak urus setia di Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Azihani Mad Mizan di talian 03-21479293/azihani@dbp.gov.my. | Lain-lain | 16.12.2014 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, bagaimana untuk membuat penomboran pada rajah dan foto (penulisan ilmiah) adakah mengikut unit, contoh: unit 1 - rajah pertama, Rajah 1.1, rajah kedua Rajah 1.2, foto pertama, Foto 1.1 , foto kedua Foto 1.2 unit 2 - rajah pertama, Rajah 2.1, rajah kedua Rajah .22, foto pertama, Foto 2.1 , foto kedua Foto 2.2 Adakah format yang dinyatakan, adalah betul? terima kasih | Jika setiap unit menggunakan rajah, kami mencadangkan penomboran rajah dibuat mengikut unit bagi mengelakkan kekeliruan. Contohnya, Unit 1 - Rajah 1, dan sub unit - Rajah 1.1, Rajah 1.2 dan Rajah 1.3 dan begitulah pada unit seterusnya. | Ejaan | 29.07.2016 |
Kami Sedang menyediakan permohonan do Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Kami perlukan membentangkan nama taman dan nama jalan menggunakan tulisan Jawi. Minta tolong untuk menjemahkan nama-nama berikut kepada tulisan Jawi untuk kami masukkan ke dalam permohonan kami: 1. Taman Rembia Damai 2. Jalan Rembia Damai 1 3. Jalan Rembia Damai 2 4. Jalan Rembia Damai 3 Sekian Terima Kasih. | 1. TAMAN REMBIA DAMAI - تامن رمبيا داماي 2. JALAN REMBIA DAMAI 1 - جالن رمبيا داماي 1 3. JALAN REMBIA DAMAI 2 - جالن رمبيا داماي 2 4. JALAN REMBIA DAMAI - جالن رمبيا داماي | Ejaan | 10.07.2023 |
1. Kami berharap pada tahun 2020, kami dapat melakukan banyak lagi aktiviti yang menyeronokkan. 2. Kami berharap dapat melakukan banyak lagi aktiviti yang menyeronokkan pada tahun 2020. Manakah ayat yang betul? | Ayat yang betul ialah Kami berharap pada tahun 2020, kami dapat melakukan lebih banyak aktiviti yang menyeronokkan atau Kami berharap dapat melakukan lebih banyak aktiviti yang menyeronokkan pada tahun 2020. | Tatabahasa | 06.04.2020 |