Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kamus (kata nama)
Bersinonim dengan tesaurus, leksikon, glosari, daftar, ensiklopedia.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, berpandu pada Kamus Dewan Edisi Keempat (maklumat Kamus Dewan Edisi Ke-4 saya peroleh daripada PRPM), selain bentuk "mengajar", ada bentuk "mengajari" juga. Mengapakah ada wujud keadaan demikian? Bukankah "mengajar" sudah memadaikan maksud "mengajar seseorang", atau maksud Kamus Dewan, iaitu "menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang lain"? Mengapakah wujudnya bentuk "mengajari" yang sama maksud dengan "mengajar" pula? Bolehkah bentuk "mengajari" digunakan dalam penulisan? Adakah Kamus Dewan menyenaraikan kata terbitan yang betul dengan menyenaraikan bentuk "mengajari"? Cikgu saya berkata tiada bentuk "mengajari" ini. Minta tuan berikan jelasan tentang kewujudan perkataan ini.

Perkataan mengajar dan mengajarkan termasuk dalam kategori apitan me-…-kan dan me-…-i yang sama.  Hal ini dikatakan demikian kerana perkataan mengajar sebenarnya berasal daripada perkataan mengajari. Namun bentuk yang baku ialah mengajar berbanding mengajari. Dengan berdasarkan petua tersebut kita boleh membina ayat seperti yang berikut:
(siapa)(me-…-kan) (apa)kepada (siapa)
(siapa)(me…-i)(siapa)(apa)

1.   Saya mengajarkan mata pelajaran Sejarah kepada pelajar tahun lima.
Saya mengajar pelajar tahun lima mata pelajaran Sejarah.

Tatabahasa04.12.2014
Boleh tanya, bila kamus Dewan Edisi ke-5 akan diterbitkan?Salam sejahtera, Buat masa ini belum ada rancangan untuk menerbitkan Kamus Dewan Edisi Kelima memandangkan Bahagian Perkamusan telah selesai menyemak pruf akhir Kamus Dewan Perdana Bahasa Melayu dan dijangka terbit pada tahun 2020. Kamus ini merupakan kamus bahasa Melayu yang pertama yang memanfaatkan data korpus dan data web sebagai sumber pertama dalam penyusunannya. Terdapat sebanyak 120 000 kata masukan yang merangkumi kata umum, istilah, dialek dan kata pinjaman serta dilengkapi ejaan Jawi, fonetik, kelas kata dan pelbagai lagi. Sekian, Terima kasih.Lain-lain27.11.2019
salam, saya nak tahu, bagaiman pembahagian entri dalam kamus dewan ditentukan?Kami kurang jelas dengan pembahagian entri yang dimaksudkan. Sedikit maklumat yang dapat kami salurkan, entri Kamus Dewan dan juga kamus-kamus umum yang lain dibuat berdasarkan akar kata. Kata terbitan dimasukkan di bawah entri yang sama.Lain-lain21.11.2017
Ke berapakah edisi yang terkini untuk kamus dewan bahasa?KAMUS DEWAN BAHASA EDISI KEEMPATLain-lain06.08.2016
Mengapakah DBP menetapkan ejaan 'swasambada' sebagai baku (terakam dalam kamus dewan) dan bukannya swasembada seperti yang terakam dalam kamus besar bahasa Indonesia yang mungkin lebih tepat kerana dalam kamus dewan dam kbbi menyenaraikan kata dasar swasembada yakni 'sembada' (swa- + sembada) sebagai entri baku bukan sambada (tiada dalam kedua - duanya).Swasambada dalam Kamus Dewan dilabelkan sebagai Bahasa Indonesia. Oleh itu, apabila terdapat kekeliruan antara data Kamus Dewan dengan Kamus Besar Indonesia maka data Kamus Besar Indonesia lebih persis.Tatabahasa30.10.2018
Mengapakah kata mempersiakan dan dipersiakan tiada dalam Kamus Dewan dan PRPM?Salam sejahtera,

Kamus Dewan dan PRPM hanya merakam kata dasar dan kata terbitan sahaja.
Oleh itu, kata dasar: sia  , kata terbitan: sia-sia  ;  mensia-siakan

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa03.02.2019
Salam, Saya nak tanya, siapakah penulis untuk kamus dewan edisi keempat? saya nak masukkan dalam bibliografiKamus Dewan ialah hak milik DBP sebagai penerbit dan penyusunnya terdiri daripada sekumpulan pakar yang diselenggara oleh Bahagian Perkamusan DBP.Lain-lain21.07.2016
Sila jawab soalan, saya bukan tanya tentang definisi dalam Kamus Dewan, saya sudah tahu tahu definisi gewang dalam Kamus Dewan. Soalan saya dalam bidang pemancingan adakah gewang juga dikenali sebagai umpan tiruan? Hal ini kerana saya melihat istilah ini kerap digunakan untuk merujuk umpan pancing tiruan.Istilah "gewang" sebagai kata yang merujuk umpan tiruan masih belum dirakam dalam data kami. Istilah ini boleh dicadangkan dalam gerbang kata DBP sebagai satu kata baru yang merujuk umpan tiruan.Lain-lain23.09.2019
Assalamualaikum, tuan. Definisi 'urutan' dan 'sumbangan' dari Kamus Dewan Edisi Keempat berada pada muka surat yang ke berapa?
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan "urutan" berada pada muka surat 1781, manakala 'sumbangan' berada pada muka surat  1540.
Lain-lain17.02.2018
Tuan, adakah "pencerahan" boleh digunakan untuk membawa maksud "penjelasan"? Hal ini kerana saya merujuk Kamus Dewan dan mendapati bahawa tiada maksud "penjelasan" untuk perkataan "pencerahan". Tuan tolong berikan keterangan tentang penggunaan "pencerahan" untuk membawa maksud "penjelasan" ini berpandukan Kamus Dewan. Terima kasih. Perkataan pencerahan berdasarkan Kamus Dewan ialah perubahan ciri fizikal daripada gelap kepada terang, namun pengguna bahasa telah memperluas makna pencerahan kepada unsur abstrak, iaitu mendapatkan penjelasan (daripada tidak tahu kepada tahu).Makna06.12.2014
12345678910...

Kembali ke atas