Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.mil] | کاميل

Definisi : Ar ark sempurna, lengkap: insan ~; kekamilan perihal (sifat atau keadaan) kamil, kesempurnaan: kamu terlalu taasub kpd kemajuan sehingga terlupa pd ~ insan yg bersaudara denganmu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.mil] | کاميل

Definisi : sempurna, lengkap: insan ~. kekamilan sifat kamil; kesempurnaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kamil
Bahasa Asal :Arab
Rujuk :sempurna


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Mohon penjelasan penggunaan pada dan kepada yang terdapat dalam ayat berikut: Allah menampakkan sedikit kesempurnaan-Nya yang tidak terhingga itu pada@kepada kewujudan insan kamil. Kepada @Pada insan kamil ini, Allah memperlihatkan ciptaan-Nya dan membahagikan kasih sayang-Nya.

Kata sendi nama pada menunjukkan keterangan waktu atau tempat, manakala kata sendi nama kepada untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Namun ayat contoh yang diberi tidak menunjukkan keterangan tentang waktu atau tempat dan juga sasaran. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 272 - 276.

Tatabahasa28.10.2011
Selamat petang . 1. adakah ayat di bawah betul? Kamil berjalan kaki ke sekolah apabila tayar basikalnya pancit.Ayat tersebut tidak gramatis, ayat yang gramatis ialah Kamil berjalan kaki ke sekolah kerana tayar basikalnya pancit.Tatabahasa19.06.2012
Dalam keadaan mana boleh digunakan perkataan berganda seperti negera-negara, mereka-mereak dan sebagainya

Encik Ahmad Kamil,

Perkataan negara-negara digunakan dalam konteks penggandaan atau pengulangan untuk menunjukkan banyak atau jamak. Walau bagaimanapun, apabila kata ini disertai kata jamak seperti semua, banyak dan sebagainya kata negara tidak lagi digandakan atau diulang. Bagi kata mereka, kata ini tidak digandakan atau diulang memandangkan bahawa kata ini sudah menunjukkan banyak atau jamak.  

Tatabahasa10.04.2010
Tuan, 1. Thailand berada dalam keadaan ___________kerana berlakunya pergaduhan dalam kalangan rakyatnya. yang mana jawapannya ? huru-hara atau porak-peranda 2. Ibu ________minuman dan makanan untuk tetamu yang datang. jawapannya ? menyediakan atau menghidangkan 3. Kamil hanya duduk dan berehat sedang adiknya Nita dan Razi sibuk membersihkan halaman rumah. Penggunaan sedang dalam ayat betul atau salah ? 4 Pasukan keselamatan sedang berusaha untuk jejak perompak yang melarikan diri ke dalam hutan tersebut. Penggunaan jejak dalam ayat betul atau salah ?


1.  Thailand berada dalam keadaan ______huru-hara_____kerana  berlakunya pergaduhan dalam kalangan rakyatnya.

2.  Ibu __menghidangkan______minuman dan makanan untuk tetamu yang datang.

3.   Kamil hanya duduk dan berehat sementara adiknya Nita dan Razi sibuk membersihkan halaman rumah.

4  Pasukan keselamatan sedang berusaha untuk menjejak perompak yang melarikan diri ke dalam hutan tersebut.

Tatabahasa24.05.2013
sejarah perakaunan dalam islam??

Sila rujuk bahan ini :

1. Perakauan bank dan syarikat menurut sistem Islam oleh Atiyah Muhammad Kamal terbitan DBP tahun 1992

2. Perlukah perakaunan Islam oleh Muhd Kamil Ibrahim . Majalah Dewan ekonomi (Mei 1995)

Lain-lain26.02.2008
Assalamualaikum.. Persoalan saya; 1.Mengapakah suatu ayat itu dikatakan tidak gramatis? 2.Bagaimanakah untuk membezakan ayat lengkap dengan ayat yang tidak gramatis, beserta contohnya. terima kasih.Ayat yang gramatis merupakan ayat yang betul mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Setiap bahasa mempunyai tatabahasanya. Tatabahasa ialah peraturan berdasarkan sesuatu teori tertentu yang menghuraikan ayat-ayat dalam sesuatu bahasa dengan kaedah yang paling mudah, tepat dan lengkap.

Contoh:

Kamil berjalan kaki ke sekolah apabila tayar basikalnya pancit.

Ayat tersebut tidak gramatis kerana penggunaan kata penghubung ayat yang tidak tepat. Ayat yang gramatis ialah Kamil berjalan kaki ke sekolah kerana tayar basikalnya pancit.
Tatabahasa06.07.2013

Kembali ke atas